Pages

Wednesday, 31 August 2005

Di pagi Hari Merdeka yang ke-48

Rakyat Malaysia mempunyai satu sebab besar untuk bersyukur kepada Ilahi iaitu nikmat hidup di sebuah negara yang merdeka dan aman. Seperti nikmat-nikmat lain, nikmat kemerdekaan akan hanya benar-benar dihargai apabila ianya diambil semula oleh Empunya segala nikmat. Sebelum masa itu tiba, bersama-samalah kita mensyukuri pemberian ini dengan memanfaatkannya untuk lebih lagi mentaati segala perintahNya serta menjauhi laranganNya.

Semoga nikmat ini juga dapat dinikmati oleh peduduk negara-negara lain yang sedang atau yang kini berada di simpang pergolakan. Mereka juga ingin melalui hari-hari mereka dengan aman, tanpa digemparkan dengan bunyi bedilan mortar serta ratapan insan yang kehilangan orang yang mereka kasihi.

Negara secara zahirnya sudah merdeka. Tetapi adakah kita rakyatnya sudah benar-benar merdeka?

2 comments:

  1. aku di UiTM Dungun
    untuk merdeka nie ada dua event
    solat hajat merdeka
    dan malam di ambang merdeka
    malam di ambang merdeka
    event wajib
    attendance diambil
    kalau ponteng tak dapat hostel
    tapi solat hajat merdeka
    event yg optional

    sedihnya..

    ReplyDelete
  2. Solat kalau terpaksa pun...
    Allah akan terima amalan ikhlas sahaja kan?

    Semoga berjaya dapat Dean's List lagi sem ni, insya-Alah.

    ReplyDelete