***
Kesibukan tidak mengizinkan saya untuk membaca (selain daripada yang untuk kerja) dan perkara-perkara lain seperti mencuba perisian baru. Ada masanya saya rasa seperti ketinggalan. Bukan ketinggalan berbanding orang lain, tetapi ketinggalan di dalam pekara-perkara yang selalu lakukan saya dulu. Ada website yang lama saya tidak kunjungi walaupun selama ini saya salah seorang pengunjung tetapnya. Mungkin ini tandanya hidup saya sudah semakin berubah.
***
Kalau berniaga di pasar Ramadhan katanya sangat lumayan, ‘berniaga’ di ‘pasar amal Ramadhan’ (‘pasar hiper amal Ramadhan’, barangkali?) pastinya akan menghasil keuntungan yang di luar jangkaan. Satu malam beramal umpama beramal selama seribu bulan! Cuma yang akan meraih keuntungan yang terbaik ini adalah mereka yang bersungguh-sungguh dalam mengimarahkan Ramadhan mereka dengan amal soleh dan ketaatan. Mereka mungkin bukan orang bisnes, namun merekalah yang betul-betul faham erti keuntungan. Semoga Allah mengurniakan kefahaman yang sama kepada saya dan kita semua, sebelum tempoh berurus niaga tamat.
0 comments:
Post a Comment