Pages

Saturday 29 October 2011

Insanely Great

Ramai pengguna Apple membeli produk Apple bukan kerana mereka memerlukannya. Mereka membelinya kerana mereka mendambakannya. Dan kemudian mereka akan bersyarah dengan panjang lebar tentang kelebihan produk Apple kepada orang lain.

Syarikat mana yang tidak mendambakan pengguna sebegini? Ada yang mencuba dan berjaya menrekrut pengguna mereka menjadi jurujual dan jurucakap sukarela, tetapi hanya sedikit yang dapat menyamai sokongan dan kesetiaan tahap mania yang ditunjukkan oleh pengguna Apple. Sejak penubuhannya lagi Apple telah merancang untuk memposisikan serta membezakannya dirinya daripada para pesaing dengan membentuk satu sistem falsafah, cara berfikir, dan cara bekerja yang membawa kepada terciptanya produk-produk game-changing seperti iPad, iPhone, iPod, iTunes, iCloud, serta perkakasan, perisian, dan perkhidmatan lain.

Game-changing bukanlah satu istilah yang boleh digunakan untuk produk yang calang-calang. iTunes berjaya mengubah fikiran syarikat-syarikat rakaman yang pernah curiga dengan kemampuan untuk menjual lagu-lagu secara digital melalui muat turun. Kemunculan iPhone telah membuat gergasi telekomunikasi Nokia terduduk dan teraba-raba mencari arah.

Formula kejayaan Apple sangat mudah. Tunjukkan kepada dunia cara yang lebih mudah, menarik serta berkesan untuk melakukan sesuatu yang mereka mahu. Boleh dikatakan semua syarikat lain juga mempunyai matlamat yang lebih kurang sama.

Bagaimana Apple boleh berjaya sedangkan yang lain masih bertatih-tatih? Untuk memahaminya, kita perlu kembali ke zaman ketika Apple sedang berputik. Dekad 80-an dan awal 90-an merupakan di antara detik-detik paling kritikal bagi Apple, dan melonjaknya atau tersungkurnya syarikat ini bergantung kepada sebuah kotak berwarna kelabu yang kini dikenali sebagai Apple Macintosh.

Sumber: Wikipedia
Bagi ramai orang ketika itu, komputer sering sesuatu yang dikaitkan dengan kerja-kerja saintifik. Jarang sekali komputer dijumpa di luar makmal-makmal. Malah dunia perniagaan masih belum melihat komputer sebagai satu keperluan. Tidak  kurang juga yang berpendapat komputer adalah satu alat yang sangat sukar untuk digunakan.

and you wonder why linux is not more popular with the masses... - _MG_2104.dcraw
Contoh rupa command line (sumber: sean dreilinger)
Antara muka menggunakan command line yang memerlukan pengguna untuk menaip setiap arahan kepada komputer. Tidak hairanlah jika ada yang menganggap komputer zaman itu sebagai sebuah mesin taip yang lebih canggih.

Apple Macintosh boleh dianggap sebuah game-changer kerana ia memperkenalkan beberapa inovasi yang belum dilihat sebelum itu. Sistem ikon dan tetikus Macintosh jauh lebih senang digunakan berbanding sistem command line, dan juga jauh lebih mesra pengguna. Pendekatan Macintosh lebih kepada grafikal dan bukan tekstual seperti ada pada komputer dan sistem lain.

Sumber: Wikipedia
Apple sedar cabarannya yang sedang dihadapinya ialah perasaan gerun terhadap komputer masih menebal di kalangan masyarakat umum, dan mereka mahu mengubahnya. Itulah misi mereka. Misi yang mereka jiwai hingga ke tahap mengangkatnya sebagai satu misi dari Tuhan. Kumpulan yang bertanggungjawab membangunkan Macintosh bekerja dengan sepenuh hati kerana ini. Mereka tidak dibayar dengan gaji yang lumayan. Lagi pun Apple ketika itu masih setahun jagung. Apa yang mahukan ialah "sebuah komputer yang kami sendiri mahu gunakan." Matlamat yang tepat, ringkas tetapi sarat.

Pengguna komputer hari ini banyak terhutang budi dengan Macintosh dan Apple serta Xerox (banyak teknologi dalam Macintosh telah dipelopori oleh mereka) kerana membawakan inovasi-inovasi yang telah memudahkan masyarakat umum untuk menggunakan komputer.

Hanya sebuah syarikat yang dipenuhi orang yang percaya mereka akan mengubah dunia akan menghasilkan sesuatu yang game-changing. Falsafah dan kepercayaan yang mereka pegang turut tersebar di kalangan pengguna produk mereka. Dengan menggunakan dan mempromosikan produk Apple kepada ahli keluarga dan rakan kenalan, pengguna Apple merasakan diri mereka adalah sebahagian daripada yang sesuatu yang luar biasa.

Setakat ini pesaing Apple hanya mampu melihat dari jauh dan berharap, alangkah hebatnya jika pengguna kita juga menggilai produk kita sebagaimana pengguna Apple menggilai produk Apple.

Sumber: GUIdebook

2 comments:

nahmy said...

they undeniably got marvelous technology...but for user like me that day-in-day-out don't have any technical issue to deal with, I rather stick to simple & basic gadgets. they're cheap so they probably not bound to be stolen...

exxecutor000 said...

next computer: Macbook :)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 introspector. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan