Berbelas-belas tahun yang lepas, ketika saya membaca
Keluarga Si Mamat buat pertama kali di rumah pak cik saya di Sungai Buloh, saya ingatkan Si Mamat adalah Lat sendiri. Lat atau Datuk Lat atau Datuk Mohammad Nor Khalid nampak serupa di dalam kebanyakan kartun-kartunnya, dengan rambut seakan-akan afro dan muka dengan bulat (dan Lat itu asalnya singkatan daripada "bulat", nama gelaran beliau semasa kecil).
Keitka itu juga saya tidak tahu yang beliau juga mempunyai seorang adik bernama
Mamat, yang sekarang seorang pengarah filem yang berbakat di sebalik Estet, Man Laksa, Rock, Di Kala Malam Bulan Mengambang, dan Hantu Mak Limak Balik Rumah.
Dalam merungkaikan kisah di sebalik kisah sesebuah novel, komik, filem, dan sebagainya, kita selalunya cepat untuk menganggapnya sebagai autobiografik atau sekurang-kurang biografi. Mamat itu Lat atau Mamat yang sebenarnya, kita sangka.
Sebagai nasihat kepada penulis fiksyen yang baru bermula, Pat Schneider berpesan menerusi Writing Alone and With Others, setiap karya harus diterima sebagai bukan autobiografi yakni tidak berkenaan sesiapa atau apa-apa peristiwa benar. Melainkan penulis yang mengaku. Pokoknya, sama ada penulisan itu fiksyen atau tidak adalah tidak relevan. Setiap karya adalah adunan antara realiti, fantasi, dan pseudo-realiti, yakni realiti tafsiran peribadi.
Seperti yang ditulis oleh Lat di awal Keluarga Si Mamat sama ada watak-watak di dalamnya benar-benar wujud, itu beliau tidak boleh beritahu. Barangkali Mamat adalah Lat, atau Mamat, atau watak komposit daripada kedua-dua mereka.
Saya faham kenapa orang bertanya sedemikian. Sesiapa yang digeletek oleh cerita-cerita Mamat dan gengnya akan ingin tahu bagaimana mereka ini mempunyai kehidupan yang diselangi begitu banyak saat-saat melucukan.
Sayangnya, pada pendapat saya, koleksi ini hanya mengumpulkan kartun-kartun Keluarga Si Mamat yang terkemudian kerana kartun yang seperti di bawah tidak disertakan.
Namun kekurangan ini tidak mencacatkan. Daripada tiga orang yang telah membaca naskah milik saya, tiga orang telah ketawa hingga menggigil badan.
2 comments:
I thought so too..
I'm glad :-)
Post a Comment