Pages

Sunday 8 March 2009

13 abad tanpa riba

Ini satu perkara yang saya baru tahu.
Masyarakat Islam tidak pernah menghalalkan faedah. Selama tiga belas abad sejarahnya sebelum penjajahan kuasa-kuasa imperialis, masyarakat Islam telah menjalankan ekonomi dan perdagangan tempatan dan antarabangsa tanpa institusi faedah. Perkongsian untung dan pelbagai jenis penyertaan tersusun bertindak sebagai saluran-saluran yang cukup untuk tabungan, pelaburan dan modal yang mencukupi untuk digerakkan untuk perlombongan, pembinaan kapal, penenunan kain dan industri-industri lain. Demikian juga untuk perdagangan laut. Pengenalan bank berdasarkan faedah oleh rejim-rejim kolonial dalam negara-negara umat Islam dalam abad 20 tidak berjaya untuk melibatkan kebanyakan daripada masyarakat sehinggalah sistem perundangan menjadikannya hampir mustahil bagi sesuatu perdagangan untuk maju tanpa turut serta di dalamnya. Usaha setengah para fuqaha palsu yang menghalalkan amalan tersebut menemui penolakan dan kecaman yang hampir universal. Walaupun keadaan telah memaksa ramai orang untuk terlibat dengan institusi-institusi berdasarkan faedah, kenyataan mengenai pengharamannya tetap wujud. Sejumlah yang besar daripada masyarakat tetap enggan untuk mempunyai apa-apa kaitan dengan institusi-institusi ini meskipun menghadapi kesusahan kerananya.

Dipetik daripada Issues in Islam Banking oleh M. N. Sidiqqi (1983), sebahagian daripada rujukan buku Riba: Alternatifnya Dalam Sistem Bank Islam oleh Azlan Khalili Shamsudin (terbitan DBP, 1995).

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 introspector. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan