Pages

Sunday 29 August 2010

Catatan 1431 Hijriah

Orang yang benar-benar faham hakikat Ramadhan akan menganggap setiap Ramadhan yang tiba sebagai Ramadhannya yang terakhir. Nampaknya, setelah dibelek-belek amalan sendiri, saya belum termasuk dalam golongan ini...

***

Kesibukan tidak mengizinkan saya untuk membaca (selain daripada yang untuk kerja) dan perkara-perkara lain seperti mencuba perisian baru. Ada masanya saya rasa seperti ketinggalan. Bukan ketinggalan berbanding orang lain, tetapi ketinggalan di dalam pekara-perkara yang selalu lakukan saya dulu. Ada website yang lama saya tidak kunjungi walaupun selama ini saya salah seorang pengunjung tetapnya. Mungkin ini tandanya hidup saya sudah semakin berubah.

***

Kalau berniaga di pasar Ramadhan katanya sangat lumayan, ‘berniaga’ di ‘pasar amal Ramadhan’ (‘pasar hiper amal Ramadhan’, barangkali?) pastinya akan menghasil keuntungan yang di luar jangkaan. Satu malam beramal umpama beramal selama seribu bulan! Cuma yang akan meraih keuntungan yang terbaik ini adalah mereka yang bersungguh-sungguh dalam mengimarahkan Ramadhan mereka dengan amal soleh dan ketaatan. Mereka mungkin bukan orang bisnes, namun merekalah yang betul-betul faham erti keuntungan. Semoga Allah mengurniakan kefahaman yang sama kepada saya dan kita semua, sebelum tempoh berurus niaga tamat.

Friday 13 August 2010

I heard myself today



My newest purchase acquisition investment: a digital audio recorder.

I need it for some research projects. So far in terms of discovering things, I just discovered how I sound like.

(Note to self: need to sign up for vocal coaching class.)

Ramadhan karim, everyone. May Allah help to make the best out of this blessed month, amin.

Monday 2 August 2010

Diskusi Ganding Baca Julai 2010: Kimono Ungu Bersulam Bunga


Rupa-rupanya entri saya tentang Kimono Ungu Bersulam Bunga (KUBB) telah dikesan radar penulisnya sendiri serta Puan Najibah A. Bakar, tunggak grup Good Reads Malaysia (GR-MY). Puan Najibah menjemput saya untuk menyertai Diskusi Ganding Baca untuk Julai 2010 yang membincangkan buku ini.

Berikut adalah soalan-soalan yang diaju (senarai penuh di sini). Saya akan menjawab semua soalan kecuali soalan saya sendiri.

Daripada Isma:
Cerpen pertama, Langit Lazuardi secara kasarnya dibangun lebih dari 70% lebih kurang 40-50% dengan ayat kontot atau pendek. Selalu dalam diskusi sastera yang saya dengari, ayat pendek-pendek adalah ayat pemberontak!? Boleh jadi penulis sedang memberontak ketika itu. Ada sesiapa yang rasa begitu? Atau itu mungkin pengaruh ayat SMS? Ayat orang muda?
Sebagai cerpen awal, saya melihatnya sebagai satu eksperimen oleh penulis. Ayat-ayatnya pendek mengingatkan saya kepada puisi dan sajak. Ada suatu ritma padanya.
Apakah kita orang Melayu optimis terhadap keamanan di Asia Barat? Lebih besar lagi akan kewujudan Palestin merdeka bersama Israel berdaulat? Secara peribadi saya agak terganggu dengan watak Dhaliza, ia tidak menggambar sikapnya sebagai majoriti orang Melayu di Nusantara? Sedangkan,orang Melayu sejak kecil disemai sikap bermusuh dengan yahudi lebih dari orang Arab. Eh, saya lupa, Dhaliza kan seorang kolumnis di majalah antarabangsa(dalam hal ini saya terbayang Fareed Zakaria yang saya geram bila baca tulisan di Time dan saya difaham semua media besar dikuasai orang Yahudi). [DHALIZA, PEREMPUAN MELAYU PRO HAMAS dan DIBERI KOLUM DALAM MAJALAH ANTARABANGSA. Saya rasa ia tidak kena. Kalaulah ia benar (MEMANGLAH FIKSI) saya terganggu dengan watak Dhaliza.]
Saya tidak mampu untuk menjawab bagi pihak majoriti orang Melayu Nusantara. Melalui pergaulan saya dengan rakan-rakan dari Timur Tengah, kita di sini kurang mendalami faktor-faktor yang membantutkan usaha memerdekakan Palestin daripada Israel. Antaranya masalah di kalangan negara-negara Arab yang saban tahun menerima 'bantuan' (baca: budi) daripada Amerika dan sekutunya serta masalah dalam negara masing-masing. Pernah seorang kawan saya dari Iran berhujah, perkara yang ditakuti Israel ialah apabila negara-negara Arab maju bukan setakat ekonomi tetapi juga stabil daripada segi politik dan sosial. Apabila mereka stabil, mereka akan lebih dihormati dan disegani. Selagi mana mereka tenggelam dalam penindasan dan konflik, selagi itu dunia tidak akan mengambil negara Arab secara serius.

Adakah mungkin negara Palestin dan negara Israel tertegak secara berasingan dan aman? Saya lebih setuju dengan pendapat yang perkara ini berbalik kepada umat Islam keseluruhannya. Hanya Allah sahaja yang boleh memberikan kita kemenangan, itu pun selepas kita menepati syarat-syarat Allah.

Tentang Dhaliza, dia seorang yang hampir-hampir tidak akan wujud. Namun melalui sastera, kita mampu membayangkan dunia yang di mana Dhaliza dan ramai lagi seperti dia mengisi saluran media massa.


Daripada Al Ghazali:
Boleh dikatakan hampir keseluruhan cerpen yang terkandung di dalam antologi KUBB ini mempunyai ciri-ciri yang sama – iaitu bersifat anti plot. Ada pro dan kontra menggunakan teknik penulisan seperti ini. Pada awal pembacaan, saya merasa teruja dengan kelainan yang ditawarkan. Apabila sudah hampir ke penghujung; memasuki Jus Soli Jus Sanguinis, keterujaan itu berkurangan kerana saya seakan-akan sudah dapat mengagak kesudahan cerpen. Cerpennya bagus, tapi malangnya tiada variasi. Pendapat anda semua bagaimana? Perlukah Becky meneruskan gaya penulisan seperti ini atau kita menantikan sesuatu yang berlainan? Maksudnya di sini mungkin sedikit twist pada pengakhiran cerita atau apa sahaja.
Jawapan bagi soalan ini akan saya simpan hingga ke hujung entri kerana agak sama dengan soalan kedua yang diajukan oleh Rebecca.

Dan saya juga sependapat dengan Al Ghazali, twist serta kejutan tidak banyak di dalam cerpen-cerpen KUBB. Saya percaya Rebecca akan terus bereksperimen dengan kedua-dua pendekatan plot dan anti-plot.
Isu seputar feminisme, alam sekitar dan Palestin mewarnai tema dalam cerpen. Dan ianya agak berulang-ulang. Bagaimana pula agaknya sekiranya Becky mengambil pendekatan wacana mengenai budaya tempatan pula? Lari daripada isu yang biasa diangkat Becky. Mampukah anda menerimanya?
Maaf, Al Ghazali, kerana sekali lagi saya akan ke depankan jawapannya, kali ini bersama jawapan bagi soalan kedua daripada Puan Najibah.

Tentang feminisme, alam sekitar dan Palestin, saya lihat Rebecca seperti mana-mana penulis lain menulis tentang apa dengan hati mereka. Banyak perkara dan pengetahuan yang peroleh daripada membaca cerpen-cerpen Rebecca, dan banyak di antaranya membangkit semangat saya untuk mendalaminya, seperti zaman Cambria yang disebut dalam Mencari Tuhan di Celahan Cambrian dan juga pelbagai aspek politik dan sejarah berkaitan Palestin dan Israel.


Daripada Haryati:
Kebanyakan watak utama dalam cerpen Rebecca adalah kaum hawa yang cerdik. Kenapa ya?
Kenapa ya, Haryati?, Rebecca? Kata Isma ini satu pembalasan dendam. Jawapan Puan Najibah pula lebih menyeluruh.

Susah untuk saya menjawab soalan ini. Saya percaya yang seorang hawa yang cerdik adalah seorang hawa yang menarik. Dan buku ini penuh dengan hawa-hawa yang cerdik... (Argh.) OK, seterusnya...
Sejauh manakah elemen-elemen cinta berlawanan jenis perlu ada dalam sesuatu karya. Apakah sekiranya elemen ini ditiadakan, sesuatu karya itu akan kehilangan serinya?
Elemen cinta terlalu kerap diulang di dalam KUBB. Mungkin Rebecca boleh meneroka sesuatu yang lain pula pada masa akan datang, seperti hubungan persahabatan, rumah tangga, jiran tetangga atau orang asing yang saling tidak kenal mengenali.

Elemen cinta terutamanya yang melibatkan watak Muslim dan Muslimah adalah sesuatu yang tricky, perlu dilakukan dengan hikmah dan berpandukan Islam sepenuhnya, supaya pembaca tidak keliru tentang cinta daripada perspektif Islam.


Daripada Fisha:
KUBB menghimpun banyak rasa pengarangnya terhadap banyak perkara. Namun, rasa sedih, kecewa, kesal paling banyak mewarnai keseluruhan penceritaan. Kenapa tiada langsung catatan bernada lucu dan satira? Adakah pandangan mengenai disiplin politik dan sejarah harus sentiasa bernuansa begitu?
Barangkali KUBB cerminan adalah worldview Rebecca terhadap politik dan sejarah. Pada masa yang sama, memang banyak juga karya politik dan sejarah yang sarat dengan sentimen sedih, kecewa dan kesal. Peranan karya sebegini adalah sebagai wadah sanubari rakyat. Mampukah masyarakat yang sentiasa aman damai menghasilkan karya politik dan sejarah yang sentiasa menggugah perasaan merentasi zaman?

Tentang ketiadaan catatan bernada lucu atau satira, saya percaya ada kemungkinan ia bakal timbul dalam karya-karya Rebecca yang akan datang. Atau tidak sama sekali. Gaya penulisan lucu atau satira tidak sesuai dibawa oleh semua penulis, dan sebaik-baiknya penulis menulis dengan gaya yang dekat dengan hati dan jiwa masing-masing, di samping terus bereksperimen untuk mengembangkan bakat dan mencari pengalaman.
Kenapa sekian banyak peristiwa yang terakam dalam kebanyakan antologi KUBB, kimono (mungkin merujuk Jepun) menjadi tajuknya? Mengapa bukan kaffiyeh yang menjadi tanda, sedang pengarang banyak mengangkat citra Palestina?
Pemerhatian yang tajam oleh Fisha. Daripada pemerhatian saya pula perkara ini lebih kepada produksi buku. Mungkin kimono dipilih kerana lebih dikenali umum berbanding kaffiyeh.


Daripada Puan Najibah:
Seni kulit buku ini saya rasa lain dari yang lain. Anak saya bertanya, “Kenapa muka dia marah, Umi?” Suami saya kata, “Macam orang jate muko dio.” (merujuk kepada aura air mukanya). Sesuaikah ilustrasi kulit dengan citra dan nilai dalam koleksi cerpen ini?
Kulit hadapan buku ini mengingatkan saya kepada komik X-Men (yang pernah saya kumpul suatu ketika muda dahulu). Pilihan pereka kulit ini berani tetapi tidak selari dengan falsafah mengenai apa itu kimono dan pemakaiannya. Seperti yang sebut dalam entri saya tentang buku ini, kulit hadapan ada mengandungi unsur berani (boldness), sesuatu yang dipunyai oleh kebanyakan watak-watak cerpen Rebecca. Ideanya boleh dipuji, tetapi falsafah dan konsepnya yang perlu diperhalusi.
Kebanyakan cerpen Rebecca mengangkat latar luar negara. Malah ini boleh dikatakan menjadi kecenderungan para pengarang muda sekarang, termasuk sesetengah pengarang lebih berusia. Fenomena ini juga meluas dalam latar cerpen2 yang dicalonkan untuk HSKU 2009 baru-baru ini, ada latar Pakistan, Mesir, Jepun dan lain-lain. Apa pendapat anda mengenai perkara ini? Kita masih banyak isu tempatan untuk diangkat berdasarkan latar tempatan, kerana negara kita sedang bergelumang dengan 1001 masalah sosial, ekonomi dan politik, tetapi kenapa kecenderungan ini terjadi?
(Al Ghazali, ini jawapan saya bagi soalan Tuan yang pertama.)

Satu lagi soalan yang baik. Kenapa agaknya? Adakah generasi baru penulis Malaysia adalah daripada golongan yang berpendidikan tinggi dan/atau yang belajar di luar negara? Ini amat ketara. Saya juga tertanya-tanya, ke manakah penulis-penulis yang bukan daripada golongan yang berpendidikan tinggi dan/atau yang belajar di luar negara?

Saya sependapat dengan Isma. Pemikiran orang kita kini tidak memberi penulis peluang untuk menulis dengan bebas. Cepat betul kita melabel seorang penulis sebagai pro atau anti sesuatu. Dengan membawa cerita ke Pakistan, Mesir, Jepun dan lain-lain, penulis sedikit sebanyak terlepas daripada dilabel. Adakah ini gambaran tahap kematangan masyarakat kita dalam berhujah dan berfikir?


Daripada pengarang sendiri, Rebecca Ilham:
Apakah kekurangan dalam karya-karya pengarang yang membuatkan pembaca tidak berpuas hati (terutamanya tentang latar watak yang pengarang sendiri rasa vague, dan tidak beremosi)?
Kebanyakan perkara yang saya sendiri tidak berpuas hati sudah pun saya terangkan di atas dan di dalam entri saya berkenaan KUBB. Syabas buat Rebacca kerana berani untuk mengemukakan soalan ini dan bersedia untuk mendengar jawapannya. Tidak ramai orang yang sanggup dengar kritikan, apatah lagi memintanya.
Keberkesanan penggunaan teknik anti-plot dalam karya dalam menyampaikan tema-tema yang diketengahkan?
Anti-plot atau tidak, saya merayu kepada penulis Malaysia agar tidak terlalu mengangkat tema, isu serta fakta melebihi cerita. Show, but please don't tell.

Syabas buat penulis yang ada idea dan intelek seperti Rebecca dan ramai lagi. Mereka mendidik melalui karya. Apa yang mereka perlu mantapkan ialah teknik bercerita. Idea dan isu yang dipakej menggunakan cerita yang menarik. Di samping membangkitkan isu, cuba selami impaknya terhadap emosi dan fikiran watak.


Terima kasih buat Puan Najibah, Isma, Al Ghazali, Haryati, Fisha dan Rebecca Ilham.
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 introspector. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan