Pages

Monday, 23 May 2011

Mengenali Pendita Za’ba

Di sekolah menengah dahulu saya tinggal di asrama untuk beberapa tahun. Asrama kami bukan asrama penuh, sekadar sekolah separa harian. Sebahagian besar pelajarnya tinggal di asrama sementara yang lain berulang alik dari rumah. Ada yang memilih untuk tinggal di asrama kerana rumah mereka agak jauh dari sekolah. Ada pula yang memilih untuk terus tinggal di rumah, sanggup mengharungi kesibukan Kuala Lumpur saban hari tanpa sekelumit keluh.

Bangunan asrama yang saya diami dahulu agak kecil dan mempunyai enam bilik asrama, dua bilik air serta bilik membasuh awam dan dua buah bilik hujung yang juga merupakan rumah kediaman warden asrama sekeluarga. Menariknya bilik-bilik di bangunan ini semuanya dinamakan sempena nama sasterawan. Bilik saya A. Samad Said, setingkat dengan A. Samad Ismail dan Abdullah Hussein di sebelahnya. Di tingkat atas adalah Za’ba, Keris Mas dan Tongkat Warrant. Bangunan itu sudah dirobohkan dan kini sebuah bangunan baru yang lebih besar berdiri di tapaknya.

Salah seorang kawan sekelas ahli bilik Za’ba. Saya selalu ke situ kerana ahli-ahlinya sangat mesra terhadap tetamu. Jika ada makanan lebih mereka tidak pernah lupa menjemput kami menjamahnya. Sesiapa yang pernah tinggal di asrama akan faham kenapa makanan selalu dianggap satu kemewahan, apatah lagi jika sajian di dewan makan kurang membangkitkan selera. Malah seorang kawan lain pernah berpendapat yang penyakit orang yang tinggal di asrama ialah suka makan free. Mungkin penyakit ini tidak menimpa kebanyakan penghuni asrama tetapi ada kemungkinan saya salah seorang penghidapnya.

Layanan penuh budi ahli bilik Za’ba terhadap saya menyebabkan saya teringat-ingat dan terfikir-fikir tentang tokoh empunya nama Saya cuma tahu yang beliau adalah pengarang buku Pelita Bahasa Melayu dari sebuah rencana yang termuat di dalam buku latihan Bahasa Melayu UPSR saya. Selain daripada itu saya kurang maklum.

Kebelakangan ini saya tersua semula dengan nama Za’ba. Mula-mula di celah-celah halaman buku Ustaz Dr. MAZA. Kemudiannya di muka depan Berita Minggu bertarikh 15 Mei 2011 (“Za'ba Dipersenda”). Perasaan ingin tahu saya tentang tokoh Melayu yang jarang disebut-sebut ini mula menebal.

Beberapa kali Ustaz Dr. MAZA menyebut tentang buku Za’ba yang berjudul Perangai Bergantung kepada Diri Sendiri. Penterjemah buku Ustaz Dr. MAZA menterjemahkannya sebagai “Our Attitudes Depends on Us Alone”, tetapi merujuk kepada buku yang dimaksudnya, terjemahan yang lebih tepat mungkin berbunyi “The Attitude of Self-Reliance.” Atau “The Habit of Self-Reliance”, mengikut edisi rasmi Bahasa Inggeris terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sumber: Fauzi Sabri
Menurut pengenalan buku ini yang ditulis oleh Hamdan Hassan, penulisan Za'ba tentang perangai yang khusus ini menerima kritikan dan kecaman ketika mula-mula diterbitkan. Kontroversi yang ditimbulkannya menyebabkan Sultan Perak terpaksa campur tangan lalu mengharamkan Risalah ke-I yang juga diberi judul Falsafah Takdir. Buku Perangai mengumpulkan Risalah ke-II dan ke-III.

Pandangan Za'ba tentang pemikiran orang Melayu amat menyengat. Saya tidak hairan jika nama Za'ba kurang disebut-sebut sehingga kini. Jika kumpulan ulamak pun boleh memohon Tuanku Sultan untuk masuk campur, bayangkanlah reaksi pada peringkat orang awam. Barangkali Za'ba menjadi mangsa perkara yang beliau tentangi iaitu sikap bertaklid dan tidak berusul periksa.

Misalnya tentang mencari rezeki dan menyara hidup tanpa meminta-minta (dalam konteks hari ini saya fikir ini termasuklah meminta-minta kepada kerajaan). Beliau menegur,
... (pada perkara dunia) jika hendak memasukkan anak ke sekolah, rendah atau tinggi, maka sentiasalah mereka hendak mendapat ‘free’ (percuma tiada bayaran), atau mereka terharap-harap mendapat pertolongan kerajaan akan memberikan ‘scholarship’ (biasiswa) kepada anak itu. Jika mereka tidak ‘biasiswa’ tiadalah upaya mereka membelanjainya, kerana mereka miskin dan sentiasa mengaku miskin dan mengaku tidak tahu dan tidak pandai berikhtiar mencari wang sendiri atau berjimat-jimat mengumpulkannya untuk membelanjai sendiri anak-anak itu ke sekolah...
Nah, bayangkan reaksi umum orang Melayu terhadap pendapat ini.

Selanjutnya beliau menerangkan,
Padahal orang-orang bangsa lain walaupun mereka sendiri tiada berpelajaran tetapi dengan sehabis dayanya berkebun sayur, berjual kayu api, berjual air batu, mengkayuh basikal kereta (trishaw), berjimat belanja, berceking makan minum, dapat mereka menghantar anak-anak mereka ke sekolah dengan belanja mereka sendiri dan dengan membayar tiap-tiap perkaranya. Kerana walau di sekolah bangsa mereka sendiri pun, mereka tidak mendapat “peri” semuanya seperti kita dengan anak-anak kita di sekolah Melayu. Maka yang demikian ialah terutamanya oleh sebab mereka kuat bergantung kepada usaha dan ikhtiar mereka sendiri dan percaya kepada kebolehan dan keledar diri mereka sendiri, serta malu meminta tolong.
Saya melihat ini sebagai satu peringatan yang wajar. Kita lihat saudara-saudara seislam kita seperti rakyat Palestin dan Iraq. Mereka banyak mengambil inisiatif sendiri kerana mereka tidak bergantung kepada kerajaan mereka seperti yang kita selalu lakukan. Ada sekali-sekala gerakan memohon derma untuk membantu rakyat Palestin oleh orang Palestin sendiri tetapi sangat jarang kita jumpa mereka yang ke hulu dan ke hilir meminta derma berterus-terusan. Begitu juga dengan rakyat Iraq yang sekarang ibarat ketiadaan negara.

Za'ba mengajak kita supaya mempergunakan kudrat dan nikmat pemberianNya untuk berusaha, di samping bertawakal. Beliau mengambil ibarat orang Kristian yang mengharapkan dosa mereka ditebus oleh syafaat Nabi Isa, di mana orang Islam pula mengharapkan syafaat Nabi Muhammad SAW.
Akan tetapi jika “semuanya” orang Islam hendak jadi begitu — hendak masuk syurga dengan jalan syafaat dan permohonan Rasulullah sahaja menolongnya, bukan dengan jalan amal sendiri atau dengan jalan kelayakan sendiri dari sebab amalnya itu — nescaya tentulah akan memberi malu yang besar kepada Rasulullah hendak memohon ke hadirat Tuhan. Kerana jika demikian maka bermaknalah bahawa orang-orang umatnya bangsat belaka, tiada mempunyai amal dan kelayakan sendiri!
Amal soleh kita adalah usaha kita untuk sejahtera di akhirat. Teguran beliau adalah khusus kepada orang-orang yang hidup tanpa beramal dan hanya mengharapkan pahala tahlil dan sedekah bacaan Qul Hua'llah daripada orang yang masih hidup sebagai bekalan. Hakikatnya setinggi mana pun amalan kita, tiada jaminan yang amalan itu akan diterima tanpa ditapis-tapis.

Ketinggian intelek tokoh Melayu ini gagal diiktiraf dengan sewajarnya. Ramai orang termasuk saya lebih mengenali Za'ba sebagai nama sempena bagi bangunan, jalan atau bilik asrama.

Friday, 13 May 2011

Orang Kota Bharu


I can't remember exactly the last time I set foot in Kota Bharu. I believe it was not too long ago on a trip to Terengganu. I was merely a passenger who slept mostly through the trip. I vaguely recall stopping by a roadside stall for lunch and performing solat at a nearby surau. I went back to sleep and woke up somewhere between Besut and Setiu. Or was it all a dream?

Anyway, despite having a number of good friends and neighbours who hail from Kelantan, I know very about the Cik Siti Wan Kembang state. I turned to Orang Kota Bharu for a tour of the historic city, and by the end of it I got more than just a history lesson.

Way more.

Orang Kota Bharu reads more like an anthology than a novel. The stories revolves around the capital city, told from several point of views. 

The novel has narrator who appears at the beginning to enlighten us on how Kota Bharu came to be. The brief history lesson sets the stage for several stories to come, including some that involves the underworld. More on that later.

I had some expectations about this novel. As a city famous for its Pasar Besar Siti Khadijah, a market where the majority of its are female, I wanted to see to the city from the female perspective. I read on and realised that it wasn't going to happen. The majority of characters are males. This isn't to say that the novel is biased, it just happens to have more testosterone flowing through it.

And speaking of testosterone, if you love gang stories, you could be in for a treat. Mind you, this isn't The Sopranos or The Wire or anything of that sort. It's the sort of gang stories that has more heart and humanity than blood and bullets. Anyone can write gang stories by glorifying violence and spicing it up with explicit scenes, but it takes pathos and a moral core to humanise the characters and not let the audience forget that criminals are not heroes to be idolised or admired.

The story on the flood took me back to childhood. I was in primary school when our house in Terengganu were inches deep in flood water. It was a cleaning nightmare for my parents but an adventure for me. All day long I pretended I was on ship. But I could still recall how my parents stayed up all night to move the furnitures, something some people in Kota Bharu had to endure year after year.

And what book about Kota Bharu is complete without any politics talk. The novel ends with a rather gripping account on the battle between UMNO and PAS for the state government, focusing on the tenure of Menteri Besar Datuk Muhamed bin Nasir, 1973–1978. We will learn that the political manoeuvrings we are seeing today is really nothing new and proving once again that history has a habit of repeating itself.

Even though the stories don't really interlock connect, at the core it's all about the people of Kota Bharu. What is Paris without the Parisians? What is Tokyo with the Tokyokkos? Every city, town, village or neighbourhood is what it is because of the people who reside there.

Wednesday, 4 May 2011

Laptopku desktopku

New Lappy
Photo by Ja-nelle
Saya pernah memiliki PC desktop dan laptop. Kedua-dua ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Sebab inilah sekiranya saya ditanya mana satukah lebih baik, desktop atau laptop, saya percaya saya dapat menjawabnya. Dan jawapannya akan bergantung kepada keperluan orang yang bertanya.

Dalam keadaan saya sekarang, saya terpaksa memilih laptop. Faktor yang terpenting untuk ditimbang adalah ruang. Sebuah desktop akan memakan lebih banyak ruang dan permukaan. Tentunya faktor lain seperti harga juga penting (kerana saya belum sekaya Donald Trump), tetapi kekurangan ruang amat mendesak.

Kali terakhir laptop lama saya berkhidmat sepenuh masa adalah hampir lima dahulu. Ia laptop pertama saya. Waktu itu saya masih muda dan mentah dalam perkara-perkara berkaitan laptop. Saya ingat pesan kawan baik saya, "Laptop adalah umpama bayi, berlemah-lembutlah ketika mengendalikannya." (Saya ketawa kerana saya ingat dia buat lawak.) Kini kata-kata tersebut salah satu prinsip utama saya sebagai seorang pemilik laptop. (Itu pun selepas beberapa insiden yang tidak ingin saya kenang yang juga sebahagian besarnya akibat salah sendiri.)

Dari banyak segi, laptop dan desktop tidak banyak beza. Perbezaan yang paling ketara ialah mobiliti. Laptop direka untuk bersifat mudah alih. Laptop yang jenis berat pun masih lebih mobil daripada kebanyakan deskop kerana papan kekunci, pad tetikus dan paparan yang termuat bersama. Ramai pemilik laptop, termasuk saya, yang menjadikannya sebagai pengganti desktop mereka. Faktor mobiliti bukanlah faktor terpenting bagi saya kerana memikirkan tentang kes-kes kecurian laptop yang sentiasa berlaku. Saya lebih suka laptop saya dibiarkan diam di satu tempat khas dan hanya dialih ketika perlu.

Walaupun laptop dan desktop tidak banyak beza, kedua-duanya tidak boleh kita samakan. Laptop berfungsi melalui kuasa bateri yang dicaj menggunakan adapter berwayar. Benar, laptop masih boleh berfungsi jika baterinya dicabut. Malah ada pemilik laptop yang melakukannya untuk memanjangkan jangka hayat bateri. Ada pula yang terpaksa berbuat sebegini (saya salah seorang daripada mereka) kerana bateri laptop mereka sudah terlalu lemah dan mampu dicaj lagi.

Saya ada pandangan sendiri tentang sama ada mencabut bateri laptop akan memanjangkan jangka hayatnya atau tidak, tetapi ini lebih kepada penaakulan dan bukan berdasarkan bukti saintifik. Untuk maklumat yang lebih sahih saya syorkan membaca panduan oleh BatteryCare, khususnya mengenai cara untuk melakukan discaj bateri secara penuh. Serta pastikan apakah jenis bateri yang digunakan serta beri perhatian pada perubahan suhu dalaman laptop dan bateri.

Kesimpulannya, jika laptop sudah menjadi desktop, jagalah ia seperti mana menjaga seorang bayi, terutamanya kalau duit belum sebanyak duit Donald Trump.
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 introspector. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan