Syarikat mana yang tidak mendambakan pengguna sebegini? Ada yang mencuba dan berjaya menrekrut pengguna mereka menjadi jurujual dan jurucakap sukarela, tetapi hanya sedikit yang dapat menyamai sokongan dan kesetiaan tahap mania yang ditunjukkan oleh pengguna Apple. Sejak penubuhannya lagi Apple telah merancang untuk memposisikan serta membezakannya dirinya daripada para pesaing dengan membentuk satu sistem falsafah, cara berfikir, dan cara bekerja yang membawa kepada terciptanya produk-produk game-changing seperti iPad, iPhone, iPod, iTunes, iCloud, serta perkakasan, perisian, dan perkhidmatan lain.
Game-changing bukanlah satu istilah yang boleh digunakan untuk produk yang calang-calang. iTunes berjaya mengubah fikiran syarikat-syarikat rakaman yang pernah curiga dengan kemampuan untuk menjual lagu-lagu secara digital melalui muat turun. Kemunculan iPhone telah membuat gergasi telekomunikasi Nokia terduduk dan teraba-raba mencari arah.
Formula kejayaan Apple sangat mudah. Tunjukkan kepada dunia cara yang lebih mudah, menarik serta berkesan untuk melakukan sesuatu yang mereka mahu. Boleh dikatakan semua syarikat lain juga mempunyai matlamat yang lebih kurang sama.
Bagaimana Apple boleh berjaya sedangkan yang lain masih bertatih-tatih? Untuk memahaminya, kita perlu kembali ke zaman ketika Apple sedang berputik. Dekad 80-an dan awal 90-an merupakan di antara detik-detik paling kritikal bagi Apple, dan melonjaknya atau tersungkurnya syarikat ini bergantung kepada sebuah kotak berwarna kelabu yang kini dikenali sebagai Apple Macintosh.
Sumber: Wikipedia |
Contoh rupa command line (sumber: sean dreilinger) |
Apple Macintosh boleh dianggap sebuah game-changer kerana ia memperkenalkan beberapa inovasi yang belum dilihat sebelum itu. Sistem ikon dan tetikus Macintosh jauh lebih senang digunakan berbanding sistem command line, dan juga jauh lebih mesra pengguna. Pendekatan Macintosh lebih kepada grafikal dan bukan tekstual seperti ada pada komputer dan sistem lain.
Sumber: Wikipedia |
Pengguna komputer hari ini banyak terhutang budi dengan Macintosh dan Apple serta Xerox (banyak teknologi dalam Macintosh telah dipelopori oleh mereka) kerana membawakan inovasi-inovasi yang telah memudahkan masyarakat umum untuk menggunakan komputer.
Hanya sebuah syarikat yang dipenuhi orang yang percaya mereka akan mengubah dunia akan menghasilkan sesuatu yang game-changing. Falsafah dan kepercayaan yang mereka pegang turut tersebar di kalangan pengguna produk mereka. Dengan menggunakan dan mempromosikan produk Apple kepada ahli keluarga dan rakan kenalan, pengguna Apple merasakan diri mereka adalah sebahagian daripada yang sesuatu yang luar biasa.
Setakat ini pesaing Apple hanya mampu melihat dari jauh dan berharap, alangkah hebatnya jika pengguna kita juga menggilai produk kita sebagaimana pengguna Apple menggilai produk Apple.
Sumber: GUIdebook |