Senarai 5 buku ter... Ter-apa? Terbaik? Terseronok? Tersedih? Terpedaya? Saya tak pasti. Apa yang boleh saya katakan, lima buku yang saya senaraikan ini merupakan bacaan yang telah paling banyak membuatkan saya, "Hmmm..."
Buku terakhir dalam senarai ini ialah...
Ketika Cinta Bertasbih, 1 dan 2
Penulis: Habiburrahman El Shirazy
Penerbit: Al-Risalah Product Sdn Bhd
484 dan 664 halaman
Kemunculan novel Ayat-ayat Cinta karya Habiburrahman El-Shirazy bagaikan pemangkin persada novel Islami. Novel sebegini menyeimbangkan antara nilai-nilai hiburan yang digemari golongan muda dengan nilai-nilai yang diajar oleh Islam. Pembaca bukan sekadar dihiburkan malah mereka dapat menimba ilmu Islam dan mengamati Islam dari sudut pandangan yang baru. Sekurang-kurangnya mereka akan nampak, rupanya bercinta ada di dalam Islam.
Isu ini yang jarang diperjelaskan terutamanya kepada golongan muda. Saya pernah tersua dengan sebuah majalah Islami yang bertanya dalam salah satu isu keluarannya, "Adakah Wujud Cinta Selepas Kahwin?"
Pelik sungguh soalan ini. Adakah cinta hanya orang yang berdating? Adakah hari pernikahan merupakan hari pengkebumian bagi cinta? Orang berdating mungkin paling kuat 10–15 tahun, tetapi berkahwin kadang-kadang hingga ke 60–70 tahun. Jikalau cinta tiada dalam perkahwinan, buat apa kahwin? Bukankah berdating lebih membahagiakan?
Pada umur saya sekarang, saya bersyukur sedikit sebanyak persoalan-persoalanan ini terjawab. Namun saya agak terkilan dengan pendekatan yang digunakan. Contohnya, jika dating tidak dibenarkan, apakah sebab-sebabnya? Adakah alternatif lain dalam Islam?
Dari aspek ini, kehadiran dan kemeledakan novel-novel Islami sangat membantu. Perasaan cinta itu wujud dalam hati setiap insan, sekeras mana hatinya pun, fitrah yang tidak mungkin dipisahkan daripada hati manusia. Novel Islami mengambil soal cinta dan membalutinya dengan syariat. Syariat dan cinta bukannya saling bertentangan. Dengan syariat sebagai panduan, cinta yang sering dikaitkan dengan nafsu dapat dimurnikan hingga menjadi sesuatu yang suci dan agung.
Biar saya buat satu pengakuan jujur di sini. Sebenarnya sebelum membaca duologi (dwilogi, pun boleh, nampaknya) ini, saya amat skeptikal dengan apa yang dipanggil novel Islami. Pertamanya sebab saya bukannya peminat apa-apa yang bertemakan chen-ta. Namun dengan bertambah usia bertambahlah sentimentaliti saya. Chen-ta pun chentalah. Keduanya, saya agak takut novel sebegini akan menggunakan Islam sebagai Ajinomoto sedangkan ceritanya tidak jauh berbeza dengan novel cinta konvensional.
Seperti kakaknya, Ketika Cinta Bertasbih juga telah difilemkan. Sejauh mana filemya berjaya mengangkat tema asalnya saya kurang pasti kerana saya belum menontonnya. Ini satu masalah saya, saya agak alah dengan adaptasi. Sekiranya adaptasinya terlalu curang terhadap sumbernya, saya akan mengaum di dalam kepala saya (hanya orang yang dekat akan mendengarnya). Mungkin saya tidak akan menonton filem Ketika Cinta Bertasbih kerana apa yang saya bayangkan tentang Khairul Azzam dan Anna Althafunnisa agak berbeza dengan versi yang di layar perak (berdasarkan treler yang dicuri-curi tonton). Imaginasi saya sudah memadai.
Monolog...
12 years ago
3 comments:
salam ziarah....menonton ketiga-tiga filem ini (AAC, KCB1 & KCB2) sebenarnya tidak begitu sedap berbanding dengan membaca novel-novel nya.
pada saya filem KCB ok berbanding dengan AAC..Filem AAC tidak seperti Novel AAC..
http://unclejoe11.blogspot.com/2010/02/ketika-cinta-betasbih-dan-ayat-ayat.html
salam
w'salam, unclejoe, terima kasih atas kunjungan dan pandangan. Saya sudah membaca KCB tapi belum menontonnya. Saya sudah menonton AAC tapi belum membacanya. Jadi saya bukanlah penilai yang terbaik.
Seperti yang saya katakan, saya agak skeptikal dengan adaptasi. Namun, bagi AAC dan KCB, saya dapat lihat betapa perlunya adaptasi demi untuk menyampaikan mesej yang baik kepada khalayak yang seramai mungkin.
terus menulis di blog okay.. UJ suka dengan beberapa info yang ada dalam blog r.o.l ... dan mungkin r.o.l. juga bertemu dengan apa yang dicari dalam blog-blog dikunjungi hehehe ye ke sedang mencari.. mencari apa ya... saje telahan ... dan jgn lupa juga singgah di unclejoe nye blogs..
salam ukhuwwah
Post a Comment