Pages

Wednesday, 4 May 2011

Laptopku desktopku

New Lappy
Photo by Ja-nelle
Saya pernah memiliki PC desktop dan laptop. Kedua-dua ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Sebab inilah sekiranya saya ditanya mana satukah lebih baik, desktop atau laptop, saya percaya saya dapat menjawabnya. Dan jawapannya akan bergantung kepada keperluan orang yang bertanya.

Dalam keadaan saya sekarang, saya terpaksa memilih laptop. Faktor yang terpenting untuk ditimbang adalah ruang. Sebuah desktop akan memakan lebih banyak ruang dan permukaan. Tentunya faktor lain seperti harga juga penting (kerana saya belum sekaya Donald Trump), tetapi kekurangan ruang amat mendesak.

Kali terakhir laptop lama saya berkhidmat sepenuh masa adalah hampir lima dahulu. Ia laptop pertama saya. Waktu itu saya masih muda dan mentah dalam perkara-perkara berkaitan laptop. Saya ingat pesan kawan baik saya, "Laptop adalah umpama bayi, berlemah-lembutlah ketika mengendalikannya." (Saya ketawa kerana saya ingat dia buat lawak.) Kini kata-kata tersebut salah satu prinsip utama saya sebagai seorang pemilik laptop. (Itu pun selepas beberapa insiden yang tidak ingin saya kenang yang juga sebahagian besarnya akibat salah sendiri.)

Dari banyak segi, laptop dan desktop tidak banyak beza. Perbezaan yang paling ketara ialah mobiliti. Laptop direka untuk bersifat mudah alih. Laptop yang jenis berat pun masih lebih mobil daripada kebanyakan deskop kerana papan kekunci, pad tetikus dan paparan yang termuat bersama. Ramai pemilik laptop, termasuk saya, yang menjadikannya sebagai pengganti desktop mereka. Faktor mobiliti bukanlah faktor terpenting bagi saya kerana memikirkan tentang kes-kes kecurian laptop yang sentiasa berlaku. Saya lebih suka laptop saya dibiarkan diam di satu tempat khas dan hanya dialih ketika perlu.

Walaupun laptop dan desktop tidak banyak beza, kedua-duanya tidak boleh kita samakan. Laptop berfungsi melalui kuasa bateri yang dicaj menggunakan adapter berwayar. Benar, laptop masih boleh berfungsi jika baterinya dicabut. Malah ada pemilik laptop yang melakukannya untuk memanjangkan jangka hayat bateri. Ada pula yang terpaksa berbuat sebegini (saya salah seorang daripada mereka) kerana bateri laptop mereka sudah terlalu lemah dan mampu dicaj lagi.

Saya ada pandangan sendiri tentang sama ada mencabut bateri laptop akan memanjangkan jangka hayatnya atau tidak, tetapi ini lebih kepada penaakulan dan bukan berdasarkan bukti saintifik. Untuk maklumat yang lebih sahih saya syorkan membaca panduan oleh BatteryCare, khususnya mengenai cara untuk melakukan discaj bateri secara penuh. Serta pastikan apakah jenis bateri yang digunakan serta beri perhatian pada perubahan suhu dalaman laptop dan bateri.

Kesimpulannya, jika laptop sudah menjadi desktop, jagalah ia seperti mana menjaga seorang bayi, terutamanya kalau duit belum sebanyak duit Donald Trump.

9 comments:

Afida Anuar said...

Assalamualaikum...rol dan zaujah...

hmm...bagi saya la kan..donald trumph tu tak sekaya mana pun..err.. he he..

first time pulak dengar ada orang kata kena jaga laptop macam jaga baby... cuma yang saya tahu, laptop ni kena jaga macam kita jaga kekasih kita, perasaannya amat sensitif.. errr...

alkisah laptop pertama saya cap twinhead. Tak la semantap mana, tp alhamdulillah mampu la membantu saya menyelesaikan fyp dan bermacam-macam assignment waktu belajar tu.

Satu hari,sudah hampir 5 tahun bersama dengan twinhead.. waktu tu saya bertugas sebagai guru ganti. Saya bawa balik laptop cap toshiba milik sekolah utk melakukan kerja di rumah. Saya letak di sebelah twinhead saya. Dalam pada masa yang sama...saya asyik puji kecanggihan, kemantapan, dan keunggulan toshiba depan twinhead... tak sangka pulak laptop pun ada perasaan. Cemburu... he he... punya la dia merajuk, sampai rosak, kena masuk bengkel...
padahal sebelum tu elok je... macam-macam.. he he

r.o.l. said...

Alaikumsalam warahmatullahi wa barakatuh, afida.

Donald Trump belum cukup kaya? Tinggi sungguh standard afida. :-D Saya melihat beliau bukan setakat kaya dari segi wang tetapi lebih penting dari segi aset dalam bentuk hartanah. Tapi tentulah orang IT macam afida rasa Bill Gates lagi kaya, kan? :-)

Mungkin laptop ini sensitif macam bayi dan kekasih. Manja. Tetapi masih berjasa. :-D Cik Itam macam ini juga ke?

Mutiara Bernilai said...

Salam alaik rol,

ouh. memang setuju lah, laptop ni kena jaga macam baby.

haha, name laptop sy, lappy boo :)

Afida Anuar said...

hurmm..bill gates pun tak kaya jugak... takpe la..abaikan je la pasai orang kaya ni.. he he

Incik Hitam...Alhamdulillah sepanjang hampir 4 tahun bersama, tak pernah lagi dia buat hal... ke pasai tak pernah puji 'Incik lain' depan dia.....tp memang takkan puji 'Incik lain' pun pasai memang incik hitam je yang bertahta kat hati..heh!...

PS:ada ada je saya ni kan rol?..mcm budak2!..adehhh

r.o.l. said...

Alaikum salam warahmatullahi wa barakatuh, Mutiara Bernilai dan afida.

Kawan saya tegur tu sebab saya ni kasar sikit. Kawan saya ada laptop yang guna Windows 3.11 dari zaman 80an ayah dia punya, masih elok kerana dia cermat. Saya belum beri nama kepada laptop saya :-)

Saya pun mengalami kes benda naik merajuk, tapi pastinya ia takdir Allah, kan? Sampai masa semua benda akan punah, termasuk kita...

nahmy said...

assalamualaikum. saya br tgh planning cari desktop utk anak. yg ada skrg note & net book. sbb panggilan tugas yg tentu masa yg kena pki note & net tu....sbb dah biasa...rasanya netbook yg mudah pki. bateri tahan smpi 5 jam, ringan dan not consuming so much space..

r.o.l. said...

Alaikum salam warahmatullahi wa barakatuh, nahmy. Saya sependapat dengan nahmy, dengan satu tambahan: saya risau laptop/notebook/netbook kena curi! Sudah 4-5 orang kenalan saya menjadi mangsa pecah kereta kerana nak dapat komputer di dalam. Semoga Allah melindungi kita semua.

exxecutor000 said...

Dulu2 memang desktop jadi raja, especially for games. Tapi laptop getting better and better. Portability & battery-powered tu memang huge advantage. Pastu budget laptop pun available. The cheapest: netbook, sesuai sgt utk facebook & email use. Aku main gak game kadang2, tapi mainly facebook game (cityville) - laptop ni more than adequate. Yang boleh buat slack ialah internet connection - Alhamdulillah dpt peluang internet laju here in Ireland :). Aku suka your post about batterycare tu :)

r.o.l. said...

Dari artikel Batterycare baru aku tahu yang bateri akan cepat lemah kalau selalu panas. Bukan sebab selalu connect ke AC.

Internet Msia masih sama. Bunyi macam laju tapi taklah laju. Unifi laju tapi mahal.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 introspector. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan