Pages

Saturday 1 November 2008

Siapa yang mendapat faedah daripada nasihat?

Menasihat orang. Oh, sungguh berat bab ini.

Saya tak gemar memberi orang nasihat, tapi kadang-kadang oleh sebab kerja, orang cari saya.

Saya rasa berat sebab kadang-kadang nasihat yang bagi itu pun belum tentu saya mampu mengamalkannya. Pernah Encik rol kata kepada Encik rol, ko amik la nasihat-nasihat bernas ko tu dan sumbatlah masuk ko punye @#$% sendiri! Pandai sangat mengajar orang. (Masa tu tengah marah kat diri sendiri.)

Memang senang untuk diam sahaja atau menyuruh mereka yang datang untuk memikirkan jalan penyelesaian sendiri. Kita pun menimbun masalah serta kekurangan, apa layak kita nak membetul atau membantu orang lain?

Nasihat itu perkara yang penting dalam agama Islam. Bahkan agama itu nasihat. Agama juga adalah untuk semua; orang soleh mahupun orang sesat. Semua perlu pada agama, dan nasihat.

Bolehkah lari dari memberi nasihat? Kalau macam saya, memang kerja yang orang cari untuk rujuk dan dapat nasihat? Mungkin tak. Sudah tanggungjawab. Berat pun kita kena cuba pikul.

Saya jadi lega sikit bila saya ingat balik nasihat orang alim tentang nasihat. Kata mereka:
Orang yang mendapat faedah daripada nasihat bukanlah yang menyampaikannya atau yang mendengarnya, tapi yang mengamalkannya.
Sekarang nasihat Encik rol kepada Encik rol, anggaplah nasihat yang diberi itu adalah untuk diri kita. Dan cubalah amal mana yang mampu.

1 comments:

Anonymous said...

setuju... :)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 introspector. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan