Pages

Tuesday 4 January 2011

5 buku ter... 2010 (bahagian 1 daripada 5)

Meneruskan tradisi blog ini (jika sesuatu yang baru sahaja dimulakan tahun lepas sudah boleh dianggap satu tradisi), saya membelek semula buku-buku yang saya telah baca sepanjang 2010 dan mencari lima buah yang paling banyak membuatkan membuatkan saya, "Hmmm..." Ter... di sini mempunyai banyak maksud, kerana saya sengaja mengelak dari memberi gelaran "terbaik." Ter... apa sekali pun, inilah buku-buku yang dimaksudkan, tidak khusus kepada yang diterbitkan pada 2010.

Tanpa sebarang turutan, buku pertama dalam senarai ini ialah...


Murabbi Cinta 
Penulis: Hasrizal Abdul Jamil
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn Bhd
278 halaman

Buku ini hadiah daripada seorang kawan baik. Dia ingin saya jadi seorang suami yang baik suatu hari nanti. Bacalah betul-betul, pesan kawanku, kerana banyak yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal adalah apa yang sering terpendam di dalam hati para isteri. Semoga kamu akan lebih memahami isi hati isteri kamu. Mudah-mudahan.

Terima kasih, kawanku. Saya akan cuba baca betul-betul. Sebetul-betul mana saya membaca, sesungguhnya saya khuatir sejauh saya mampu mengamalkannya. Semua orang akan pasti ditanya di Mahsyar nanti, ilmu kamu, sejauh mana kamu amalkan?

Bernikahlah dahulu, kata kawanku. Bacalah semua buku di perpustakaan tentang berenang, selagi kamu belum masuk ke dalam air, selagi itu kamu tidak akan tahu bagaimana hendak berenang, dia bertamsil.

Baiklah, kawanku, saya amat menghargai pesananmu. Bagaimana pula jika kamu menolong bukan setakat menghadiahkan buku, malah menjadi penaja utama walimah saya nanti?

Kawanku memandangku dengan tajam lalu membalas, apakah kamu sudah lupa dengan apa yang kamu sendiri telah tulis tentang perkahwinan?

Saya segera memohon maaf. Kawanku, benar sekali kata-katamu. Ternyata banyak lagi yang perlu saya usahakan sebelum saya menyambut tangan Tok Kadi dan melafazkan, "Aku terima nikahnya..." Dan lebih-lebih lagi selepas melafazkannya.

Kawanku kembali tenang. Nada suaranya turun sedikit. Sudahkah kamu baca yang lain itu?

Yang mana? Aku Terima Nikahnya? Sudah. Bercinta Sampai ke Syurga? Pun sudah.

Bukan, kawanku berbisik. Buku itu, Permata yang–

Terbatuk saya mendengarnya. Tercekik air liur.

Bolehlah kamu jadikannya salah sebuah daripada 5 buku ter... 2011 nanti!, cadang kawanku, berdekah-dekah, hinggakan saya percaya bayi yang nyenyak lena di Melbourne ketika itu pun boleh terkejut dan terjaga.



(Kawanku, jika kamu membaca, jangan marah ya?)

6 comments:

Afida Anuar said...

Hint dah kasi, ilmu dah ada. Saya doakan yang terbaik utk rol dan bakal zaujah..

PS: jangan lupa jemput!:D

r.o.l. said...

...

Sebenarnya dah lepas pun...

Sebab tu la blog ni tak update lama dah...

Sebab dok update status :-D

PS: nak jemput untuk benda lain boleh? ada makan-makan jugak

Afida Anuar said...

....hehe..ohh ye ke. Apa pun mabrukkk Rol dan Zaujah!!

hurmm... boleh.. tapi, kalau ,mungkin saya tak datang kut... apa pun terima kasih sudi jemput!

r.o.l. said...

Afida, open house pun tak boleh datang ke? Kambing golek menanti :-D

Afida Anuar said...

kalau takde aral ROL..saya memang nak pergi. Nak kenal ROL dan zaujah..

tp memandangkan waktu agak terhad tuk saya berada kat bumi KL ni..mungkin. Pasai tu saya kata mungkin, kalau, tapi...saya tak dapat datang..hehe

kena tengok dulu keputusan KPLI besok macam mana..kalau ditakdirkan saya masih di sini, insyaAllah..tiada aral saya pergi.. kambing golek tuuu...

Tapi kalau ditakdirkan saya tercampak kat mana2..waAllahualam...

apa pun jemput je la nti bila sampai masa nak buat kambing golek..err..hehe

r.o.l. said...

Tahniah, afida, nampaknya cita-cita afida semakin menajdi nyata, insya-Allah. Semoga tercampak ke tempat yang baik. Kambing itu insya-Allah tak mana-mana, sentiasa bergolek-golek di dalam kandangnya. Saya dan zaujah mendoakan yang terbaik untuk afida.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 introspector. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan