Monolog...
13 years ago
books mostly. for now. plus other stuff. sometimes.
Cerpen pertama, Langit Lazuardi secara kasarnya dibangunSebagai cerpen awal, saya melihatnya sebagai satu eksperimen oleh penulis. Ayat-ayatnya pendek mengingatkan saya kepada puisi dan sajak. Ada suatu ritma padanya.lebih dari 70%lebih kurang 40-50% dengan ayat kontot atau pendek. Selalu dalam diskusi sastera yang saya dengari, ayat pendek-pendek adalah ayat pemberontak!? Boleh jadi penulis sedang memberontak ketika itu. Ada sesiapa yang rasa begitu? Atau itu mungkin pengaruh ayat SMS? Ayat orang muda?
Apakah kita orang Melayu optimis terhadap keamanan di Asia Barat? Lebih besar lagi akan kewujudan Palestin merdeka bersama Israel berdaulat? Secara peribadi saya agak terganggu dengan watak Dhaliza, ia tidak menggambar sikapnya sebagai majoriti orang Melayu di Nusantara? Sedangkan,orang Melayu sejak kecil disemai sikap bermusuh dengan yahudi lebih dari orang Arab. Eh, saya lupa, Dhaliza kan seorang kolumnis di majalah antarabangsa(dalam hal ini saya terbayang Fareed Zakaria yang saya geram bila baca tulisan di Time dan saya difaham semua media besar dikuasai orang Yahudi). [DHALIZA, PEREMPUAN MELAYU PRO HAMAS dan DIBERI KOLUM DALAM MAJALAH ANTARABANGSA. Saya rasa ia tidak kena. Kalaulah ia benar (MEMANGLAH FIKSI) saya terganggu dengan watak Dhaliza.]Saya tidak mampu untuk menjawab bagi pihak majoriti orang Melayu Nusantara. Melalui pergaulan saya dengan rakan-rakan dari Timur Tengah, kita di sini kurang mendalami faktor-faktor yang membantutkan usaha memerdekakan Palestin daripada Israel. Antaranya masalah di kalangan negara-negara Arab yang saban tahun menerima 'bantuan' (baca: budi) daripada Amerika dan sekutunya serta masalah dalam negara masing-masing. Pernah seorang kawan saya dari Iran berhujah, perkara yang ditakuti Israel ialah apabila negara-negara Arab maju bukan setakat ekonomi tetapi juga stabil daripada segi politik dan sosial. Apabila mereka stabil, mereka akan lebih dihormati dan disegani. Selagi mana mereka tenggelam dalam penindasan dan konflik, selagi itu dunia tidak akan mengambil negara Arab secara serius.
Boleh dikatakan hampir keseluruhan cerpen yang terkandung di dalam antologi KUBB ini mempunyai ciri-ciri yang sama – iaitu bersifat anti plot. Ada pro dan kontra menggunakan teknik penulisan seperti ini. Pada awal pembacaan, saya merasa teruja dengan kelainan yang ditawarkan. Apabila sudah hampir ke penghujung; memasuki Jus Soli Jus Sanguinis, keterujaan itu berkurangan kerana saya seakan-akan sudah dapat mengagak kesudahan cerpen. Cerpennya bagus, tapi malangnya tiada variasi. Pendapat anda semua bagaimana? Perlukah Becky meneruskan gaya penulisan seperti ini atau kita menantikan sesuatu yang berlainan? Maksudnya di sini mungkin sedikit twist pada pengakhiran cerita atau apa sahaja.
Isu seputar feminisme, alam sekitar dan Palestin mewarnai tema dalam cerpen. Dan ianya agak berulang-ulang. Bagaimana pula agaknya sekiranya Becky mengambil pendekatan wacana mengenai budaya tempatan pula? Lari daripada isu yang biasa diangkat Becky. Mampukah anda menerimanya?Maaf, Al Ghazali, kerana sekali lagi saya akan ke depankan jawapannya, kali ini bersama jawapan bagi soalan kedua daripada Puan Najibah.
Kebanyakan watak utama dalam cerpen Rebecca adalah kaum hawa yang cerdik. Kenapa ya?Kenapa ya, Haryati?, Rebecca? Kata Isma ini satu pembalasan dendam. Jawapan Puan Najibah pula lebih menyeluruh.
Sejauh manakah elemen-elemen cinta berlawanan jenis perlu ada dalam sesuatu karya. Apakah sekiranya elemen ini ditiadakan, sesuatu karya itu akan kehilangan serinya?Elemen cinta terlalu kerap diulang di dalam KUBB. Mungkin Rebecca boleh meneroka sesuatu yang lain pula pada masa akan datang, seperti hubungan persahabatan, rumah tangga, jiran tetangga atau orang asing yang saling tidak kenal mengenali.
KUBB menghimpun banyak rasa pengarangnya terhadap banyak perkara. Namun, rasa sedih, kecewa, kesal paling banyak mewarnai keseluruhan penceritaan. Kenapa tiada langsung catatan bernada lucu dan satira? Adakah pandangan mengenai disiplin politik dan sejarah harus sentiasa bernuansa begitu?
Kenapa sekian banyak peristiwa yang terakam dalam kebanyakan antologi KUBB, kimono (mungkin merujuk Jepun) menjadi tajuknya? Mengapa bukan kaffiyeh yang menjadi tanda, sedang pengarang banyak mengangkat citra Palestina?Pemerhatian yang tajam oleh Fisha. Daripada pemerhatian saya pula perkara ini lebih kepada produksi buku. Mungkin kimono dipilih kerana lebih dikenali umum berbanding kaffiyeh.
Seni kulit buku ini saya rasa lain dari yang lain. Anak saya bertanya, “Kenapa muka dia marah, Umi?” Suami saya kata, “Macam orang jate muko dio.” (merujuk kepada aura air mukanya). Sesuaikah ilustrasi kulit dengan citra dan nilai dalam koleksi cerpen ini?Kulit hadapan buku ini mengingatkan saya kepada komik X-Men (yang pernah saya kumpul suatu ketika muda dahulu). Pilihan pereka kulit ini berani tetapi tidak selari dengan falsafah mengenai apa itu kimono dan pemakaiannya. Seperti yang sebut dalam entri saya tentang buku ini, kulit hadapan ada mengandungi unsur berani (boldness), sesuatu yang dipunyai oleh kebanyakan watak-watak cerpen Rebecca. Ideanya boleh dipuji, tetapi falsafah dan konsepnya yang perlu diperhalusi.
Kebanyakan cerpen Rebecca mengangkat latar luar negara. Malah ini boleh dikatakan menjadi kecenderungan para pengarang muda sekarang, termasuk sesetengah pengarang lebih berusia. Fenomena ini juga meluas dalam latar cerpen2 yang dicalonkan untuk HSKU 2009 baru-baru ini, ada latar Pakistan, Mesir, Jepun dan lain-lain. Apa pendapat anda mengenai perkara ini? Kita masih banyak isu tempatan untuk diangkat berdasarkan latar tempatan, kerana negara kita sedang bergelumang dengan 1001 masalah sosial, ekonomi dan politik, tetapi kenapa kecenderungan ini terjadi?(Al Ghazali, ini jawapan saya bagi soalan Tuan yang pertama.)
Apakah kekurangan dalam karya-karya pengarang yang membuatkan pembaca tidak berpuas hati (terutamanya tentang latar watak yang pengarang sendiri rasa vague, dan tidak beremosi)?Kebanyakan perkara yang saya sendiri tidak berpuas hati sudah pun saya terangkan di atas dan di dalam entri saya berkenaan KUBB. Syabas buat Rebacca kerana berani untuk mengemukakan soalan ini dan bersedia untuk mendengar jawapannya. Tidak ramai orang yang sanggup dengar kritikan, apatah lagi memintanya.
Keberkesanan penggunaan teknik anti-plot dalam karya dalam menyampaikan tema-tema yang diketengahkan?
This weblog and its content (texts and images by the author himself) are licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-Share Alike 3.0 Unported License. All other copyrighted materials here are properties of their respective owners, and are purely for informational purposes only, unless mentioned otherwise.