Pages

Saturday 27 December 2008

Seteguh Tekad

Tahun 2008 mungkin satu u-turn untuk saya sebagai pembaca. Saya ingin untuk mengurangkan membeli buku dan melebihkan membaca apa yang sudah ada/dibeli.

Proses ini sedang berjalan. Saya membelek-belek senarai buku-buku yang saya ada. Beberapa tahun yang lalu saya jadi tergerak untuk membuat senarai ini dan alhamdulillah ianya amat membantu.

Apa kata senarai tadi? Masanya sudah sampai untuk saya membaca Seteguh Tekad oleh Cikgu Sidek Baba.


Ya, saya tahu pada kulit depannya ditulis Prof. Dr. Sidek. Apasal saya dengan selambanya memanggil beliau dengan panggilan Cikgu sahaja? Sebab di dalamnya Cikgu Sidek menulis, "Aku amat senang dipanggil cikgu daripada panggilan Dr. atau Profesor."

Buku ini mengubah pandangan saya terhadap beliau. Selama ini saya ingat beliau merupakan seorang ahli akademik yang tipikal, yakni punya rekod akademik yang cemerlang dari peringkat sekolah lagi (mungkin jenis yang dapat A dalam semua mata pelajaran?). Tidak semudah itu buat Cikgu Sidek.

Pertama sekali beliau terpaksa menempuh halangan kemiskinan. Bapa Cikgu setakat bekerja kampung. Perbelanjaan sekolah termasuk yuran bulanan sekolah Inggeris dikumpul dengan bantuan ahli keluarga lain. Cikgu kemudiannya terpaksa berbasikal berpuluh-puluh kilometer kerana tak lagi mampu membayar tambang bas. Di sekolah, Cikgu Sidek perlu memahami pelajaran dalam Bahasa Inggeris. Peralihan ke sekolah aliran Inggeris cukup menduga kecekalan beliau.

Saya benar-benar tak menyangka yang Cikgu asalnya seorang cikgu sekolah. Dan satu lagi perkara yang saya tak sangka, beliau juga pernah mengulang peperiksaan Higher School Certificate (HSC) beberapa kali. Selepas lulus dengan baik, beliau menyambung pendidikan ke IPSI (sekrang UPSI), UM dan kemudiannya ke Amerika Syarikat pada peringkat pasca-graduan.

Sebagai anak seorang bilal, didikan agama yang Cikgu terima mendorongnya untuk bergiat aktif dalam aktiviti dakwah. Usaha-usaha beliau berjaya menarik ramai pelajar untuk mendekati Islam serta mendalaminya. Cabaran besar buat Cikgu ialah apabila di Amerika Syarikat, di mana pelajar Malaysia yang Muslim terbahagi antara yang mengamalkan Islam dan menjauhi Islam kerana cenderung ke arah kehidupan Barat.

Kisah Cikgu Sidek, pada pendapat saya, adalah sesuatu yang lain daripada kisah ahli akademik yang lain. Beliau tidak menjadi usia, kesibukkan berkeluarga atau penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah sebagai halangan untuk meneruskan pelajaran. Semangat ini yang amat kekurangan dalam diri saya ketika ini. Insya-Allah, sedikit demi sedikit, saya cuba untuk meniupnya hingga kembali marak.

4 comments:

Anonymous said...

Bro, berapa buah buku habis dibaca tahun ini? Aku tak begitu memberangsangkan tahun ini.

:)

r.o.l. said...

Kerja baru lebih sibuk, agaknya? Sasaran tahun ini iaitu 1-2 sebulan tecapai, alhmadulillah.

:)

Anonymous said...

I'm posting on a blog .... "In the final chapter of the book written by a german philosopher, Frederick Nietsche 'Thus spoke Zarathustra', Zaratthustra retired to a mountain, and as he looked upon the sky, he saw his favorite pets, an eagle and a serpant on which the serpent entangling the eagle not to choke the eagle, but to affirm the freedom."

"Thus spoke zarathustra" is the most twisted book manipulated by the Nazi philosopher.

.... & thus 'mr. anonymous' babbling.

r.o.l. said...

Nietsche, eh? A bit beyond my usual cuppa, but something I might consider someday.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 introspector. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan