Pages

Friday 18 February 2011

5 buku ter... 2010 (bahagian 3 daripada 5)

Saya membelek semula buku-buku yang saya telah baca sepanjang 2010 dan mencari lima buah yang paling banyak membuatkan membuatkan saya, "Hmmm..." Ter... di sini mempunyai banyak maksud, kerana saya sengaja mengelak dari memberi gelaran "terbaik." Ter... apa sekali pun, inilah buku-buku yang dimaksudkan, tidak khusus kepada yang diterbitkan pada 2010.

Tanpa sebarang turutan, buku ketiga dalam senarai ini ialah...



The Inimitable Jeeves 
Penulis: P. G. Wodehouse
Penerbit: Arrow Books
251 halaman

Tidak banyak buku yang berjaya membuat saya tersenyum panjang seperti The Unimitable Jeeves. Saya mula mengenali buku-buku Jeeves karya Wodehouse apabila ia diulas oleh Allahyarham Yasmin Ahmad di Sunday Star beberapa tahun dahulu. P. G. Wodehouse terkenal dengan penulisan jenaka jenis wit, yakni jenaka yang memerlukan pembaca menggunakan akal untuk memahaminya.

Sebenarnya wit bukanlah sesuatu yang asing di dalam budaya kita, khususnya budaya Melayu. Gaya melawak orang Utara misalnya, berlapis-lapis sifatnya, menggeletek sambil menyindir tanpa berlebih-lebih. Sifat wit adalah secukup rasa, dan begitulah kisah-kisah Jeeves.

Reginald Jeeves adalah  seorang valet kepada seorang pemuda hartawan yang agak lurus bendul, Bertie Wooster. Jika seorang butler berkhidmat untuk sebuah keluarga, valet pula berkhidmat untuk seorang tuan sahaja. Cerita-cerita di dalam buku ini kebanyakannya tentang Bertie mendapati dirinya tersedut kepada permasalahan rakannya Bingo Little, yang sangat mudah jatuh hati.
Well, to my certain knowledge you've been in love with at least half a dozen girls since the spring, and it's only July now.
Kalau hendak dirumuskan umumnya apa yang berlaku adalah Bertie akan mendapati dirinya di dalam masalah, dari masa ke semasa kerana Bingo yang mabuk cinta, keadaan menjadi celaru, dan tanpa disedari masalah itu akan terselesai. Ya, tangan ghaib Jeeveslah selalu mengeluarkan Tuannya daripada setiap masalah, dan selalunya hanya akan diterangkan atau diketahui di hujung cerita.

Stephen Fry (left) as Jeeves and Hugh Laurie a...Hugh Laurie sebagai Wooster dan 
Stephen Fry sebagai Jeeves di dalam Jevees
and Wooster. (Dari Wikipedia)

Sila juga baca ulasan Allahyarham Yasmin Ahmad tentang The Jeeves Omnibus di The Star.

[ Danger: Giggles Might Erupt) ]

4 comments:

Afida Anuar said...

Thanks sudi berkongsi r.o.l..

PS: kalau jenaka jenis wit, nampaknya payah juga saya nak faham;)

r.o.l. said...

Terima kasih kerana setia berkunjung. Kerja menimbun-nimbun kebelakangan ini :-)

ps: Cerita P. Ramlee seperti Tiga Abdul dan Madu Tiga pun penuh dengan wit

Afida Anuar said...

Takde apa la rol. Blog ni blog ada ilmu. Saya suka. Pasai tu setia:)

ohh takpe, saya faham. Kadang2 pun saya begitu

r.o.l. said...

Terima kasih sekali lagi, afida. Dorongan, teguran serta komen yang membina juga dialu-alukan. Dan juga, buang yang merapu, ambil yang berfaedah :-D

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 introspector. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan