Sumber: Steve Jobs Alive! |
The people who are crazy enough to think they can change the world are the ones who do.
-Iklan syarikat Apple pada tahun 1997
Akhirnya saya mengalah dengan trend. Saya tidak bercadang untuk membeli buku ini hingga mungkin tahun depan. Tetapi memandangkan harganya yang 10 sen kurang daripada RM100 dan adanya rebat (diberikan bersama pembelian sebarang judul lain) sedang ditawarkan di kedai-kedai buku besar, saya kira harga yang selepas rebat agak boleh diterima.
Kata kawan saya Feek, seorang penyokong tegar Apple, harga buku ini terlalu mahal tanpa rebat. Bagi saya, ini tidak menghairankan. Harga buku import di Malaysia memang 'gila.'
Oleh sebab ini mungkin ada orang yang mengatakan membaca adalah hobi orang-orang kaya. Bagi saya, membaca bukanlah hobi orang-orang kaya. Membaca sebenarnya adalah hobi 'orang-orang gila.'
4 comments:
Itu la...buku2 import mahal sangat la rol!...berbanding dengan negara luar, murah! gerammmm...grrrr..
Big bad wolf ada lagi kat south city plaza, start hari ni.., tapi dengar kata dia jual yang left overs hari tu... ingat nak gi silau2 gak wiken ni.
Sudah beberapa kawan termasuk afida yang menyebut tentang Big Bad Wolf di South City Plaza... tetapi saya cuba bahagiakan diri dengan buku mendiang En. Jobs yang harganya kurang sepuluh sen daripada RM100. Kalau afida ke luar negara lagi, boleh kirim buku? ;-)
membaca bukan hobi org gila...ttp mungkin boleh buat org jd gila. still suka baca buku...but lately to find time! oh goshh..duduk dpn komputer lama sikit je, the other half dah 'jeling' semcm je...anak2 plak dah kuar statement "abah ni asyik2 dgn komputer...asyik2 dgn komputer".
nahmy, saya sebut 'orang gila', bukan orang gila. Ada bezanya. :-)
Other half dan anak-anak tu bukan apa. Rindulah tu. :-D
Post a Comment