Pages

Sunday 22 October 2006

"Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin"


Maafkanlah segala salah silap saya, yang sengaja serta tidak. Semoga kita semua diberi kekuatan olehNya untuk meneruskan serta menambah segala kebaikan yang kita telah usahakan semasa Ramadhan untuk baki usia sepanjang tahun. Amin.

(Gambar hiasan: cermin mata saya yang lama, baru diganti beberapa hari lepas. Agaknya kenapa? Cuba tengok betul-betul.)

2 comments:

Anonymous said...

Ei, rul camne exam dah abih ka? Mana pi post ko pasal ubuntu itu ari ah? Aku pun ada mintak cd dari diaorang tapi peh, malas nak install benda tu. Aku dalam peralihan nak tukar pc ni tapi komponen yang aku cari takde de kat kedai pulak, kena tunggu dulu. Tapi problem bila tunggu lama-lama ni, silap ari bulan rancangan ni tak jadi pasal aku guna duit tu beli benda lain. -_-'

Anonymous said...

Aku dah abih exam lama dah. Minggu depan kelas aku mula. Ko camana?

Sempat jugak ko tengok pos pasal Ubuntu tu yeh? Aku fikir ada banyak benda yang kurang memuaskan tentang apa yang aku tulis, jadi aku pun tak jadi nak pos secara rasmi. Ada lagi, tapi sebagai draf.

Aku fikir-fikir, nampaknya Vista macam tak menguntungkan bagi kita pengguna. Sebabnya termasuk tak boleh install ke perkakas (hardware) baru lebih dari 2 kali. Bukan Vista tak bagus, tapi macam aku cakap, tak menguntungkan kita dari segi masa panjang. Kalau Vista yang kita punya dah rosak, kita terpaksa beli baru. (Jangan sebut pasal yang cetak rompak punya, itu cerita lain.) Lesen pengguna (user license) MS semakin hari semakin menyekat. Yang untung lebih: MS. Sebab tu aku buat derk je pasal Vista ni. Kemungkinan besar aku aku guna Linux untuk PC aku yang akan seterusnya.

Ubuntu Linux merupakan antara Linux yang mesra pengguna. Sebelum ni Linux dikatakan terlalu teknikal dan untuk mereka-mereka yang 'tahu' sahaja. Ubuntu telah digunakan oleh ramai orang termasuk yang baru kenal komputer dan kanak-kanak. Kebanyakannya rasa Ubuntu senang untuk digunakan. Dan antara misi Ubuntu ialah untuk memudahkan negara-negara membangunan serta miskin untuk membangunkan keupayaan IT masyarakat mereka.

Selain Ubuntu, ada juga edaran Linux yang lain boleh dicuba oleh orang lama Windows macam kita. Antaranya Freespire dan Suse Linux.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 introspector. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan