Pages

Friday 21 May 2010

Logik(ah?)

Logik Syarikat Pengeluar:
"Produk kita perlu tidak terlalu baik mutunya. Biar rosak selepas digunakan seketika. Kemudian pembeli terpaksa membeli yang baru. Apabila mereka membeli berulang kali dari kita, kita akan dapat untung yang banyak."

Logik Pembeli:
"Saya perlu membeli produk yang bermutu tinggi kerana duit saya adalah terhad. Saya tidak mahu terpaksa berulang kali menggantikan produk yang rosak walaupun baru sahaja dibeli."

*****

Logik Orang Perempuan:
"Kenapa orang lelaki tidak suka bertanya apabila sesat jalan? Jika mereka berhenti untuk bertanya arah tentu kami sudah tiba ke tempat yang dituju. Itulah lelaki. Ego."

Logik Orang Lelaki:
"Kenapa aku masih tidak berjumpa jalan yang dicari? Mungkin skil navigasi saya sudah tumpul kerana selalu bergantung kepada alat GPS. Baik, saya akan terus mencari di mana saya tersilap dan akhirnya jalan yang betul."

*****

Logik Bekas Penagih:
"Saya rasa saya sudah tidak ketagihan lagi. Saya akan uji diri saya dengan mengambil (bahan ketagihan) ini. Jika saya sudah sembuh, tentu (bahan ketagihan) ini tidak akan memberi kesan kepada saya, bukan?"

*****

Logik dari Syaitan:
"Siang dan malam saya melanggar perintah Tuhan saya. Dia tentu murka dengan saya. Tetapi bukankah Dia juga Maha Pengampun?"

Saturday 15 May 2010

The most important lesson I learned from business and management books

One of the first actual business book I've ever read, a bit idealistic in my opinion but abundantly informative

Reading is a relatively cheap hobby— unless you buy every books you read.

As student in management school, I had to do a lot of reading about business, management, finance, economics and the sort. Most of my reading materials are articles and blogs, which are mostly free (unless we consider electricity and Internet connection as costs). But those aren't enough. I sometimes need to read deeper into certain topics, in which case I need books.

And cheap they are not.

Have you ever browsed the business section of a book store? Just look at the price stickers. If you don't have more than RM50, I recommend you learn speed reading and how to read standing up or in small tight spaces.

I do however see the reason why. Books are merchandise and there have their own markets. For business and management books, the target group are mainly managers and executives and businesspersons, who are often seen as having money to spare. Or, if we look at it from a different perspective, these people don't just buy books. They invest. The books they get are carefully considered for their perceived benefits.

Publishers know this of course. If these people are going to buy in limited quantity, let's bump up the price and go for the highest profit margin as possible.

Interestingly business and management also do follow trends. Back in the 80s total quality management was huge and everybody wanted to follow the Japanese. At one time not very long ago knowledge management was all the rage, and that lasted a while until they realised that even the experts could not agree of the definition of knowledge management. The trends reflect the changes in the business world, which is why we're now seeing tons of books singing praises about the marvels of Internet commerce.

I'm no manager nor executive nor businessperson nor anyone of that bracket. I'm a student. Unlike these people, money I ain't got a lot.

Here's the tricky thing about business and management books. With novels or cookbooks or even coffee table books, we can still try our luck at warehouse sales or stock clearance sales or used books sales, when their prices are way, way cheaper. Business and management books however are often rare at these venues.

I have a hypothesis for this. With business and managements, the quantity ordered by the book store is only as much as they can expect to sell. Hence, most of these books end up being sold with only few excess copies in the warehouse, if any.

If my hypothesis holds, it would explain why I almost never find business and management books, especially the good ones, at these sales. (I could of course try to find them at a library.)

Given the limited money and time (and shelf space) we are able set aside for books, it makes lots of sense to carefully plan our reading and buying. After all, our goal is to read a lot and benefit as much as possible from it. And that sounds a lot like making an investment.


In one interview, our current PM says this is one of his favourite book. I finally got my copy after two years waiting for a discount

Saturday 1 May 2010

The Remains of the Day


Dari mana saya mengenali The Remains of the Day? Dari adaptasi filemnya.



Berlatar belakangkan England pra dan pasca Perang Dunia ke-2, buku ini mengisahkan tentang Stevens, seorang butler di rumah agam bernama Darlington Hall. Pemiliknya, Lord Darlington, merupakan seorang pegawai yang terlibat dalam urusan diplomatik. Tetamu yang keluar masuk Darlington terdiri daripada rakyat pelbagai negara, termasuklah Jerman yang pada awal cerita sedang bersiap sedia untuk menyerang negara-negara Eropah lain.

Sebagai butler, Stevens secara tidak lansung menjadi saksi kepada pelbagai peristiwa yang penting di dalam sejarah Britain. Sebagai orang tengah antara wakil pelbagai negara, Lord Darlington dibebani dengan tekanan yang amat berat. Sikapnya yang agak berlembut terhadap Jerman menyebabkan dia yang dituduh sebagai pengkhianat.

Semua ini adalah imbauan Stevens. Selepas perang Darlington Hall berpindah milik kepada Encik Farraday, seorang rakyat Amerika, yang mencadangkan kepada Stevens agar bercuti dan mengambil masa untuk berehat sambil menikmati keindahan kawasan luar bandar. Dengan buku The Wonder of England di tangan, Stevens mengatur perjalanan menelusuri destinasi seperti Salisbury, Devon dan Weymouth.

Di Weymouth Stevens ingin menziarahi Miss Kenton, yang kini Puan Benn, salah seorang bekas tenaga kerja Darlington Hall. Mereka sama-sama bekerja ketika ayah Stevens masih berkhidmat dengan Lord Darlington. Perkenalan membibitkan perasaan, namun kedua-dua Steven dan Miss Kenton memendamkan perasaan demi profesionalisme.

Seorang butler bukan hanya seorang pembantu. Bidang tugas seorang butler meliputi menguruskan urusan rutin dan peribadi tuannya, memastikan makanan terhidang pada waktunya di samping menunggu di ruang makan sehingga selesai waktu makan dan menjadi teman berbincang serta penyimpan rahsia. Untuk menjadi seorang butler yang secekap Stevens memerlukan latihan yang bertahun-tahun lamanya. Sering kali di dalam perjalanan, fikiran Stevens akan membawanya kembali ke Darlington Hall zaman Lord Darlington, tentang taraf perkhidmatan yang telah dia curahkan. Stevens mengukur dirinya terhadap butler lain yang ternama termasuk ayahnya sendiri.

Cita-cita Stevens ialah untuk menjadi butler yang paling profesional. Profesion butler sedikit sebanyak adalah legasi sistem kelas masyarakat Inggeris. Hanya golongan atasan sahaja yang mampu untuk menggaji para butler dan pembantu lain. Agak sukar untuk membayangkan prospek kerjaya untuk seorang butler kerana butler adalah ketua bagi semua pembantu rumah.

Dari trailer di atas saya diingat kepada satu subplot mengenai pemberhentian dua orang pembantu wanita berbangsa Yahudi daripada Darlington Hall kerana kegusaran Lord Darlington mengenai bangsa itu. Peristiwa ini menimbulkan ketegangan di antara Stevens dan Miss Kenton kerana Miss Kenton berpendapat kedua-dua wanita ini adalah di antara pembantu yang paling cekap di bawah tadbirannya. Isu anti-Semitisme dan diskriminasi ditimbulkan. Sebagai pembaca Muslim, saya tidak mampu mengelak daripada mempunyai reaksi kerana ketika ini mengikut sejarah negara haram Israel sedang dibentuk dan paling penting sekali usaha ini telah berlaku dengan sokongan dan bantuan kuat daripada Britain.

Pertemuan semula Stevens dan Puan Benn agak berlainan daripada jangkaan saya. Saya mengharapkannya menjadi klimaks cerita ini tetapi saya dapati pengalaman Stevens dan imbauan-imbauannya ketika dalam perjalanan jauh lebih sarat dengan makna. Ini adalah buku Kazuo Ishiguro saya yang kedua selepas Never Let Me Go, dan saya menanti peluang untuk membaca yang lain.

Dan filem tadi? Saya belum pernah menontonnya.
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 introspector. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan