Pages

Wednesday 13 July 2011

Cerita blog ini

Sejak awal bulan Jun lagi saya sibuk dengan pelbagai benda, termasuk menziarahi beberapa tempat yang sudah lama saya tidak ziarahi, seperti Tanjung Tokong, kampung nenek dan moyang saudara saya. Dan projek-projek yang sudah lama tertangguh, menyebabkan tumpuan saya kepada blog ini menurun.

Saya akui saya bukan blogger tegar. Saya masih mampu hidup tanpa mengupdate blog saya setiap jam hari. Apa yang penting bagi saya ialah satu tempat untuk menulis.

Ketika saya memulakan blog ini pada tahun 2003 atau 2004 (saya kurang pasti kerana ada entri awalan yang sudah didelete), saya lebih berminat untuk menyertai dan menyelami fenomena blogging yang baru masih berkembang pada waktu itu. Dengan bantuan seorang rakan sekolah dan blogger, ieka, saya membuka blog ini dengan nama "Awkward Living with Rollie." Tajuk itu ada maksud yang tersirat. Ketika itu saya masih tercari-cari arah tuju hidup dan baru sahaja tamat belajar. Walaupun saya lulusan dalam bidang komputer, saya agak lemah dalam kemahiran teknikal seperti pengaturcaraan dan pengiraan. Kerjaya di bidang teknikal tidak begitu menggamit minat saya.

Blog ini merupakan projek sampingan saya, tempat saya melarikan diri seketika. Dengan sokongan blogger lain seperti iena, mudin dan rakan-rakan blogger dan pembaca, saya terus menulis. Sedar-sedar, blog ini sudah melepasi usia lima tahun, enam tahun dan seterusnya hingga sekarang.

Alhamdulillah, sedikit demi sedikit penulisan saya bertambah baik, jika dibandingkan dengan masa saya mula-mula blogging. Saya percaya menulis blog adalah satu cara yang untuk meningkatkan kemahiran menulis. Saya sentiasa memberi galakan kepada kawan-kawan saya yang ingin membuka blog mereka sendiri.

Dari awal lagi saya sengaja meninggalkan ejaan kontot dan cuba untuk menepati tatabahasa sebaik mungkin. Keputusan ini secara tidak lansung menajamkan lagi kemahiran editing saya. Saya sekarang lebih teliti terhadap hasil kerja saya yang melibatkan penulisan.

Saya turut berpegang kepada nasihat Anne Lamott, penulis Bird by Bird, iaitu berkenaan "shitty first drafts." Selalunya entri saya akan diedit berkali-kali sebelum dipublish. Mungkin ada melihat ini sebagai satu bentuk self-censorship atau blogging yang tidak authentic. Bukankah blogging sepatutnya datang dari hati? Jujur sejujur-jujurnya?

Memang. Dan memang, ada banyak cara untuk blogging. Ada orang blogging untuk berkongsi pengalaman dan perasaan dengan orang lain. Dan orang menggunakannya sebagai satu wadah untuk ekspresi diri, siap dengan galeri foto dan portfolio karya.

Tentunya saya tidak boleh sama sekali mengatakan yang cara saya blogging adalah cara yang sepatutnya. Terpulang kepada empunya blogger masing-masing.

Satu perkara lagi, ketika mula-mula dahulu, saya menjadikan blog sebagai projek eksperimen HTML dan CSS. Saya mengedit template Blogger.com dan menjadikannya unik, dan sejak dulu lagi saya sukakan gaya minimalis yang kini dipopularkan oleh Apple melalui desain iPhone dan iPad. Satu soalan yang sering saya dapat ialah, "Kenapa blog ini tidak berwarna-warni?"

Sudah beberapa kali saya menukar template blogger ini, dan yang terbaru adalah beberapa hari lepas. Namun akhirnya saya membuat keputusan untuk terus menggunakan template yang sekarang, The Morning After. Desainnnya ringkas dan kemas serta tidak terlalu padat. Dan paling penting, rupanya yang minimalis.

Terima kasih yang tidak terhingga, pembaca dan blogger sekalian, kerana sudi berkunjung, khasnya buat afida yang menjenguk dan bertanya khabar setelah lama saya tidak blogging dan menjadi follower pertama blog ini. Mohon maaf kepada semua jika ada terlanjur atau tersilap. Saya orang tua baru belajar.

Izinkan saya untuk berkongsi semula sebuah entri berbentuk puisi dari 2005 bertajuk "No updates? Why?"
Are you
Too busy, to sit down and write something?
Too lazy, to think of something to write?
Too hungry, to even think clearly?
Too occupied, to even remember that you own a blog?
Too sad, from hearing the depressing news about the world around us?
Too stressed out, from the tremendous pressures of modern living?
Too tired, from running away from all your responsibilities?
Too guilt-ridden, from the thought of taking some time of your busy day to update your blog?

Or are you
Too scared, to face the readers who never really exist?

6 comments:

Afida Anuar said...

Sama-sama rol:)

Al kisahnya macam tu..he he....

Blog saya tu masih baru. 3 tahun 5 bulan kot. Wujud disebabkan desakan seorang kawan ingin mengetahui perkembangan diri. Tapi lama-lama tak seronok pulak tulis pasal diri je, saya pun mula tulis pasal semua benda. Saya jadikan tema blog tu bebas. Takde limit nak tulis pasai apa. Sebab tu kadang-kadang entry pun merapu jadinya.err

Saya setuju yang blogging ni boleh memantapkan kemahiran menulis, dapat la belajar nak puitiskan ayat serba sedikit, dan alhamdulillah sekarang dah boleh biasakan diri tuk eja penuh tanpa singkatan. Kadang-kadang tulis SMS pun nak eja penuh..hehe..

apa pun rol, moga dipermudahkan segala urusan, insyaAllah...

ieka said...

hahaha welcome to the club of dormant blog..
tunggu ada anak, lepas tu tukar keje baru, lagi lama dormant (huhu kes diri sendiri laa tak pandai urus time).. mmg serabut alam juga nak update :) dan sgt saluteee org yg boleh buat seminggu sekali; apatah lagi berkali2 dalam seminggu dan sehari!

ieka said...

oh lupe nak ckp..tq for mentioning my name here :p and, i subscribe to your blog using google reader..so ramai lagi kat luar buat gitu sebenarnya :p

nahmy said...

assalamualaikum. saya rasa berblog byk baik dr buruk...cuma ia mengikut naluri tuan punya bloglah. pada saya disamping kekdg me'realase' kan stres ia dpt juga menambah kenalan & bertukar2 pndgan. apapun teruskan berblog...kekadang ia boleh dikira satu 'sumbangan' walaupun kecil...

r.o.l. said...

afida, terima kasih atas doa yang diajukan. alhamdulillah urusan semakin lancar. saya pun SMS ejaan penuh, terutamanya dengan orang yang berusia dan apabila urusan rasmi. tapi kalau dah tak sempat, kontot je.

ieka, thanks for getting me to the starting line, and for subscribing. hidup berkeluarga memang sibuk, sekarang banyak mencuri-curi blogging.

nahmy, alaikum salam WBT. insya-Allah sama-sama kita berterusan dalam perkara yang baik. :-)

Anonymous said...

U're a very good writer..
Dont stop..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 introspector. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan