Pages

Thursday 20 December 2012

Kaedah Mendidik Isteri dan Anak

Sumber: bukuonline2u.com
Kaedah mendidik dengan memukul memang dibenarkan oleh Islam.

Pada masa yang sama, istilah memukul itu mengingatkan saya kepada perkataan seperti hayun, belasah, hentam, lanyak, balun, bedal, sebat, dan sebagainya. Di kalangan masyarakat Melayu kita pun kaedah menangani anak-anak dengan tali pinggang, tapak tangan, dan sebagainya bukanlah aneh mana.

Ibubapa saya sendiri tidak membiasakan saya dengan hukuman fizikal. Sekali sekala dirotan memang pernah. Dan sekarang tiba giliran saya pula menempuh fasa membina keluarga. Persoalan kaedah memukul anak ini mula berlegar-legar di dalam kepala.

Saya cuba mencari jawapan persoalan melalui buku Kaedah Mendidik Isteri & Anak: Antara Galakan dan Larangan Memukul dalam Islam. Penulisnya, Abdul Rahman Mohamed, berpengamalan dalam menguruskan masalah keluarga Muslim, khususnya di Singapura. Peningkatan kadar masalah keluarga Muslim telah menggesa beliau untuk membincangkan isu ini.

Ada beberapa keadaan tertentu di mana memukul dibenarkan dalam Islam. Misalnya isteri yang nusyuz. Pukulan hanyalah langkah terakhir dan tidak boleh mencedarakan, sekadar untuk menunjukkan ketegasan dan bukan untuk menunjukkan kekerasan.

Sebenarnya saya berharap untuk mengetahui secara lebih mendalam tentang memukul dari perspektif Islam. Buku ini mengejutkan saya sedikit kerana kupasannya lebih banyak kepada soal kepimpinan dan pengurusan di dalam rumah tangga.

Maksud penulis sebenarnya bukannya untuk menggalakkan para pemimpin keluarga untuk mencapai batang rotan setiap kali timbulnya masalah. Yang lebih penting ialah persiapan para pemimpin keluarga dalam menggalas tanggungjawab mendidik. Semua ini bermula dari dalam diri para pemimpin keluarga. Contohnya, kalau ibu bapa yang ingin menjadikan anak mereka  penghafaz Al-Quran, mereka sendiri perlu terlebih dahulu menyemai rasa cintakan Al-Quran dalam diri mereka.

Pendidikan isteri dan anak secara hakikatnya bermula dengan pedidikan diri sendiri. Renungilah ke dalam diri sebelum membiarkan tangan menghayun rotan.

8 comments:

nahmy said...

bagaimana nak memukul isteri yg nusyuz dlm keadaan isteri tidak difahamkan ttg apa nusyuz itu sendiri. pukul nanti jd isu 'domestic-violence' plak.

zaman skrg rasanya suami-isteri kena dulu faham akan sistem islam itu dan kemudian masyarakat juga perlu turut faham....supaya tiada isu-isu kontroversi yg berbangkit di kemudian hari...just my humble two-cents word..

r.o.l. said...

:-) This is worth more than two cents, nahmy. Masih banyak lagi yang masyarakat kita perlu belajar tentang Islam, dan salah faham yang perlu dibetul fahamkan.

Anonymous said...

Just like the slicked back hairstyle, Hardy has given new dimension to spiky haircut as well. Keeping the haircut same, he styled this look with a styling product by raising his longer hair on top upwards.

Unknown said...

Your work is really awesome. We are sharing with you most beautiful Crickters hairstyles 2017 Like James Anderson haircut

Dresses Khazana said...

So, Winter has come again and everyone is looking for Winter Dresses , you can get best collection from here.

aliamay said...

India and Pakistan have drawn in the same group for the ICC Champions trophy 2017 which would take place in England this year. Champion trophy 2017 schedule, champion trophy live score and bally ball commentary.

unkwn said...

find the latest tips and tricks about thai lottery. This will be helps you alot.

Unknown said...

Enjoy thrilling ongoing cricket tournaments on Webcric Live streaming channel at free of cost on your PC, Mobile Phones & tablets.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 introspector. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan