"Produk kita perlu tidak terlalu baik mutunya. Biar rosak selepas digunakan seketika. Kemudian pembeli terpaksa membeli yang baru. Apabila mereka membeli berulang kali dari kita, kita akan dapat untung yang banyak."
Logik Pembeli:
"Saya perlu membeli produk yang bermutu tinggi kerana duit saya adalah terhad. Saya tidak mahu terpaksa berulang kali menggantikan produk yang rosak walaupun baru sahaja dibeli."
*****
Logik Orang Perempuan:
"Kenapa orang lelaki tidak suka bertanya apabila sesat jalan? Jika mereka berhenti untuk bertanya arah tentu kami sudah tiba ke tempat yang dituju. Itulah lelaki. Ego."
Logik Orang Lelaki:
"Kenapa aku masih tidak berjumpa jalan yang dicari? Mungkin skil navigasi saya sudah tumpul kerana selalu bergantung kepada alat GPS. Baik, saya akan terus mencari di mana saya tersilap dan akhirnya jalan yang betul."
*****
Logik Bekas Penagih:
"Saya rasa saya sudah tidak ketagihan lagi. Saya akan uji diri saya dengan mengambil (bahan ketagihan) ini. Jika saya sudah sembuh, tentu (bahan ketagihan) ini tidak akan memberi kesan kepada saya, bukan?"
*****
Logik dari Syaitan:
"Siang dan malam saya melanggar perintah Tuhan saya. Dia tentu murka dengan saya. Tetapi bukankah Dia juga Maha Pengampun?"
5 comments:
salam r.o.l
nice one!
yer..kenapa orang lelaki tak suka bertanya eh, betul-betul ego ke? ke malas? he..he
W'salam, Afida. Saya berpendapat jawapannya berubah mengikut konteks dan motivasi. Contohnya seorang lelaki yang jatuh minat dengan seorang perempuan, percayalah, lelaki ini akan banyak bertanya.
Bagi saya tanggapan yang orang lelaki tak suka bertanya kerana ego atau malas adalah generalisasi yang tidak tepat. Ego bukanlah penjelasan bagi kebanyakan tingkah laku orang lelaki. Kedua-dua orang perempuan dan lelaki adalah kompleks, dan individu lagilah kompleks. Mesej saya: jangan kita menghukum orang lain secara short cut. Nanti perhubungan akan senantiasa ribut. :-)
Owhh lelaki yang banyak bertanya sebab minatkan seseorang perempuan tu saya percaya:D
Dan saya percaya rol pasti sudah membaca men from mars, women from venus;)...lelaki dan perempuan, amat la berbeza, dan kompleks ...lelaki sukar mengerti perempuan dan sebaliknya,tapi itu lah kita ciptaan Allah yang Maha Agung.
Benar rol, tak patut menghukum orang secara short cut..bukan hanya ribut, silap-silap taufan melanda sekali..
selamat berhujung minggu!
hmmm tol... pasal lelaki tuh.. sebab UJ suka bertanya.... hehehe tol la ikut konteks dan situasi juga... by the way cikgu tuisyen dulu orang ganu ke? :-)
Afida, ya, saya sudah membacanya tapi sedang memprosesnya, banyak untuk dihadam.
UJ,bunyi Ganu ke? Cikgu saya orang Butterworth.
Post a Comment