Berkata Abu Darda' RA bahawa segala amalan orang yang masih hidup, telah didedahkan kepada roh-roh yang telah mati. Oleh yang demikian, apabila para roh orang mukmin yang melihat amalan hasanah (baik) anak-anak mereka dan kaum keluarga mereka, maka merasa tenang sekelian roh itu. Sebaliknya jika amalan buruk kaum keluarga yang masih hidup diperlihatkan kepadanya, maka merasa dukacitalah sekalian roh itu.Petikan dari Insan, Ingatlah!, oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
Apabila Abu Darda' diberitahu oleh Rasulullah SAW bahawa amalan orang yang hidup didedahkan kepada roh ibubapa dan keluarga yang telah mati, maka Abu Darda' RA berdoa kepada Allah SWT, yang bermaksud:
"Ya Tuhanku, aku bermohon kepadaMu, supaya Engkau beri kepadaku pimpinanMu, semoga tidaklah amalanku akan memalukan ibubapaku dan juga kaum keluargaku yang telah berada di alam barzakh."
Pages
▼
Friday, 29 February 2008
Jangan malukan roh dengan amalan buruk kita
Allah maha melihat semua amalan kita, tapi ada juga lain yang turut menjadi pemerhati.
r.o.l.
uhuks...
ReplyDeleteinsap dan sedih sat...
uhuks.. mesti byk dah roh2 tgk kelakuan buruk aku..
Takut, kan? Apalah arwah-arwah tu semua fikir bila tengok aku. Tapi alhamdulillah, sekurang-kurangnya kita jadi lebih berhati-hati dalam beramal. Satu hari nanti kita pulak yang menengok anak cucu kita.
ReplyDeleteterima kasih atas info :)
ReplyDelete