Pages

Thursday 22 March 2012

“Imam perangai buruk” dan opinion-based reporting

Sumber: Kedai Buku Anda
Semasa memperkenalkan buku Travelog Wartawan Islam, saya menyebut tentang opinion-based reporting, satu bentuk kewartawanan yang menyimpang dari objektiviti. Saya sekadar menyebutnya tanpa mengemukakan sebarang contoh. Apa yang saya faham tentang opinion-based reporting ialah apabila wartawan dan akhbar berubah daripada bersifat neutral kepada menjadi lidah golongan tertentu, seperti yang terangkan kepada rakan blogger nahmy dalam bahagian komen entri tersebut.

Hari ini saya terbaca saya sebuah ulasan tentang opinion-based reporting Lanh14, penulis Travelog Wartawan Islam. Beliau menyentuh isu seorang bekas imam yang dijatuhkan hukuman penjara setahun kerana menghina makhamah, atau lebih tepat lagi kerana membaling selipar ke arah hakim, tanda protes terhadap keputusan hakim tersebut.

Berita tersebut kemudiannya disiarkan dengan headline “Imam perangai buruk dipenjara setahun.”

Diubah suai dari imej asal dari paparanku
Lanh14 menulis,
Teringat saya akan kelas kewartawanan asas yang saya hadiri di universiti puluhan tahun lalu. Ternyiang-nyiang di telinga saya pesanan seorang pensyarah; “kamu ‘reporter’ (pemberita) ini macam posmen, tugas posmen hanya hantar surat, dia tidak terbabit malah tidak tahu langsung apa yang terkandung dalam surat itu. Sebagai pemberita, kamu melaporkan saja sesuatu kejadian atau peristiwa itu, jangan pandai-pandai membuat andaian dan ulasan.”

Ya, tajuk akhbar itu telah menyentak jiwa saja. Imam perangai buruk dipenjara setahun. Faktanya adalah ‘Iman baling selipar dipenjara setahun’. Berbeza sungguh antara ‘imam perangai buruk’ dengan ‘imam baling selipar’? Mendakwa imam perangai buruk adalah satu bentuk ‘labeling’ atau membuat 'judgment' yang dipercapai mempunyai tujuan dan motif tertentu.

Lawan opinion-based reporting ialah fact-based reporting. Fakta, bukan emosi atau persepsi.

[ Lanh14: Antara imam perangai buruk dengan imam baling selipar… ]

Thursday 8 March 2012

Travelog Wartawan Islam

Sumber: Kedai Buku Anda
Setiap profesion datang dengan dilemanya yang tersendiri. Hanya insan yang peka terhadap keadaan imannya akan memikirkan tentang dilema-dilema ini serta akibatnya terhadap kehidupannya di dunia ini dan di akhirat kelak.

Bagi tuan Roslan Hamid, kesedaran beliau tentang dilema profesion di bidang kewartawanan tercetus menerusi beberapa peristiwa yang beliau lalui di dalam dan di luar negara.  Sebagai LanH,  beliau pernah menulis di kolum Kisah Antara Dua Kota di akhbar Berita Harian pada tahun 1997 hingga 1998. Keluarga saya tidak pernah melanggan akhbar ini. Saya hanya membaca kolum ini apabila saya di perpustakaan, di kedai gunting rambut, atau di rumah orang lain. Walau bagaimanapun, saya sangat meminati ruangan kolum dalam mana-mana akhbar pun. Bahkan saya lebih banyak membaca ruangan kolum daripada ruangan berita. Selalunya saya akan mengimbas tajuk-tajuk berita sebelum menuju ke ruangan para kolumis yang saya diikuti saban minggu.

Seperti yang diceritakan oleh beliau menerusi Travelog Wartawan Islam, ada banyak aspek tentang industri akhbar dan dunia kewartawanan yang boleh menimbulkan pertikaian. Contohnya memuatkan artikel tentang bahaya fitnah di ruang agama sedangkan di ruang berita pada nashkah yang sama terpampang laporan-laporan yang berbaur fitnah. Saya pernah terbaca bagaimana dunia kewartawanan hari ini semakin beralih daripada fact-based reporting kepada opinion-based reporting. Laporan bukan lagi laporan semata-mata tetapi turut menjurus kepada komentar.

Mungkin kita terlupa yang akhbar bukan sekadar sumber berita. Jika kita lihat dengan teliti, akhbar juga menjadi jurucakap pihak yang bertentu. Hampir mustahil untuk kita menemui akhbar atau penerbitan yang 100% neutral dan sedia menerima pandangan semua pihak. Dan kita juga sering  terlupa yang akhbar adalah sebuah entiti bisnes yang perlu kepada keuntungan untuk terus beroperasi. Tentu sekali mereka akan menyiarkan apa para pembaca dahagakan. Sebagai pembaca, kita juga sedikit sebanyak menyumbang kepada dilema ini

Pengalaman peribadi tuan Roslan Hamid seperti menziarahi makam Imam Bukhari dan masyarakat Islam di Uzbekistan, keengganan seorang imam masjid untuk ditemuramah kerana rasa tidak yakinnya terhahap ketelusan akhbar, serta kesibukan yang menelan setiap peluang untuk beribadat atau masa untuk bersama-sama keluarga; mendorong beliau untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dunia kewartawanan pada tahun 1998, ketika berada di meja Pengarang Luar Negara. Semoga keputusan tuan Roslan Hamid yang ini akan membuahkan keberkatan dan keredhaan dariNya, dan semoga buku ini menjadi panduan kepada wartawan generasi baru untuk membentuk profesion ini menurut acuan Islam.
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 introspector. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan