Pages

Friday, 22 January 2010

Senarai lima buku yang ter... 2009 (2 daripada 5)

Senarai 5 buku ter... Ter-apa? Terbaik? Terseronok? Tersedih? Terpedaya? Saya tak pasti. Apa yang boleh saya katakan, lima buku yang saya senaraikan ini merupakan bacaan yang telah paling banyak membuatkan saya, "Hmmm..."

Tanpa mengikut sebarang turutan, buku kedua dalam senarai ini ialah...




House of Glass
Penulis: Pramoedya Ananta Toer, diterjemahkan ke Bahasa Inggeris oleh Max Lane
Penerbit: Penguin
384 halaman

Seperti seseorang yang meneguk minuman yang amat sedap buat pertama kalinya lalu terfikir, kenapa selama ini saya tidak mencuba minuman yang sedap ini? Begitulah saya selepas menghabiskan House of Glass (Rumah Kaca), kenapa selama ini saya tidak mendekati novel-novel sejarah? Sungguh ruginya saya.

Perasaan takut, barangkali. Semasa di sekolah, Sejarah adalah di antara matapelajaran yang paling saya geruni. C adalah gred lazim saya. Gerun, tapi tidak pernah benci.

Membaca kadangkala memaksa kita untuk menjangkaui zon selesa kita, meneroka wilayah baru lagi asing. Dahulu saya amat gerun dengan sastera, falsafah dan sejarah. Melalui membaca, sedikit demi sedikit saya memberanikan diri untuk mendekati benda-benda yang selalu dianggap sebagai berat.

Terang sekali Pak Pramoedya seorang tukang cerita yang mengasyikkan. Fakta dan fiksyen disulam menjadi satu cerita yang bertaraf epik (pada pendapat peribadi saya), kemuncak kepada siri empat buah buku yang digelar Tetralogi Buru. Dan tidak seperi tiga yang pertama, House of Glass memusingkan perspektif cerita tetralogi ini kepada seorang protagonis yang baru, di mana protagonis asalnya diturunkan pangkat kepada watak antagonis pembantu. Memang menyayat hati.

Saya bukan sekadar bergurau. Sesiapa yang telah membaca tiga buku pertama tetralogi akan akan faham maksud saya. Dan, tidak, saya belum membaca ketiga-tiga buku yang dimaksudnya.

Jadi, balik ke pangkal jalan. Mungkin jika bersempatan tahun ini, saya mulakan buku pertama, This Earth of Mankind, atau tajuk asalnya, Bumi Manusia. Terima kasih kepada blogawan bibliofilik mudin dan jiwarasa kerana memperkenalkan adikarya Pak Pramoedya ini kepada saya melalui blog mereka.

Insya-Allah, bahagian ketiga akan menyusul tidak lama lagi.

2 comments:

mudin001 said...

Benar Rol, buku ini saya kira antara yang terbaik pernah dibaca. Dan saya masih dalam pencarian, menggali khazanah Pram yang lain. :)

r.o.l. said...

Sekali lagi, terima kasih banyak-banyak, mudin. Buku ini di antara yang saya kenali melalui blog, dan nampaknya blog adalah sumber rekomendasi buku yang sanat bernilai.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 introspector. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan