Pages

Thursday 8 March 2012

Travelog Wartawan Islam

Sumber: Kedai Buku Anda
Setiap profesion datang dengan dilemanya yang tersendiri. Hanya insan yang peka terhadap keadaan imannya akan memikirkan tentang dilema-dilema ini serta akibatnya terhadap kehidupannya di dunia ini dan di akhirat kelak.

Bagi tuan Roslan Hamid, kesedaran beliau tentang dilema profesion di bidang kewartawanan tercetus menerusi beberapa peristiwa yang beliau lalui di dalam dan di luar negara.  Sebagai LanH,  beliau pernah menulis di kolum Kisah Antara Dua Kota di akhbar Berita Harian pada tahun 1997 hingga 1998. Keluarga saya tidak pernah melanggan akhbar ini. Saya hanya membaca kolum ini apabila saya di perpustakaan, di kedai gunting rambut, atau di rumah orang lain. Walau bagaimanapun, saya sangat meminati ruangan kolum dalam mana-mana akhbar pun. Bahkan saya lebih banyak membaca ruangan kolum daripada ruangan berita. Selalunya saya akan mengimbas tajuk-tajuk berita sebelum menuju ke ruangan para kolumis yang saya diikuti saban minggu.

Seperti yang diceritakan oleh beliau menerusi Travelog Wartawan Islam, ada banyak aspek tentang industri akhbar dan dunia kewartawanan yang boleh menimbulkan pertikaian. Contohnya memuatkan artikel tentang bahaya fitnah di ruang agama sedangkan di ruang berita pada nashkah yang sama terpampang laporan-laporan yang berbaur fitnah. Saya pernah terbaca bagaimana dunia kewartawanan hari ini semakin beralih daripada fact-based reporting kepada opinion-based reporting. Laporan bukan lagi laporan semata-mata tetapi turut menjurus kepada komentar.

Mungkin kita terlupa yang akhbar bukan sekadar sumber berita. Jika kita lihat dengan teliti, akhbar juga menjadi jurucakap pihak yang bertentu. Hampir mustahil untuk kita menemui akhbar atau penerbitan yang 100% neutral dan sedia menerima pandangan semua pihak. Dan kita juga sering  terlupa yang akhbar adalah sebuah entiti bisnes yang perlu kepada keuntungan untuk terus beroperasi. Tentu sekali mereka akan menyiarkan apa para pembaca dahagakan. Sebagai pembaca, kita juga sedikit sebanyak menyumbang kepada dilema ini

Pengalaman peribadi tuan Roslan Hamid seperti menziarahi makam Imam Bukhari dan masyarakat Islam di Uzbekistan, keengganan seorang imam masjid untuk ditemuramah kerana rasa tidak yakinnya terhahap ketelusan akhbar, serta kesibukan yang menelan setiap peluang untuk beribadat atau masa untuk bersama-sama keluarga; mendorong beliau untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dunia kewartawanan pada tahun 1998, ketika berada di meja Pengarang Luar Negara. Semoga keputusan tuan Roslan Hamid yang ini akan membuahkan keberkatan dan keredhaan dariNya, dan semoga buku ini menjadi panduan kepada wartawan generasi baru untuk membentuk profesion ini menurut acuan Islam.

2 comments:

nahmy said...

السلم عليكم ورحمة الله

fact-based reporting to opinion-based reporting? is this the journalism etiquette or are they moving backward?..apapun teringin gak nak baca pengalaman Roslan Hamid tu

r.o.l. said...

Alaikum salam warahmatullah.

That's a rather bold claim isn't it? I don't really know how true it is, but we do see newspaper companies taking 'sides' on many issues. They should be impartial.

Selamat membaca buku tuan Roslan.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 introspector. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan