Tanpa sebarang turutan, buku terakhir dalam senarai ini ialah...
(Sumber: Jualan Buku Lama Dan Baru)
Tan Sri A. Samad Ismail Menulis
Penulis: A. Samad Ismail
Penerbit: Creative Enterprise Sdn. Bhd.
265 halaman
265 halaman
Siapakah Arwah Pak A. Samad Ismail, pada saya?
Saya mengenali beliau sebagai salah seorang tokoh wartawan tanahair. Kartunis Dato' Lat pernah bekerja di bawah beliau. Malah Pak Samadlah di antara orang yang mengetengahkan Dato' Lat sebagai kartunis (sebelum itu beliau juga wartawan).
Saya tidak tahu beliau juga penulis novel-novel seperti Tembok Tidak Tinggi. Bahkan beliau salah seorang pengasas ASAS 50.
Saya cuba mengenali beliau melalui buku ini. Bila difikirkan semula, ini mungkin bukan idea yang baik.
Tan Sri A. Samad Said Menulis mengumpulkan tulisan Pak Samad yang termuat di dalam majalah Gila-Gila, sekitar tahun 80-an and 90-an. Saya cuma agak, sebab salah satu bab di dalam buku ini terasa seperti pernah dibaca. Zaman saya muda dahulu saya selalu mencuri-curi baca Gila-Gila di rumah saudara mara, terutamanya apabila pulang berhari raya. Entah mengapa saya selalu tertarik membaca ruangan Pak Samad. Di ruangan ini Pak Samad berkomentar secara satira tentang isu-isu semasa dan sejagat.
Misalnya, Surat Kepada Bekas Presiden adalah 'kiriman' Pak Samad kepada Mikhail Gorbachev (siap dengan alamat), yang waktu itu baru sahaja digantikan oleh Boris Yeltsin. Kalau dibaca dengan serius, boleh digorengnya kita hidup-hidup yang Gorbachev itu kawan baiknya. Presiden Amerika Bush Senior juga seorang lagi 'kawan' Pak Samad, mesra sekali mereka berbual di dalam Merawat Masygul Bush.Yang saya kata seperti pernah dibaca adalah Bila Lelaki Cuti "Bersalin", cerita orang lelaki mengendali rumah tangga tatkala isteri berehat selepas bersalin.
Ternyata saya tidak berjaya mengenali Pak Samad di sini. Berapa ramaikah orang di dalam dunia ini yang boleh mengaku dirinya kawan kepada Gorbachev, Bush, dan Saddam sekali?
(Sumber: Blog Syahril A. Kadir)
4 comments:
R.o.l, dulu2 saya ada juga terbaca Gila-Gila... tapi lupa dah ruangan Pak Samad ni kat mana. Tak boleh nak recall..
Mungkin dah tak ada bila afida baca. Ini zaman Zainal Buang Hussein and the gang, bukan Gila-Gila sekarang.
hurmmm zaman sy sekolah rendah dulu2 kalau tak silap. Tu pun curi2 baca kat rumah sepupu... tak tahu la kalau zaman tu dah takde rol..
zaman skrg, Gila-Gila saya dah tak pandang;)
Apa yang saya ingat, Gila-Gila masa tu ada juga lawak yang boleh dikira intelek (yang kena berfikir dan ada pengetahuan), bukan lawak kosong semata-mata. Gila-Gila sekarang tak pasti sebab tak belek pun.
Post a Comment