Pages

Monday 11 July 2011

The Story of the Qur'an

Sumber: Wiley
Saya keberatan untuk memulangkan buku ini ke perpustakaan usai membacanya. Saya bimbang kalau saya membacanya secara terburu-buru lalu terlepas isi-isinya yang penting.

Niat asal saya membaca buku ini adalah untuk mencari maklumat tentang sejarah Al-Quran. Walaupun lahir Muslim, pengetahuan saya mengenai sejarah Al-Quran masih kelam. Misalnya, bagaimana ayat-ayat Al-Quran yang dahulunya tersimpan di dalam ingatan para Sahabat RAHum berjaya dihimpunkan dan dibukukan?

Keseluruhan proses mengumpulkan isi Al-Quran mengambil masa beberapa tahun, merentasi zaman beberapa Khulafah Ar-Rasyidin. Umat Islam sangat terhutang budi kepada Zaid ibnu Tsabit RA, sahabah yang menjadi jurucatat Rasulullah SAW, yang juga telah diperintahkan oleh Baginda untuk menguasai beberapa bahasa termasuklah bahasa orang Yahudi ketika itu, memandangkan betapa penting dan strategik peranan bahasa dalam usaha dakwah. Zaid dan sahabah lain RAHum telah menulis semula hafalan Al-Quran dan mencantumkan lembaran-lembaran ayat suci Al-Quran dari pelbagai sumber, menghasilkan naskhah Al-Quran yang kita semua baca hari ini.

Ini sebahagian kecil isi The Story of the Qur'an, sebuah kajian akademik oleh Ingrid Mattson. Beliau merupakan seorang Professor di Macdonald Center for Islamic Studies and Christian-Muslim Relations, Hartford Seminary. Walaupun buku ini sebuah bersifat akademik, gaya penulisannya begitu mengasyikkan. Jarang sekali saya berjumpa dengan kajian yang bersifat tinggi (senarai rujukan yang panjang serta analisis yang luas dan mendalam) yang membuatkan saya rasa ingin terus menerus membaca dan berasa sayang untuk berhenti, malah berasa berat untuk memulangkannya. Prof. Dr. Mattson mengupas Al-Quran dari pelbagai aspek meliputi ertinya kepada umat Islam, sejarahnya, penafsirannya, dan peranannya di dalam lingkung hidup Muslimin.

Ada terdetik di hati saya, adakah Prof. Dr. Mattson seorang muslimah? Atau adakah beliau seorang lagi ahli akademik yang mengagumi Islam tetapi belum memeluk Islam?

Jawapannya, ya. Beliau saudara saya dan kita semua orang Islam. Semoga Allah mengganjari beliau atas penulisan yang amat bernilai ini, amin.

2 comments:

Afida Anuar said...

Assalamualaikum rol, lama tidak bersiaran ya..

macam rol,pengetahuan saya tentang sejarah Al_quran agak terhad, apatah lagi tentang asbab turun ayat dan sebagainya. Tau membacanya saja... Bila rujuk kepada tafsir barulah tau, tapi rasanya belum cukup dan masih banyak kena belajar. Agak-agak kat MPH ada dak buku ni?

Thanks sudi share;)

r.o.l. said...

Alaikum salam WBT, afida, ya lama "off the air" :-P dengan kerja, lawatan dan hal-hal lain. Ada tulis sikit-sikit tapi tinggal draf sahaja.

Saya tengok buku ini ada di website Kinokuniya, di MPH saya tak pasti. Tapi boleh saja kalau dipesan melalui online, emel atau di kaunter. Setakat ini saya sudah beberapa kali pesan buku dari Kino dan mereka sangat professional. Cuma websitenya kurang tepat, kadang-kadang buku tiada atau sudah ada orang yang sudah "book" tapi kata website ada dalam stok. (Dusta!)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 introspector. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan