Pages

Monday, 21 July 2008

(Apa sudah jadi?)

(Hanya buat yang mereka yang sudi peduli, berikut adalah apa yang telah terjadi kepada saya:)

(Ada sikit hal di tempat kerja. Tekanan? Ya. Tapi syukur alhamdulillah, keadaan semakin baik. Saya pun ada silap dalam"sikit hal" ini. Kata orang, teruskan hidup dan belajar. Dalam bab kerja, saya mengaku, saya sangat hijau. Masih banyak yang perlu saya belajar.)

(Baru habiskan buku ini. Dulu saya pernah mencarinya. Tapi tak jumpa. Sebab ia diharamkan. The Long Day Wanes adalah judul bagi versi pasaran US.)

(Saya tak syorkan buku kepada sesiapa yang mudah terasa kalau bangsa Melayu digambarkan secara negatif. (Bangsa lain pun ada kena juga.) The Malayan Trilogy adalah 3 buku dalam satu: Time for a Tiger, Enemy in the Blanket dan Beds in the East. Tentang seorang pegawai Inggeris, Victor Crabbe, dan masyarakat asal dan asing Malaya sekitar tahun-tahun menghampiri Kemerdekaan. Buku pertama agak lucu dan sinis, buku kedua sungguh suspen (siapakah dia di dalam selimut itu?) dan buku ketiga mempunyai rasa macam ada benda buruk nak berlaku (dan memang berlaku pun).)

(Sungguh mengagumkan, sungguh mendalam pemerhatian En. Burgess tentang fiil orang-orang berlainan bangsa di sini. Beliau pernah menjadi pegawai pendidikan dan pernah mengajar di MCKK. Tapi macam saya cakap tadi, kalau mudah terasa, tak payahlah terus baca apa saya nak tulis. Buat bengang aje. Ada ke En. Burgess ni bagi nama tempat nama-nama tak berapa sopan macam Tahi Panas dan Kenching? (Negeri kelahiran saya diberi nama L_nch_p. (Isi tempat kosong sendiri.)) Tapi abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik, ini novel satira. Walaupun banyak benda yang tak berapa enak di dalamnya, Malayan Trilogy merupakan karya seorang yang nyata telah menyelami kehidupan bumi Malaya. Dalam beberapa temuramah, Burgess pernah berkata yang beliau ada terlintas untuk masuk Islam; dan mempelajari Bahasa Melayu telah mengubah cara beliau berfikir. Allahua'lam.)

(Hard disk saya... telah gagal berfungsi. 3,4 tahun punya fail-fail luput menjadi bit-bit yang tak bermakna. Saya tak berjaya mencari puncanya dan terpaksa memformat. Benda kalau nak jadi, sekejap ja. Bi iznillah.)

(Semoga Allah mengikhlaskan hati-hati kita dalam bekerja. Kebelakangan ni, saya banyak kena uji dalam bab ni. Takut jugak...)

4 comments:

mudin001 said...

Bro, aku juga mencari buku itu. Jumpa di mana ya?

rol said...

Cuba... dekat-dekat Menara Berkembar? :)

ieka said...

:D
life goes on...

siti nuraishah said...

Interesting book. Why don't you write a longer review?

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 introspector. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan