Pages

Saturday 3 September 2011

Salam Aidilfitri 1432H Maaf Zahir Batin, walaupun hari ini sudah 5 Syawal

Balik kampung baru-baru ini membuatkan saya offline untuk beberapa hari, tanpa Internet sama ada berwayar atau tanpa wayar. Kampung saya agak dalam. Capaian Internet di sana masih rendah walaupun jiran kami dengarnya mempunyai WiFi. Saya mengambil peluang ini untuk melupakan seketika aktiviti menulis blog, berinteraksi di FB dan menyemak inbox emel.

Nyaman sekali rasanya.

Nyamannya udara desa.

Nyamannya mata memandang saujana luas.

Nyamannya beroffline.

Sekali-kala berdetik di hati, bagus juga kalau saya ada sebuah Blackberry atau iPhone. Cepat-cepat saya pejamkan mata. Saya menyedut udara nyaman desa dalam-dalam. Bau kuih dan lemang menyerbu rongga hidung. Bunyi mercun bola meletup, hilai ketawa sanak saudara, dan suara kanak-kanak bermain berlegar di kelopak telinga.

Lagi pun Internet tidak akan merudum tanpa saya.

Salam Aidilfitri 1432H Maaf Zahir Batin, walaupun Syawal sudah masuk hari yang ke-5. Sama-samalah kita puasa enam Syawal, dan bak pesan Ustaz Zaharuddin, lebih baik jangan hebah-hebahkannya.

2 comments:

Afida Anuar said...

Salam eidulfitri buat rol dan zaujah.. Maaf zahir batin andai ada salah dan silap...Taqabbalallahuminna wa minkum.

Yang ada kemudahan internet ni, tak menggunakan sepenuhnya pula rol. Walaupun di kampung ni ada kemudahan internet tanpa wayar, tapi rasanya tidak betah untuk asyik menghadap laptop di kala ayah ibu dan adik-adik berada di sekeliling. Besok2 pagi dah nak kena pulang ke bandar....adehhh...

r.o.l. said...

Saya pun bukan mahu online sangat, cuma memandangkan beberapa orang kawan saya yang di luar negara sekarang lebih senang dihubungi melalui FB dan emel, saya agak sedih kerana terputus setika daripada mereka.

Harapnya Eidulfitri di Pulau Rusa meriah dan bahagia :-)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 introspector. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan