Pages

Wednesday, 7 July 2010

The Notebook


Buku ini pelik. Atau kemungkinan besar, naskhah buku ini yang ada dengan saya sekarang yang pelik.

Pertamanya, saya memperoleh buku ini dari Pay Less Books. Mereka menjual buku-buku terpakai. Buku-buku terpakai tak secantik (atau 'seharum') buku yang baru (yakni baru dibeli), tetapi lebih murah. Selalunya beberapa buah buku di Pay Less sama harganya dengan sebuah buku yang baru di kedai biasa.

Saya ingin mencuba Nicholas Sparks. Ketika ini satu demi satu bukunya sedang difilemkan. Filem The Notebook telah pun keluar wayang pada 2004.

Berbalik kepada kepelikan buku ini, atau naskah ini. Saya rasa naskhah saya ini bukan naskah yang lengkap. Mungkin edisi pra-pelancaran. Saya tidak dapat memastikannya. Antara petanda yang sebuah buku itu mungkin edisi pra-pelancaran ialah mukataipnya yang besar, kadang kala kertasnya dari jenis kualiti rendah, kesilapan dalam bentuk susun atur serta editorial dan sebagainya.

Saya ragu kerana apa yang fahami ketika membaca buku ini berbeza dengan apa yang orang lain faham. The Notebook adalah kisah cinta dua kekasih yang berlainan darjat. Seorang kaya dan seorang lagi kurang berada. Tiada kejutan di situ. Kisah ini mengambil tempat pada tahun 1940an, di mana masih status dan kekayaan menjadi ukuran. Cinta Allie dan Noah bagaikan berakhir sebelum ia bermula.

Agak-agaknya, adakah Allie dan Noah akan bertemu dalam cinta? Cubalah agak.

Ketika lewat usia perhubungan mereka (sudah dapat agak?), mereka ditimpa tragedi yang menguji khususnya kesetiaan Noah terhadap Allie. Di sini saya menemui kepelikan yang saya sebut tadi. Saya rasa kesudahan cerita ini tergantung, seolah-olah naskhah ini sebuah manuskrip yang belum siap. Saya cuba mencari apa yang pembaca lain temui pada hujung cerita ini tetapi apabila saya meneliti babak akhir yang dimaksudkan, saya rasakan ia terhenti begitu sahaja. Ibarat babak orang sedang makan yang tamat apabila sudu sedang dekat dengan mulut. Saya pula tertanya-tanya, itu sahaja? Adakah saya telah tersalah baca buku ini?

Saya pernah terbeli sebuah buku yang berupa edisi pra-pelancaran, edisi untuk previu dan bukan untuk jualan. Ada penafian padanya yang menjelaskan bahawa sebarang ralat di dalamnya adalah kerana proses pengeditan buku ini masih dijalankan.

Pengajarannya? Berhati-hati apabila membeli buku murah. Jangan cepat menilai sebuah buku melalui harganya.

5 comments:

Afida Anuar said...

Salam r.o.l....saya pernah terbeli satu novel inggeris. Murah yang amat. Cuma 5 ringgit. Tajuk Dead Heat..penulis Dick Francis kalau tak silap. Bayangkan dengan 5 ringgit boleh selesaikan satu kes letupan kat gelanggang lumba kuda;)

uj said...

tadi first tgk tajuk ingatkan pasal laptop... owhh pasal buku... lupa yang blog r.o.l memang banyak review buku... sbenarnya banyak juga lah... saya perolehi banyak komen pasal buku buku yang saya belum beli dan ada niat nak beli di sini... satu blog yang bg info yg baik ttg sesuatu content buku di sini...ye sekurang2nya sebagai rujukan awal sebelum beli...

r.o.l. said...

W'salam WRT WBT, Afida. Nampaknya kalau saya ada gelanggang lumba kuda (yang bebabs judi) yang meletup, saya boleh minta Afida cari siapa yang meletupkannya. :-)

UJ, saya bukan reviu buku, saya lebih memperkenalkan buku dan menceritakan pengalaman saya membacanya. Saya tak harap semua orang akan setuju dengan pendapat saya. Tapi buku The Notebook ni, endingnya telah buat saya confuse.

shahrul said...

Bagus blok ni sir..seronok baca komen buku2 yg banyak ni. Kalau malas nak baca, blh baca review kat sini je.

r.o.l. said...

shahrul,

Saya tak tulis reviu buku. Reviu buku lebih mendalam, menceritakan kelebihan, kekurangan dan aspek teknikal buku. Saya lebih kepada menceritakan pengalaman saya dengan buku-buku ini.

Dan semoga semua urusan shahrul berjalan lancar, amin.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 introspector. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan