Pages

Friday 28 March 2008

Mengenali Abdulrazak Gurnah

Jarang saya menulis tentang buku yang saya belum habis baca. Tapi kali ini saya betul-betul tertarik dengan penulis yang bernama Abdulrazak Gurnah.

Abdulrazak Gurnah berasal dari pulau Zanzibar, Tanzania. Zanzibar dikatakan antara tempat (bukan setakat pulau) yang terindah di dunia, yang masih terpelihara keindahan semulajadinya.Tanzania juga mempunyai bilangan penduduk Muslim yang ramai. Saya pernah berbual dengan seorang junior yang berasal dari sana, dan masih ingat dia bersungguh-sungguh menunjukkan di mana letaknya Zanzibar di dalam peta dunia.

Tak banyak yang ditulis tentang Abdulrazak di Internet. Beliau pernah dicalonkan untuk hadiah-hadiah sastera Whitbread dan Booker pada tahun 1994 untuk novel ke–4 beliau, Paradise. By the Sea ialah novel beliau yang ke–6.

Saya harap beliau bukan daripada golongan mereka yang nama macam orang Islam, tapi bukan. Nauzubillah. (Semoga Allah selamatkan saya dan kita semua.) Tapi saya rasa tidak. Sebab isi By the Sea ada sedikit sebanyak menceritakan tentang Islam, aqidah, tentang Allah dan Rasul, bulan-bulan Hijrah, Israk Mikraj dan lain-lain. Dan ini baru bab satu dan lebih kurang 5% bab dua. Abdulrazak juga menyelitkan pelbagai maklumat dan sejarah tentang Zanzibar dan negara-negara lain termasuk Tanah Melayu. Tanah Melayu diceritakan melalui watak Jaafar, seorang saudagar berketurunan Parsi yang membuka sebuah perniagaan di sana. Antara perkara yang disebut ialah tersungkurnya kerajaan-kerajaan negeri satu demi satu di bawah 'pengaruh' British. Rasa terharu pun ada melihat sejarah negara ini disebut, kerana saya lansung tak sangka.

Insya-Allah, ulasan By the Sea akan menyusul tidak lama lagi. Saya harap.

(Sebab saya tak berani nak janji.)

3 comments:

Anonymous said...

Menarik! Waiting for your full review :)

ieka said...

boleh masuk dlm list to buy pesta buku nanti.. hehehe

r.o.l. said...

By the Sea bukanlah nak kata satu geng dengan Ayat-Ayat Cinta, tapi...

Tunggulah, simpan untuk ulasan nanti insya-Allah...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 introspector. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan