Pages

Monday 6 August 2012

Membaca kerana kerja

Suka atau tidak, sebahagian besar kerja saya sekarang melibatkan membaca. Saya sangka sebagai seorang yang suka membaca, ini sesuatu yang mengujakan.

Sangkaan saya meleset. Bukan senang untuk membaca demi kerja. Berbeza dengan membaca demi minat. Bukan senang memaksa diri untuk membaca, apabila diri ‘rasanya’ memang suka membaca. Adakala saya rasa seolah-olah saya seorang perasan suka membaca, bukan betul-betul. A faking bibliophile.

Boleh jadi juga kerana kerja, apa yang ingin saya baca terpaksa diletak ke tepi. Adakah membaca demi kerja telah melunturkan keinginan membaca di luar kerja?

Kala Ramadhan ini saya mengajukan doa-doa termasuklah agar konflik ini akan berpenghujung. Kerana semakin lama konflik ini berlansung, semakin dungu saya rasa.

3 comments:

ieka said...

salam rollie..
tak tahu la hang buat keje apa sekarang.. editor kah? heheh tapi nak share satu pengalaman lama la..

pernah rasa mcm tu satu masa dahulu juga.. tak ingatlah macamana keadaan masa tu nak berusaha mendatangkan semangat membaca semula.. tapi tiba2 dtg pula rahmat Allah.. dtg ilham untuk membaca bahan ilmiah atau thesis orang itu cari key point yg tak pernah tahu sebelum ini.. yang mendatangkan minat nak tahu .. alih2 sedar baca dari belakang ke depan, dan depan ke belakang..

after that piece, semua tu jadi lebih mudah..tambah2 i conteng2 aje kertas2 itu dan highlight mana yg tulis key point sama kumpul sekali.. mana yg cerita baru, mana yg cerita lain, mana cerita pelik semua diasing2kan..siap buat dua copies tu..satu yg mmg khas utk diconteng.. satu utk refer simpan..malu la nak share dgn org kalau tgk serabut mcm2 ditulis atas tu haha.. tiba2 sedar dah baca lebih 20 bahan.. dalam masa sekejap.. kalau level i ni la kan.. 3 hari habis 20 bahan tu hebat dh.. dulu 1 bahan 2 minggu pun tak habis2 hehe

masa try2 tgk tu..tgk la key point dia kenapa dia ckp gitu..boleh ke apply real life. ni fiksyen ke realiti. lepas tu cipta teori2 baru mcm umur yg sesuai apply teori tu..atau org yg sesuai..atau gender yg sesuai..atau boleh tak buat teori baru sendiri he he he siap tulis2 atas kertas buat calculation sampai kwn kata apalah yg ko sibuk kire2 ni, masuk pekse ke..ok ini semua aktiviti sampingan utk bagi mudah hidup.. dan actually sgt berguna masa sibuk2 mengarang..idea2 yg mcm bodoh2 ilusi angan2 itu boleh buat ayat panjang plak hahah

saje je la share pengalaman..kot2 boleh digunakan. :-)

r.o.l. said...

Alaikum salam ieka, jazakallah, perkongsian yang sangat bermakna dan berharga, terima kasih yang amat sangat.

Kerja saya sekarang ini macam-macam, editor pun ada, penterjemah ada, penulis upahan ada, penulis sukarela pun ada. Macam-macam ada.

Pada masa ini rasa terbelah bahagi di antara bacaan 'wajib' dan bacaan 'sunat.' Yang wajib hanya tertumpu pada satu lapangan khusus, sedangkan yang sunat itu luas. Jiwa sudah biasa mengembara di padang yang luas. Apabila diminta supaya duduk setempat dan jangan banyak merayau, kaki terasa dirantai.

Nicole Angela said...

There is an important impact on public concerns. Synchronous card in the middle of this phase. According to the honor of such dangerous test results circumstances and test results, Sindhi Museum girls have damaged people and test results. I heard the mother of a bomb blast, the hopes of mother, murder and dreams. Check detailed test results at test results web pages.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 introspector. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan