(Tolong jangan salah faham.)
Buku ini sentiasa mencuit hati sesiapa yang melihatnya dengan tajuknya yang hehehe. Penulisnya ialah Ustaz Hasrizal dari saifulislam.com.
Buku ini kini tidak ada dengan saya kerana sedang dipinjam. Kata Kak (isteri sepupu saya), Bestseller ni!
Bestseller atau tidak, saya sifatkan buku ini sebagai sebuah buku yang sangat perlu ditulis. Dan perlu sangat dibaca oleh sesiapa yang sedang atau bakal menempuh alam pekahwinan. Ustaz Hasrizal berkongsi pengalaman beliau sebagai suami seorang doktor yang berusaha sedaya mungkin untuk mengimbangkan kesibukkan berdakwah dan bekerja dengan masa untuk bersama anak-anak dan masa berdua dengan isteri.
Saya teringin untuk mendengar komen golongan yang sudah lama berkahwin, 7 atau 10 tahun ke atas, tentang buku ini. Setakat ini mengikut reaksi yang diperolehi dari alam 'Net, yang muda-muda kebanyakkannya mendapati
Aku Terima Nikahnya sebagai panduan yang sangat berguna. Saya juga teringin melihat sebuah buku susulan, pengalaman Ustaz membesarkan anak remaja dan alam rumahtangga pada peringkat ini.
Kepada yang sudah berumahtangga, bacalah dan amalkan. Yang belum, bacalah dan siapkan dirimu. Semoga berjaya mencari keredhaan dan kebahagiaan, amin.
0 comments:
Post a Comment