Pages

Tuesday 8 December 2009

Haid Menghalangi Ibadah? No Way!



Tentu sekali tidak. Wanita yang didatangi haid masih boleh (dan perlu) beribadah.

Ini mesej buku kecil comel ini, yang ditulis oleh M.Radzi Rachman.

Sebahagian daripada tanggungjawab seorang lelaki ialah mempelajari hal-ehwal fiqh wanita. Ilmu ini bukan sahaja penting bagi para suami dan bapa, malah bagi mereka yang berperanan sebagai wali serta penjaga. Kita diwajibkan untuk memimpin dan memperelok para wanita di dalam aspek ibadah mereka. 

Keitka solat, puasa, haji dan beberapa lagi ibadah khusus tidak boleh dikerjakan, masih banyak lagi ibadah-ibadah khusus dan umum lain yang boleh dikerja, tanpa mengira sama ada seseorang wanita itu dalam keadaan suci atau tidak. Antara ibadah yang dimaksudkan ialah berzikir, di mana mereka boleh mengisi setiap waktu solat dan dengan tasbih, takbir, selawat, istighfar dan sebagainya. Perbincangan ini dilanjutkan kepada perkara-perkara umum lain seperti menuntut ilmu, menguruskan rumah tangga dan bekerja.

Ada banyak perkara menarik yang dibawa oleh penulis, antaranya dalam bab menuntut ilmu ada disebut tentang salah seorang guru kepada Imam Syafie yang merupakan seorang wanita iaitu Syeikah Syuhrah. Beliau sangat dihormati atas ketinggian ilmu beliau hingga beliau dikenali sebagai "fakhr an-nisa' (kebanggaan kaum wanita.)"  Saya amat kagum dengan fakta ini kerana jarang sekali alim ulama yang wanita disebut atau dibincangkan. Seorang lagi alimah yang diperkenalkan ialah Mu'nisat al-Ayyubiyyah, saudara perempuan  Salahuddin Al-Ayyubi. Berputar fikiran saya memikirkan bagaimanakah bapa kedua-dua adik beradik hebat ini berjaya mendidik mereka hingga menjadi manusia yang berbakti kepada agama dan umat.


Haid Menghalangi Ibadah? No Way! ditulis dan diterbitkan di dalam Bahasa Indonesia.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 introspector. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan