Pages

Saturday 5 June 2010

The Lost Continent


Apa orang lain suka, belum tentu kita akan suka. Atau boleh suka.

Ada seorang pembaca yang saya sangat hormat pendapatnya. Beliau seorang peminat tegar Bill Bryson, dan saya faham kenapa. Bill Bryson adalah salah seorang penulis travel humour yang paling terkenal serta terbijak. Beliau juga dilantik menjadi chancellor Durham University, satu pengiktirafan yang bukan calang-calang.

Jadi saya mencuba Bryson. Selepas The Lost Continent: Travels in Small Town America dan buku ini, saya rasa, terima kasih sahajalah.

Berbalik kepada The Lost Continent, catatan kembara Bryson merentasi Amerika Syarikat. Kata bekas rakan sekelas saya yang juga seorang Mejar, Amerika itu empat zon masa besarnya. Empat! (Jumlah rasminya ialah enam, jika Hawaii dan Alaska diambil kira.) Cuba bayangkan!

Matlamat Bryson ialah untuk menjejaki semula laluan yang pernah dilalui oleh bapa beliau dahulu semasa membawa mereka sekeluarga makan angin pada musim cuti. Bermula dari pekan asal beliau Des Moines, Iowa, Bryson merentasi berpuluh-puluh pekan kecil, bandaraya serta pusat tarikan pelancong untuk membawakan Amerika yang kita jarang-jarang ketahui, dari kaca mata beliau. Dan dari sini segalanya mula hilang tarikan sedikit demi sedikit.

Bryson adalah seorang penulis yang sangat lucu. Saya amat percaya inilah tarikan utama buku-buku beliau. Cubalah jengah ke bahagian buku travel, saya percaya judul-judul oleh Bryson akan ada paling kurang sebuah dua. Kebanyakkannya adalah best seller.

Saya sendiri ada masanya tergelak besar, digetelek narasi yang sinis. Tetapi lawak beliau juga sering kali asidik dan agak juvenile, hampir apa-apa beliau boleh jadikan modal lawak, termasuk ahli keluarga sendiri. Agaknya orang di Amerika sangat tahan kutuk.

Sekurang-kurangnya pengetahuan saya tentang Amerika dan sosio-budayanya ada bertambah walaupun sedikit. Maaf, Encik Bryson, pengetahuan Tuan sangat luas dan penulisan Tuan sangat menghiburkan, cuma lawak Tuan yang membuatkan saya rasa nyilu.

3 comments:

Afida Anuar said...

Salam R.O.L

apakah lawak yang Bryson utarakan tu sampai boleh buatkan rol terasa nyilu eh? cuba menebak...hehe

uj said...

salam saudara

hmmm mungkin lawak dorang yang melampau dan terduga dek akal kita...

urghhh itu budaya mereka mungkin...

entry 2 tahun lepas pun UJ ada komen... heheh sebab ada rasa tarikan nk komen... orait la kan?

r.o.l. said...

Alaikm salam, Afida & UJ,

Beri saya petik beberapa contoh 'lawak' dari buku ini:

"Iowa women are almost always sensationally overweight—you see them at Merle hay Mall in Des Moines on Saturdays, clammy and meaty in their shorts and halter tops, looking a like elephants dressed in children's clothes, yelling at their kids, calling out names like Dwayne and Shauna."

"What is the difference between Nevada and a toilet? Answer: you can flush a toilet."

Lawak gaya Amerika, khasnya stand-up, banyak yang mengutuk, memperlekeh dan mencarut. Dalam banyak-banyak saya rasa Bill Cosby adalah contoh comedian yang tak menggunakan bahasa lucah atau kesat.

Dan UJ, inysa-Allah boleh saja.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 introspector. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan