Tahun lepas saya diteman anak seorang kawan. Beliau tinggal di asrama, dan mungkin kali ini tak pulang ke rumah. Tahun peperiksaan, rasanya. Sibuk ulangkaji.
Masalah nak pergi atau tidak, bagi saya, ialah masalah ruang almari. Kalau dah pergi memang susah nak balik tangan kosong. Walhal almari dah senak dengan buku-buku. Yang kebanyakannya belum dibaca. Kadang-kadang bila saya masuk bilik, saya akan alihkan mata daripada memandang almari buku saya. Denial.
Beberapa minggu yang lepas seorang kawan lama mengajak saya pergi. "Bos aku nak lancarkan buku. Puan Hajjah Rohani. Jomlah!"
Insya-Allah. Kalau ada rezeki mungkin tahun saya akan berjumpa bos kawan saya. Kalau jadi pergi.
0 comments:
Post a Comment