Pages

Wednesday 13 April 2011

Straight to the point(s)

  1. Saya rasa saya nak tiru-tiru gaya blogger lain yang menulis menggunakan poin.
  2. Saya sangat sibuk sekarang ini. Saya ingin membaca buku yang saya ingin baca tetapi terpaksa membaca buku yang saya terpaksa baca. 
  3. Apa pun, masih membaca. 
  4. Oh, dan saya kena menulis. Panjang. Saya jarang menulis panjang-panjang sebegini.
  5. Kemungkinan besar tahun ini, seperti tahun lepas, saya tak akan dapat ke Pesta Buku (huhuhu...).
  6. Di antara sebabnya ialah saya telah borong sakan awal bulan lepas, kononnya hadiah kerana berjaya mengurangkan pembelian buku.
  7. Hakikatnya, ia cuma pembelian yang dikemudiankan. Banyak sama juga.
  8. (Sebenarnya masa masih ada cuma tidak sesenggang dulu. Sepatutnya saya banyak-banyak bersyukur.)

6 comments:

Afida Anuar said...

wahh dah ada perubahan..kira ala-ala macam che det punya blog la ni;)

Moga dipermudahkan segala urusan r.o.l...

r.o.l. said...

Terima kasih bebanyak, afida, atas doa serta kunjungan. Sebenarnya blogger lain yang saya maksudkan ialah drrafick dari rights2write. Tapi ya Che Det kita lebih terkenal dengan gaya poin-poin ini.

Zaujah saya kata, afida ni asyik hint pasal calon je... ada pepe ke? :-)

Afida Anuar said...

oh, he he..

calon yang tak jadi rol. Orang tengah tukang atur.. Bukan jodoh saya gamaknya. Takpe2..insyaAllah ada tu Allah nak hantar jdoh terbaik tuk saya...

kirim salam kat zaujah yer rol.... malunya zaujah rol baca blog saya yang merapu tu...

hu hu..

r.o.l. said...

Takpe, afida. It's a process. Saya pun dulu orang tengah aturkan. Saya lebih sokong cara orang tengah sebab ustaz saya dulu pun begitu. Stay positive. Percayalah, kalau tak jadi tu ada la hikmahnya. Insya-Allah yang terbaik itu sedang menanti afida, chewah!

zaujah saya kirim salam ;-)

uj said...

poin nombor dua tuh... rasa cukup mengena....

tapi sangat setuju dengan poin no 3...

r.o.l. said...

UJ! Apa khabar? Senasibkah kita? :-)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 introspector. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan