Pages

Showing posts sorted by relevance for query asri. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query asri. Sort by date Show all posts

Monday, 2 January 2012

10 buku dari 2011. (Mungkin 11)

Pada hujung tahun selama dua tahun berturut-turut, saya bawakan senarai 5 Buku Ter..., yakni lima buah buku yang meninggalkan kesan mendalam pada diri saya pada tahun tersebut. Namun saya tidak mampu meneruskan 'tradisi' ini kerana masa saya sudah tidak sesenggang dahulu.

Oleh itu saya rangkumkan buku-buku yang seumpama dari tahun 2011 dalam senarai ini. Sebagai kompromi, saya pendekkan nama senarai tetapi saya panjangkan isinya daripada 5 kepada 10. Dan senarai ini dibawakan sekali harung, bukan dalam lima bahagian seperti sebelum ini. (Tiada lagi suspen!)

Inilah pilihan 10 buku dari 2011 saya.


Islam in Malaysia: Perceptions and Facts
Penulis: Ustaz Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (diterjemahkan oleh U-En Ng)
Penerbit: Matahari Books (2010)
343 halaman

Seseorang itu boleh dilabelkan sebagai kontroversial kerana sebab yang munasabah atau tidak munasabah. Atau kedua-duanya, seperti dalam kes Ustaz Dr. Mohd Asri dan tokoh-tokoh yang lantang menegur masyarakat. Harga yang perlu dibayar demi membawa masyarakat Islam ke arah pembaikan dan relevancy. (Entri asal.)


Liku-Liku Pencarian Nur Islam: Pengalaman Memeluk Islam di Barat
Penulis: Sulaiman Dufford (diterjemahkan oleh Noresah Baharom)
Penerbit: Institut Terjemahan Negara Malaysia (2010)
248 halaman

Hadiah Hari Ulang Tahun Kelahiran daripada isteri tercinta. Buku ini akan membuatkan berfikir kita secara mendalam tentang apa yang perlu dilakukan untuk memajukan dakwah Islam dan membantu saudara baru. Berita pemelukan Islam oleh saudara baru selalu disambut dengan dengan gembira oleh penganut Islam sejak lahir, namun realiti yang didepani oleh saudara baru mungkin tidak seindah yang kita bayangkan.


The Creative Habit
Penulis: Twyla Twarp dan Mark Reiter
Penerbit: Simon and Schuster (2005)
256 halaman

Buku tentang kreativiti adakalanya dipenuhi teori-teori, atau saranan yang tidak jelas kaedahnya. Tidak dengan The Creative Habit. Ditulis oleh seorang koreografer ternama dari Broadway, buku ini menekankan kepada perbuatan yang menjana kreativiti, di samping menerangkan tulang dan daging yang membentuk sebuah karya kreatif. Banyak mengandungi rujukan kepada budaya dan seni Amerika, bersedialah untuk berulang kali mengGoogle dan mengWikipedia.



Bicara Buat Pemimpin dan Rakyat
Penulis: Ustaz Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Penerbit: Utusan Publication Sdn Bhd (2010)
292 halaman

Koleksi kedua tulisan Ustaz Dr. Asri di ruangan Bicara Mufti selepas Mengemudi Bahtera Perubahan Minda (yang diterjemah menjadi Islam in Malaysia). Buku ini disudahi dengan catatan beliau semasa melepaskan jawatan mutfi.



Every Living Thing
Penulis: James Herriot
Penerbit: St. Martin's Griffin (2005)
352 halaman

Bukan mudah untuk mengucapkan selamat tinggal kepada sesuatu yang begitu menyentuh sanubari kita. Setiap perkara pasti berakhir. Begitulah juga siri semi-autobiografi doktor haiwan desa James Herriot, atau nama sebenar beliau Alf Wight, yang turut merakamkan cerita tentang pahit getir, suka duka para petani, penternak, dan pemilik haiwan di Yorkshire dan jalinan indah di antara makhluk-makhluk Allah yakni manusia, haiwan, dan alam. (Entri asal.)



Insanely Great: The Life and Times of Macintosh, the Computer that Changed Everything
Penulis: Steven Levy
Penerbit: Penguin (2000)
336 halaman

Apple bukanlah Steve Jobs dan Steve Jobs bukanlah Apple. Apple terdiri di atas usaha Jobs, Steve Wozniak, dan ramai lagi individu, membentuk DNA syarikat yang sedang paling dicemburui saat ini. Cerita di sebalik kelahiran Apple Macintosh, komputer yang mengubah dunia. Fun fact #1: Apple Macintosh adalah komputer pertama yang direka untuk dioperasikan mengguna tetikus. Fun fact #2: Pada tahun 1984, tahun Macintosh dilancarkan, penulis dan teknologis John C. Dvorak melihat melihat tetikus Macintosh lalu berujar, "tiada bukti ada orang yang akan mahu menggunakannya." Saya percaya Encik Dvorak kini telah menilai semula pendapat beliau tersebut. (Entri asal.)



This Earth of Mankind
Penulis: Pramoedya Ananta Toer (diterjemahkan oleh Max Lane)
Penerbit: Penguin (1996)
368 halaman

Buku pertama di dalam tetralogi Buru. Raden Mas Minke, anak watan berpendidkan Belanda, bangkit mencabar penjajahan melalui pena dan pemikiran. Perkenalannya yang secara tidak diduga dengan Nyai Ontosoroh, wanita simpanan seorang hartawan Belanda, dan anak perempuannya Anneliesse, membuka pintu-pintu baru buat Minke, termasuklah pintu kepada tragedi. Pak Pramoedya sememangnya seorang master storyteller. (Entri asal.)



Bermula dan Berakhir
Penulis: Naguib Mahfouz (diterjemahkan oleh Shamsuddin Jaafar)
Penerbit:Dewan Bahasa dan Pustaka (1993)
622 halaman

Saya mula-mula tertarik dengan novel ini kerana Naguib Mahfouz. Tetapi usai membaca novel saya lebih berminat untuk mengetahui siapakah Shamsuddin Jaafar. Terjemahan beliau terasa begitu jati. Bagi saya plot novel ini biasa-biasa sahaja. Tentang orang miskin yang sudah jatuh kemudian ditimpa tangga dan tangga itu patah lalu menikam badannya, mengakibatkan kesakitan yang amat sangat dek luka yang dalam serta busuk bernanah, menyebabkan seluruh keluarganya menangis tidak berhenti-henti... Ya, ya, kasihan mereka ini. Pak Pramoedya dan Naguib Mahfouz kedua-duanya sama kepala, suka menyeksa watak-watak mereka hingga luluh jasad dan jiwa. Apapun, Shamsuddin Jaafar dan Max Lane, syabas buat Tuan berdua. (Entri asal.)



The Story of The Qur'an: Its History and Place in Muslim Life
Penulis: Ingrid Mattson
Penerbit: Wiley-Blackwell (2007)
272 halaman

Tidak banyak buku akademik yang mudah dibaca dan difahami. The Story of The Qur'an adalah satu kelainan. Kali pertama saya melihat sejarah dan signifikasi Al-Quran dalam kehidupan orang Islam dari kaca mata seorang ahli akademik Barat, yang juga seorang Muslimah. (Entri asal.)



Lessons of the Crusades and the Mongol Hordes: Salahuddin al-Ayyubi and his Successors
Penulis: Sheikh Syed Abul Hasan Nadwi (diterjemahkan oleh Mohiuddin Ahmad)
Penerbit: Islamic Book Trust (2007)
118 halaman

Abaikan muka J.W. yang ada pada kulit hadapan buku ini. Beliau tidak ada kena-mengena (secara lansung) dengan isi kandungan buku ini, iaitu mengenai dua turning point yang penting dalam sejarah umat Islam. Naskhah yang nipis tetapi sarat dengan pengajaran. (Entri asal.)

Mula-mula saya katakan 10 buku, tetapi tidak mungkin senarai ini akan lengkap tanpa buku ini.



Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri
Penulis: Pendita Za'ba
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (2005)
103 halaman

Satu fenomena menyedihkan di kalangan sesetengah agamawan ialah menuduh orang lain yang berbeza pendapat atau aliran dengan bermacam-macam tuduhan, daripada bermasalah kepada sesat hingga ke kafir. Apa yang menimpa Pendita Za'ba, yang mana beliau disekat oleh Sultan Perak atas desakan golongan agamawan juga, wajib dijadikan pengajaran oleh kita semua. Janganlah kita menyebelahi satu pihak tanpa berfikir panjang. "Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan.” Perintah Allah kepada kita dari Surah Al Israa ayat ke-36. (Entri asal.)

Apakah buku-buku terbaik yang saudara saudari baca pada 2011? Bolehlah kita cadang-mencadang apa pula untuk kita baca 2012 ini.

Thursday, 9 February 2012

Travelog Minda Tajdid

Sumber: bukuonline2u
Buah tangan dari Ustaz Dr. Mohd Asri sentiasa saya nanti-nantikan. Buku-buku beliau sentiasa mengetuk pintu minda saya agar lebih terbuka, agar melihat isu-isu Islam dari persepsi yang baru dan segar. Hujah beliau diiringkan nas-nas dari Al-Quran dan Sunnah serta sari khazanah ilmuwan Islam terdahulu seperti Ibnu Taimiyyah, Hamka, dan lain-lain. Tiada pilih bulu dalam penulis Ustaz Dr. Asri; baik orang awam, para agamawan, mahu pun pemimpin peringkat tertinggi negara, semuanya menerima teguran beliau. Kerana ini beliau disenangi (serta dimarahi) ramai, hingga beliau dijemput ke majlis utama parti-parti politik negara kita sebagai tetamu dan pemerhati. Barangkali ramai lagi Ustaz yang menerima jemputan yang sama dan berdiam mengenainya. Sama ada ini menunjuk-nunjuk tentunya bukan untuk kita persoalkan. Saya lebih suka melihat ini sebagai keterbukaan orang politik dalam menerima kehadiran para agawaman, dan moga-moga pandangan mereka juga.

Buku ini mengandungi koleksi artikel Ustaz Dr. Mohd Asri yang ditulis selepas tamat tempoh perkhidmatan beliau sebagai Mufti Negeri Perlis Indera Kayangan. Beliau berjaya menerima peluang untuk menjalani sabbatikal akademik di UK, maka sebab inilah kulit depan buku ini berbunyi, "Catatan Perjalanan Dari Tanah Barat." Artikel-artikel di dalam buku ini juga tersimpan di laman web rasmi beliau, Minda Tajdid.

Tahniah buat PTS kerana berjaya berkerjasama dengan Ustaz Dr. Mohd Asri untuk menerbitkan artikel-artikel beliau dalam bentuk buku hard copy.

Baru-baru saya ada terbaca tentang pertikaian penggunaan istilah "merekodkan" hadis oleh PTS di dalam buku-buku terbitan mereka, menggantikan istilah "meriwayatkan" hadis seperti biasa difahami umum oleh orang Islam. Saya kurang pasti mengapa PTS menggunakan istilah ini, tetapi saya percaya ini ada kaitan dengan strategi PTS untuk menarik golongan pembaca Muslim yang masih kurang dalam penghayatan agama Islam, serta golongan pembaca bukan Muslim. Secara rasional, istilah "merekod" lebih mudah difahami oleh mereka berbanding istilah "meriwayat." 

Namun, saya fikir pertukaran ini perlu dibincangkan kerana istilah yang berkaitan seperti perawi hadis, sanad, dan sebagainya bukan hanya melibatkan tugas merekod hadis. Para perawi hadis adalah individu yang mempunyai sifat-sifat tertentu, terutamanya akhlak dan peribadi yang terpuji, beramal soleh, dan mempunyai kekuatan memori yang tidak mengundang kesangsian. Sedangkan merekod boleh dilakukan oleh sesiapa pun, menggunakan media yang sedia ada. Dari segi ilmu hadis, meriwayat mempunyai makna yang lebih mendalam berbanding merekod. Untuk ini saya cadangkan agar pihak PTS menyediakan glosari untuk edisi ulang cetak buku ini bagi menerangkan tujuan serta makna istilah-istilah yang digunakan, yang secara lansung akan membantu golongan yang disebut untuk memahami kandungan buku dengan lebih baik. Matahari Books pun ada menyiapkan glosari bagi buku Islam in Malaysia.

Ini satu perkara teknikal yang tidak menjejaskan integriti kandungan buku. Sebahagian besar buku ini membicarakan isu-isu politik dan pentadbiran. Isu-isu yang pernah timbul tidak lama dahulu seperti polemik pelaksaan sistem hudud dan peralihan tampuk pemerintahan negara turut diberi perhatian. Malah satu salah artikel yang dimuatkan di dalam buku bertajuk, "Salam Untuk Perdana Menteri Baru." Ucapan tahniah dan takziah beliau hulurkan; tahniah atas perlantikan, dan takziah atas bebanan yang digalas. Satu nasihat relevan buat semua pemimpin, termasuklah para pemimpin keluarga. Kita ingatkan dengan kisah Khalifah Umar Abdul Al-aziz yang menangis selepas dilantik khalifah hingga basah janggutnya mengenangkan soalan yang bakal diajukan oleh Allah di akhirat kelak tentang rakyat di bawah pemerintahannya. Berapa ramai pengantin lelaki yang menangis kerana takutkan Allah selepas melafazkan, "Aku terima nikahnya..."

Sunday, 12 August 2012

Penawar Duka Pengubat Sengsara

Sumber: Karya Bestari

Allah Maha Hebat. Maha Mendengar, Maha Mengetahui. Pengabul segala hasrat.

Sebelum ini saya sedikit mengomel tentang kepupusan peluang saya untuk membaca buku yang bukan untuk tujuan kerja. Hati saya meronta-ronta mencari ruang senggang. Bukannya topik bacaan untuk kerja saya ini membosankan, malah saya sedar signifikasinya. Cuma saya sudah menyusun rancangan membaca saya sendiri, dan kerana kerja rancangan ini sudah tergendala.

Ramadhan ini saya dihadiahkan olehNya dengan pengajaran-pengajaran yang penuh makna. Satu insiden ini juga saya anggap sebagai satu pengajaran. Dua hari yang lepas saya ke kedai cuci kereta untuk membersihkan kereta yang berselimut debu. Bukan setakat debu malah terpalit kotoran lain dari pelbagai sumber. Hatta, cadang sang pakar pencuci kereta, kereta saya ini juga perlukan polish. Proses polish mengambil masa lebih daripada sejam. Ketika itu buku ini ada di dalam beg. Maha Suci Allah, peluang yang saya cari muncul tanpa diduga. Saya duduk diam di tempat menunggu. Hujung mata lembab dan tekak saya mengeras. Keajaiban Allah telah menyinggahi hidup saya.

Bonus ini saya gunakan untuk menghadam mutiara ilmu dan kerohanian daripada Tuan Ustaz Dr Asri. Penawar Duka Pengubat Sengsara mengfokuskan aspek rohani dan akidah, berbeza daripada buku-buku beliau yang lain yang ada menyentuh tentang aspek seperti kemasyarakatan, siasah dan sejarah. Puisi-puisi kerohanian Ustaz Dr Asri yang menutup dan membuka bab-bab buku ini meniupkan rasa syahdu ke dalam hati pembaca termasuklah pembaca yang berhati kematu seperti saya.

Buku ini menjawab beberapa persoalan yang sekian lama berlegar di fikiran saya, seperti pandangan Islam tentang Bonda kita Hawa dalam peristiwa pengusiran beliau dan Ayahanda Nabi Adam A.S. dari syurga. Al-Quran merakamkan peristiwa dengan meletakkan tanggungjawab ke atas kedua-dua mereka. Tidak seperti agama lain, Islam tidak menyalahkan Bonda Hawa kerana menyebabkan manusia dihalau dari syurga atau menganggap kaum wanita sebagai bahana. Yang penting untuk kita pegang ialah taubat Ayahanada dan Bonda diterima oleh Allah. Kedudukan mereka tetap mulia dan berada di kalangan yang patut kita dikasihi.

Satu persoalan lagi yang mencuit minda saya ialah tentang perkataan قلب yang selalu diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu sebagai hati. Terjemahan yang lebih tepat ialah seperti di dalam Bahasa Inggeris iaitu heart atau jantung. Ini lebih dekat dengan maksud قلب yang dianalogikan di dalam Al-Quran. Hati dalam bahasa Inggeris ialah liver. Menariknya, istilah heart attack tidak pula diterjemahkan kepada serangan hati tetapi serangan jantung. Begitu juga heart disease adalah penyakit jantung, bukan penyakit hati. قلب juga tidak sesuai ditulis sebagai kalbu kerana كلب dalam Bahasa Melayu ialah anjing. Oleh sebab ini saya pernah dengar cadangan agar perkataan kalbu diganti pakai dengan perkataan atma.

Tanpa saya sedar, sudah pun berlalu sejam lebih. Kereta saya tampak berkilat dan hati jantung hati saya terasa diubat. KeajaibanNya sentiasa tidak dapat diduga. Saya berazam agar doa berikut yang saya belajar dari buku ini akan menjadi kelaziman hidup saya. Jika saudara sudah pun beramal dengannya, teruskanlah. Semoga saya dapat mengikuti saudara dalam kebaikan.

“Ya Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata” (Riwayat al-Nasai).

Monday, 21 January 2013

10 buku dari 2012

10 buku pilihan saya daripada rezeki pembacaan tahun lalu. Alhamdulillah.

Sumber: Marie Claire
Love in a Headscarf. Shelina Janmohamed (Beacon Press, 2010)
Petikan daripada entri asal: "If I have daughters who can read and old enough to begin thinking about relationships, I'd tell them to read this book."


Sumber: Open Library
Zeitoun. Dave Eggers (Vintage, 2010)
Petikan daripada entri asal: "One of the concerns of the US government during Hurrincane Katrina was stopping so-called terrorists hiding within in the US from taking advantage of the chaotic situation. The US Army along with FEMA, paramilitary forces including security firm Blackwater, and other government agencies were sent into crisis areas to look for suspicious persons and activities. They ran into Abdulrahman and his friends at one of Abdulrahman's rental houses and immediately thought they in possession of some stolen goods. This was when Abdulrahman's real nightmare began."


Sumber: Karya Bestari
Penawar Duka Pengubat Sengsara. Ustaz Dr Mohd Asri Zainul Abibin (Karya Bestari, 2012)
Petikan daripada entri asal: "Penawar Duka Pengubat Sengsara mengfokuskan aspek rohani dan akidah, berbeza daripada buku-buku beliau yang lain yang ada menyentuh tentang aspek seperti kemasyarakatan, siasah dan sejarah. Puisi-puisi kerohanian Ustaz Dr Asri yang menutup dan membuka bab-bab buku ini meniupkan rasa syahdu ke dalam hati pembaca termasuklah pembaca yang berhati kematu seperti saya."


Sumber: Sensei's Library
The Master of Go. Kawabata Yasunari, translated by Edward G. Seidensticker (Vintage, 1996)
Petikan daripada entri asal: "Reading this book with just a rudimentary understanding of Go was certainly a handicap. What made me stay to the end was Kawabata's detailed account of what happened throughout the match, the people involved, and how they revealed clues about the two masters of the game. Go was merely the stage on which a human drama unfolded."


Sumber: CraveWorthy
Positioning: The Battle for Your Mind: How to Be Seen and Heard in the Overcrowded Marketplace. Al Ries & Jack Trout (McGraw-Hill, 2000)
Petikan daripada entri asal: "Positioning is not about being the first, it is more about not be overlooked by customers who are overwhelmed by the choices available in the market. Good positioning means getting through to the customers’ mind."


Sumber: Kedai Buku Anda
Travelog Wartawan Islam. Roslan Hamid (Kemilau Publika, 2011)
Petikan daripada entri asal: "Pengalaman peribadi tuan Roslan Hamid seperti menziarahi makam Imam Bukhari dan masyarakat Islam di Uzbekistan, keengganan seorang imam masjid untuk ditemuramah kerana rasa tidak yakinnya terhahap ketelusan akhbar, serta kesibukan yang menelan setiap peluang untuk beribadat atau masa untuk bersama-sama keluarga; mendorong beliau untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dunia kewartawanan pada tahun 1998, ketika berada di meja Pengarang Luar Negara."


Sumber: Tamarind Books
Growing Up in Tregganu. Awang Goneng (Monsoon Books, 2007)
Petikan daripada entri asal: "Growing Up in Trengganu is the kind of book I could never write, primarily because I never grew up long enough in a place to become acquainted with it, to have the kind of connection that Awang Goneng has with Trengganu, place he says no longer exist. I can't argue with him there."


Sumber: Az-Zahra
Secangkir Teh Pengubat Letih. Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (Galeri Ilmu, 2010)
Petikan daripada entri asal: "Turki juga saksi terkuburnya khilafah Uthamaniyyah, institusi pemerintahan Islam yang pernah menjadi tunggak umat Islam sedunia. Ustaz Hasrizal mendedikasikan satu bab khas mengenai tragedi ini. Jika ditinjau lebih mendalam, kita sebagai umat Islam umpama pelanduk yang adakalanya terlupa jerat, sedangkan jerat tidak pernah melupakan pelanduk."


Sumber: PTS
40 Hadis Palsu Popular. Abdul Razak Muthalib (PTS Islamika, 2011)
Petikan daripada entri asal: "Jangan kerana niat ingin bertazkirah, kita terheret ke neraka. Semoga kita dilindungi Allah daripada kesilapan ini."


Sumber: Hasani Books
Mudahnya Menjemput Rezeki. Fathuri Salehuddin (Galeri Ilmu, 2012)
Saya belum sempat menulis apa-apa tentang buku ini. Saya membelinya di Pesta Buku Antarabangsa KL tahun lepas dan sempat bersua dengan pengarangnya. Beliau seorang yang mempunyai aura yang begitu positif. Kami sempat berbual sebentar sebelum beliau meurunkan autograf pada naskhah saya. Secara mudahnya :-) buku ini bukan mengenai mencari rezeki, tetapi tentang menjemput rezeki. Apa bezanya? Menjemput rezeki ialah tentang membuat amalan-amalan yang menarik rezeki kepada kita. Gaya penulisan buku ini sangat santai dan nyaman hinggakan saya tidak sedar yang saya menghabiskan dalam masa yang agak singkat. Fahami apakah sebenarnya rezeki dan apa yang patut kita lakukan untuk memandunya masuk ke dalam hidup kita. Turut termuat adalah beberapa kisah benar tentang penjemput rezeki. Pesan pengarang, cubalah pesanan yang dititip dan lihatlah sendiri perubahan.


Begitulah, 10 buah buku pilihan. Jemput baca.

Tuesday, 26 April 2011

Islam in Malaysia: Facts and Perceptions

Source: Matahari Books
Discussing issues involving Islam is often not easy, even among Muslims.

Take the issue of zakah money as an example. Every year we hear about how much zakah money has been collected in this or that state, usually in millions of Ringgit. The Selangor Zakat Board collect RM336.8 million last year, according to their website. While this is undeniable a good thing, the bigger question that every Muslim should be asking is how are we spending the money and are money going to the deserving recipients. RM336.8 million is a lot of money. Shouldn't the zakah board release annual statements on how the money is distributed, since it is money of the Muslims? Where is the assurance that this money would not be mismanaged or wasted?

I still have faith in the honest people works in the zakah boards. At the same time, I believe it is time we become more professional in handling the affairs of the Muslims, and that includes becoming more accountable. We cannot simply operate on the basis of trust alone. After all, syaitan never discriminates.

And this is among the many arguments brought forth by Ustaz Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA) in his book, Islam in Malaysia: Perceptions and Facts.The book is a compilation of Dr. MAZA's writting in his Mingguan Malaysia column, Bicara Mufti, published between 2006 and 2008. I admit it has been years since I last read Mingguan Malaysia, and I had no idea who he was other than how he was often portrayed by the media as the firebrand young mufti from Perlis with a supposedly Wahabbi leaning. At least that's how I perceived him.

That perception caused some reservations on my part when I first picked up this book. There are a lot differing opinions in interpreting the practices of Islam. At best, these 'disagreements' provide flexibility and room for discourse. At worst, we would be seeing rifts and bloodsheds, sometimes over trivial matters.

According to Dr. MAZA, at the root of many of these issues is the Muslims' blind adherence (taklid) to religious teachers and authorities. Many Muslims simply accept everything that they hear from Ustazs even if the thing sound far-fetched or even ludicrous. One example he gave was about how some Ustaz like to repeat the story about some pious walis who prayed 1,000 rakaah of tahajjud a night. Dr. MAZA deconstructed the story by pointing that assuming a rakaah takes about a minute (which is a very short rakaah) and there is only about 600 minutes in a night from 8 PM to 6 AM; going for 1,000 rakaat in night is neither mathematically nor logically (nor even humanly) possible. On the other hand, a hadith narrated by Ummul Mukminin A'isyah RA reported that Rasulullah SAW use to pray not more than 11 rakaah in one night.

Islam actually encourages the use of individual intellect and common sense. Muslims should be encouraged to ask questions by looking at evidences and reasoning, and a religious figure, even someone at the level of a mufti, should not be exempted from scrutiny. This is sadly absent from the Muslim ummah of today. Making things worse are narrow-mindedness and rigidity, qualities that are opposite to the lines of thinking exemplified by our noble scholars in Islam. Imam Al Muzani, a student of Imam Syafie, told that his teacher warned against accepting any of his teachings that contradicts evidence, reasoning or thought.

There so many of hard-hitting points raised by Dr. MAZA that I am just astounded at how his column managed stay in a mainstream (read: pro-government) newspaper for two years or so. His writing was originally collected in Mengemudi Bahtera Perubahan Minda and this book is the English translation of it. The translator, U-En Ng, does a good job in preserving Dr. MAZA's voice along with his wit. I found some words were translated rather literally than technically like zakah (which is not exactly the same as 'alms', as viewed by a few non-Muslim English speakers including my SPM tuition teacher), dakwah (also, not quite the same meaning as 'preaching') and muhasabah. But for most parts I see that Ng made the effort to get Islamic terms defined as accurate as possible. Kudos to both Ng and Matahari Books. I hope is the first of many Islamic books coming from the publisher.

Whether you are a Muslim or not, this book will give you a lot to think about. And especially for Muslims, a lot of work to be done.
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 introspector. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan