Senarai 5 buku ter... Ter-apa? Terbaik? Terseronok? Tersedih? Terpedaya? Saya tak pasti. Apa yang boleh saya katakan, lima buku yang saya senaraikan ini merupakan bacaan yang telah paling banyak membuatkan saya, "Hmmm..."
Tanpa mengikut sebarang turutan, buku pertama dalam senarai ini ialah...
Untukmu Umat
Penulis: Ustaz Zaharudin Abd. Rahman
Penerbit: Karya Bestari Sdn Bhd
304 halaman
Alhamdulillah, satu perkembangan positif mutakhir ini ialah para Ustaz yang memanfaatkan laman web dan blog untuk berdakwah. Ustaz Zaharuddin misalnya telah memulakan laman web beliau pada 2006 (berdasarkan tarikh yang tercatat pada artikel pertama beliau di situ). Sebahagian artikel-artikel ditulis dikumpul dan diterbitkan sebagai buku ini. Pendekatan yang sama juga diambil oleh ustaz lain seperti Ustaz Hasrizal dengan buku-buku beliau.
Saya jumpa buku ini di celah-celah rak novel terbitan Alaf 21. Tajuknya seakan memanggil-manggil saya. Umat adalah satu perkataan yang kuat kesannya. Kita semua umat, saya umat, orang Islam di mana-mana temapt di atas dunia ini adalah umat. Tentu buku ini ada mesej yang besar.
Buku in dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Nasihat Buat Diri Sendiri dan Umat dan Nasihat Buat Wanita dan Lelaki. Sebahagian daripada bahagian kedua buku ini diulang di dalam sebuah lagi buku Ustaz Zaharuddin bertajuk Untukmu Wanita.
Sepanjang masa meghadam buku ini, saya bertambah kagum dengan ketinggian ilmu yang dihasilkan oleh cendiakawan Islam. Ustaz Zaharuddin menyebut pada banyak tempat tentang pandangan Islam mengenai isu-isu yang menjadi persoalan di kalangan ahli masyarakat seperti perbezaan pendapat di kalangan ulamak, displin dalam mencari, mengajar serta memajukan ilmu, membangun keyakinan diri, adab pergaulan lelaki dan wanita dan tanggungjawab menjaga peranan dan batasan jantina.
Isu-isu yang diketengahkan oleh Ustaz Zaharuddin adalah cabaran yang sedang mengepungi kita sebagai umat zaman ini. Tidak mungkin kita dapat menyelesaikan kesemuanya dalam masa terdekat, namun langkah yang boleh kita ambil adalah dengan meningkatkan keprihatinan kita sebagai anggota umat, kerana antara masalah terbesar kita sekarang adalah ketidakpedulisme.
Islam sebuah agama yang jumud dan lesu? Buku ini membuktikan sebaliknya.
Akan bersambung, insya-Allah.
Monolog...
12 years ago
0 comments:
Post a Comment