Pages

Saturday 29 October 2011

Insanely Great

Ramai pengguna Apple membeli produk Apple bukan kerana mereka memerlukannya. Mereka membelinya kerana mereka mendambakannya. Dan kemudian mereka akan bersyarah dengan panjang lebar tentang kelebihan produk Apple kepada orang lain.

Syarikat mana yang tidak mendambakan pengguna sebegini? Ada yang mencuba dan berjaya menrekrut pengguna mereka menjadi jurujual dan jurucakap sukarela, tetapi hanya sedikit yang dapat menyamai sokongan dan kesetiaan tahap mania yang ditunjukkan oleh pengguna Apple. Sejak penubuhannya lagi Apple telah merancang untuk memposisikan serta membezakannya dirinya daripada para pesaing dengan membentuk satu sistem falsafah, cara berfikir, dan cara bekerja yang membawa kepada terciptanya produk-produk game-changing seperti iPad, iPhone, iPod, iTunes, iCloud, serta perkakasan, perisian, dan perkhidmatan lain.

Game-changing bukanlah satu istilah yang boleh digunakan untuk produk yang calang-calang. iTunes berjaya mengubah fikiran syarikat-syarikat rakaman yang pernah curiga dengan kemampuan untuk menjual lagu-lagu secara digital melalui muat turun. Kemunculan iPhone telah membuat gergasi telekomunikasi Nokia terduduk dan teraba-raba mencari arah.

Formula kejayaan Apple sangat mudah. Tunjukkan kepada dunia cara yang lebih mudah, menarik serta berkesan untuk melakukan sesuatu yang mereka mahu. Boleh dikatakan semua syarikat lain juga mempunyai matlamat yang lebih kurang sama.

Bagaimana Apple boleh berjaya sedangkan yang lain masih bertatih-tatih? Untuk memahaminya, kita perlu kembali ke zaman ketika Apple sedang berputik. Dekad 80-an dan awal 90-an merupakan di antara detik-detik paling kritikal bagi Apple, dan melonjaknya atau tersungkurnya syarikat ini bergantung kepada sebuah kotak berwarna kelabu yang kini dikenali sebagai Apple Macintosh.

Sumber: Wikipedia
Bagi ramai orang ketika itu, komputer sering sesuatu yang dikaitkan dengan kerja-kerja saintifik. Jarang sekali komputer dijumpa di luar makmal-makmal. Malah dunia perniagaan masih belum melihat komputer sebagai satu keperluan. Tidak  kurang juga yang berpendapat komputer adalah satu alat yang sangat sukar untuk digunakan.

and you wonder why linux is not more popular with the masses... - _MG_2104.dcraw
Contoh rupa command line (sumber: sean dreilinger)
Antara muka menggunakan command line yang memerlukan pengguna untuk menaip setiap arahan kepada komputer. Tidak hairanlah jika ada yang menganggap komputer zaman itu sebagai sebuah mesin taip yang lebih canggih.

Apple Macintosh boleh dianggap sebuah game-changer kerana ia memperkenalkan beberapa inovasi yang belum dilihat sebelum itu. Sistem ikon dan tetikus Macintosh jauh lebih senang digunakan berbanding sistem command line, dan juga jauh lebih mesra pengguna. Pendekatan Macintosh lebih kepada grafikal dan bukan tekstual seperti ada pada komputer dan sistem lain.

Sumber: Wikipedia
Apple sedar cabarannya yang sedang dihadapinya ialah perasaan gerun terhadap komputer masih menebal di kalangan masyarakat umum, dan mereka mahu mengubahnya. Itulah misi mereka. Misi yang mereka jiwai hingga ke tahap mengangkatnya sebagai satu misi dari Tuhan. Kumpulan yang bertanggungjawab membangunkan Macintosh bekerja dengan sepenuh hati kerana ini. Mereka tidak dibayar dengan gaji yang lumayan. Lagi pun Apple ketika itu masih setahun jagung. Apa yang mahukan ialah "sebuah komputer yang kami sendiri mahu gunakan." Matlamat yang tepat, ringkas tetapi sarat.

Pengguna komputer hari ini banyak terhutang budi dengan Macintosh dan Apple serta Xerox (banyak teknologi dalam Macintosh telah dipelopori oleh mereka) kerana membawakan inovasi-inovasi yang telah memudahkan masyarakat umum untuk menggunakan komputer.

Hanya sebuah syarikat yang dipenuhi orang yang percaya mereka akan mengubah dunia akan menghasilkan sesuatu yang game-changing. Falsafah dan kepercayaan yang mereka pegang turut tersebar di kalangan pengguna produk mereka. Dengan menggunakan dan mempromosikan produk Apple kepada ahli keluarga dan rakan kenalan, pengguna Apple merasakan diri mereka adalah sebahagian daripada yang sesuatu yang luar biasa.

Setakat ini pesaing Apple hanya mampu melihat dari jauh dan berharap, alangkah hebatnya jika pengguna kita juga menggilai produk kita sebagaimana pengguna Apple menggilai produk Apple.

Sumber: GUIdebook

Monday 24 October 2011

Ubuntu 11.10 video: now see for it yourself

Read the last entry and thought what on earth was I talking about?

Well, fret no more, good people.

The delightful folks at omgubuntu have created this lovely video about Ubuntu 11.10, which sums up the best parts about the free operating system.

Hopefully you'll be able to make sense of what I've written earlier and when you do get the chance to try out or use or install Ubuntu, you'll know how to get started.

Saturday 22 October 2011

11.10 Oneiric Ocelot: a very much welcomed Ubuntu update


I haven't written anything in a long time about Ubuntu Linux, the other operating system I have running in my machine. The latest version, 11.10 (codenamed Oneiric Ocelot), was released a several days ago, and which I am right now testing and so far liking a lot.

Why another operating system?, you may ask.

I'm running Windows 7 as my main operating system. My experience of using it for nearly a year has been good. I think it's the most polished version of Windows released so far.

As for Ubuntu 11.10, for a lack an original thought at the moment, is also the most polished version of Ubuntu yet.

The main reason why I started using Ubuntu was its cost,  which is zero ringgit. After I reformatted my old machine, I installed Windows XP and Ubuntu side by side (can't remember which version exactly, but I'm guessing it was 8.04 Hardy Heron). That turned out to be huge help when my Windows XP refused to work because I changed the motherboard. I tried to be a good customer by using original software, but when my hardware went kaput and had to replace it, my original software won't let me. Thanks a lot, Microsoft.

And thanks a million to God Almighty, Ubuntu allowed me to still open my documents and play my media files. So for about a year or so back then (was it really that long?), I was most on Ubuntu Linux, upgrading it whenever a new release was available. One upgrade usually takes me nearly a whole day through Streamyx but only a few hours using 3G.

Source: Wikipedia

Since release 11.04 earlier this year, Ubuntu uses a new user interface system called Unity. Visually, Unity is eye catching. It's one way to impress your friends and family, especially if they are long time Windows users.

I still haven't gotten used to how whenever I minimise any window, it disappear into the left side of the screen, and not at the bottom of the screen in Microsoft Windows. This isn't a bad thing actually since the same happens in Windows if set our taskbar to autohide, and the taskbar can positioned to the left if we want. However I kept finding myself losing track of which window did I open and where is that window that I wanted to close earlier? Turns out the solution for this was the good old Alt and Tab keys combo.

Unity takes a little getting used to. And actually the same goes for all operating systems being developed right now. We're witnessing the dawn of touch-based interfaces, which effectively makes some features we're so used to all this while obsolete. The developers are trying to balance the needs both of current desktop users and the growing touch-based device users. Even Microsoft is working hard on this with their Metro project.

There are many reason to get on board the Ubuntu train. Every Ubuntu users gets a free 5GB of free storage on the Ubuntu One. Ubuntu and most of the software on it are downloadable free of charge available the Ubuntu Software Centre, a centralised approach to managing software in Ubuntu, which I think something Windows should have. And social-addicts will love Ubuntu's built in social app.

In my opinion, Ubuntu is on its way to mainstream acceptable, though not quite there yet. To reel in the casual user crowd,  Ubuntu needs to fully embrace the 'don't make the users think' paradigm. I would love to be able to add new software to my Software Centre without fiddling with the PPAs. And if there are many people reading this thinking, what on earth is a PPA?, then this is another reason why we the casual, non-technical users need a simpler Ubuntu.

By the way, oneiric means dreamy or dream related, and this is how awesomely cute an ocelot is.

Source: (again) Wikipedia

Monday 17 October 2011

Bermula dan Berakhir

Sumber: Blog Izyan Hazwani

Sudah lama saya ingin meneroka sastera Timur Tengah. Namun memandangkan penguasaan Bahasa Arab saya yang lebih lemah daripada seorang murid PASTI atau Genius Aulad, saya tidak banyak pilihan selain beralih kepada terjemahan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

Kata seorang kenalan yang juga seorang penterjemah, salah satu tanda tanda terjemahan yang baik ialah apabila naskhah tersebut dibaca, ia seolah-olah ditulis dalam bahasa terjemahan. Saya sendiri menjadi terlupa yang saya sedang membaca sebuah novel Arab, bukan novel oleh penulis tempatan. Saya amat kagum dengan terjemahan novel Naguib Mahfouz Bermula dan Berakhir oleh Shamsuddin Jaafar. Di tangan beliau, novel setebal 622 halaman ini berjaya dibawakan secara intact.

Novel ini mengambil tempat di Kaherah sekitar Perang Dunia Kedua. Kematian seorang kakitangan kerajaan bernama Kamel Affendi 'Ali secara tidak disangka telah mengheret ahli keluarganya yang masih hidup ke lembah kemiskinan. Dahulu mereka dihormati, kini mereka dipinggir.

Masalah yang membelenggu keluarga ini sebenarnya bukan disebabkan oleh pemergian almarhum. Sebaliknya pemergian beliau telah menggugurkan hijab yang selama ini menutup mata isterinya Samirah dan keempat-empat anak mereka terhadap siapa diri mereka sebenarnya.

Hassan selaku anak sulung lebih selesa berfoya-foya di kedai kopi dan bergelumang dengan dunia jalanan. Tanggungjawabnya cuba ditebus dengan wang yang diperolehi secara haram dan kata-kata manis yang diharap akan meredakan hati ibunya. Anak kedua, Nafisah, terpaksa menebalkan muka mencari rezeki dengan menjahit baju, satu vokasi yang sering dianggap tidak padan bagi anak seorang pegawai kerajaan. Nafisah memekakkan telinganya demi ibu dan dua orang adiknya, Hussein dan Hassanein, yang masih bersekolah.

Mulanya saya membayangkan novel ini sebagai sebuah drama bersiri Arab Mesir, dengan plot yang tragis dan watak-watak yang bertimpa-timpa malangnya. Plot novel ini amat ringkas tetapi gaya penceritaan Naguib Mahfouz yang berjaya mengangkatnya daripada tahap sebuah novel biasa ke tahap sebuah novel sastera. Setiap ahli keluarga ini menghadapi pemergian Kamel dengan cara yang berlainan. Pilihan yang setiap mereka ambil untuk menghadapi tanpa hidup tunggak keluarga untuk menaungi mereka telah menjadi pemangkin metamorphosis peribadi yang telah membawa mereka ke jalan-jalan kebaikan dan juga kejahatan.

Semakin dekat saya dengan penghujung novel ini semakin jelas saya melihat bagaimana novel ini membantu melayakkan Naguib Mahfouz untuk menerima Hadiah Nobel bagi Kesusasteraan pada tahun 1988. Sebahagian daripada harapan saya terhadap novel ini tidak tercapai tetapi saya tidak terkilan, memandangkan zaman ketika ia ditulis. Selebihnya berjaya dipenuhi sekadarnya. Dua bulan lebih dan 622 halaman yang sukar dilupakan.


Tuesday 11 October 2011

Dinged the universe, he did


Mr. Steve Jobs, the former CEO of Apple, passed away last week. He was 56.

To call Jobs fascinating is probably an understatement. Many things about him, from his usual sweater-jeans-sneakers ensemble to the way he runs his company, defy common wisdom. One of the last innovation he help developed, the iPad, was ridiculed by many observers when it was first introduced. Many year before other companies have tried to make the tablet PC market work. And failed.

By March 2011, 11 million units of iPad have been sold and now the industry is running to catch up with Apple in a market that was once considered unlucrative.

I'm not a fan of his management style and his perfectionist approach. His style clearly works but I don't see it as a management or leadership model that other people can easily emulate. Or should emulate.

I can't elaborate much on this because most of these are from unverifiable sources. Furthermore, the man has passed on. It's only proper to be respectful.

What I can say is Jobs isn't too big headed to even kill off his own ideas when they turn out to be a bad one. Case in point: the Power Mac C4 Cube.

I'm sure I'm not the only person who thinks we'll never find another CEO like him. But then, maybe we don't need to.

Here is his former business partner, hacker, and Apple co-founder, Steve Wozniak, (the other Steve) paying tribute to Jobs. I can only hope that my friends would say nice things about me after I'm gone, as did Wozniak. And to leave the universe dinged, for the better, as did Jobs.

Tuesday 4 October 2011

Lelaki bandar, wanita kampung

Rumah tangga adalah sekolah baru bagi diri saya. Melalui isteri saya dan keluarga beliau, saya mengenali sudut-sudut baru masyarakat yang sebelum ini saya hanya dengari atau lihat dari jauh. Melalui perkahwinan, saya kini mempunyai pertalian dengan mereka.

Mereka yang saya maksudkan adalah orang kampung.

Saya adalah anak bandar. Inilah takdir Tuhan ke atas saya. Sejak lahir, saya dan keluarga mengikut ke mana sahaja Abah diarahkan bertugas. Hampir kesemua pejabat tempat Abah bertugas terletak di pekan atau di bandar. Pengalaman kehidupan kampung saya terbatas kepada waktu saya bersekolah rendah dahulu, mengikut kawan sekelas untuk turun ke sungai untuk menangkap ikan, mengorek pasir pantai untuk mencari remis, dan bersiar-siar di jalan-jalan kampung dengan berbasikal. Semuanya tercatit dengan indah di dalam kenangan saya.

Kini saya suami kepada seorang wanita yang menganggap dirinya wanita kampung. Jiwanya sebati dengan suasana masyarakat yang saling bertegur sapa dan bertukar-tukar hidangan, udara yang segar dan nyaman, kokokan ayam di waktu pagi, dan ladang dan kebun tanaman kontan. Sejauh mana dia mengikuti saya, hatta ke penghujung dunia, kampung itu tetap di dalam jiwanya. Takdir Tuhan ke atas dirinya berbeza daripada diri saya.
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 introspector. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan