Pages

Thursday, 17 April 2008

Che di Pesta Buku

Pesta Buku KL 08. Tak sangka. Punya penuh sesak dengan orang. (Patutkah finding yang mengatakan rakyat Malaysia hanya membaca 2 buah buku setahun dikaji semula?)

Tak cadang nak pergi, asalnya. Tapi malam sebelum tu ada kawan telefon kata anak dia yang tengah cuti baru lepas operation teringin nak pergi, tapi takda kawan. OKlah. Pergi dengan syarat, lepas Zohor kena balik, saya ada kerja.

Anak kawan saya rupanya seorang yang peramah, teman yang tak mengecewakan. Kami merayau-rayau je lebih, sebab tak cadang nak beli sangat. Gerai-gerai yang penuh orang kami tak masuk.

Kami berhenti kat kedai Penguin. Anak kawan tunjukkan saya Martin Luther King pada muka depan sebuah buku tentang tokoh-tokoh dunia. Sebelah dia?, saya tanya. Mandela. Nelson? Nelson Mandela.

Yang seorang lagi? Ada tiga gambar. Anak kawan tak kenal.

Fidel Castro, kenal? Ni kawan dia, Che Guevara.

Kami selak ke halaman 200 lebih, bab tentang Guevara. Baca kat situ je sebab harganya mahal.

Lepas Zohor kami balik, dengan buku yang lain.

4 comments:

ieka said...

waaah..ada ciri2 ayah yg baik.. hahahahhahahah

rol said...

Bukan camtu. Dia ni budak bijak. Aku yang segan. Aku masa umur dia tak tau amende.

ieka said...

:D
takpe..umo mcm ni pun aku belum tentu tau juga ..hahahah

rol said...

Tak tau tapi mau belajar, takpe.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 introspector. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan