Pages

Tuesday 4 October 2011

Lelaki bandar, wanita kampung

Rumah tangga adalah sekolah baru bagi diri saya. Melalui isteri saya dan keluarga beliau, saya mengenali sudut-sudut baru masyarakat yang sebelum ini saya hanya dengari atau lihat dari jauh. Melalui perkahwinan, saya kini mempunyai pertalian dengan mereka.

Mereka yang saya maksudkan adalah orang kampung.

Saya adalah anak bandar. Inilah takdir Tuhan ke atas saya. Sejak lahir, saya dan keluarga mengikut ke mana sahaja Abah diarahkan bertugas. Hampir kesemua pejabat tempat Abah bertugas terletak di pekan atau di bandar. Pengalaman kehidupan kampung saya terbatas kepada waktu saya bersekolah rendah dahulu, mengikut kawan sekelas untuk turun ke sungai untuk menangkap ikan, mengorek pasir pantai untuk mencari remis, dan bersiar-siar di jalan-jalan kampung dengan berbasikal. Semuanya tercatit dengan indah di dalam kenangan saya.

Kini saya suami kepada seorang wanita yang menganggap dirinya wanita kampung. Jiwanya sebati dengan suasana masyarakat yang saling bertegur sapa dan bertukar-tukar hidangan, udara yang segar dan nyaman, kokokan ayam di waktu pagi, dan ladang dan kebun tanaman kontan. Sejauh mana dia mengikuti saya, hatta ke penghujung dunia, kampung itu tetap di dalam jiwanya. Takdir Tuhan ke atas dirinya berbeza daripada diri saya.

10 comments:

Afida Anuar said...

Rol,kat kampung ketenangan hati lain macam sikit. Spesel orang kata. Kat bandar tenang jugak, tapi tak setenang di kampung;)

PS:Saya wanita kampung yang sekarang menetap di bandar, yang bercita-cita untuk 'settle down' di kampung satu hari nanti, insyaAllah...

r.o.l. said...

afida, orang kampung selalu akan kata tenang di kampung. Saya tak ingin mendebatkannya, terserahlah kepada diri masing-masing, bukan? Yang jelas, di kampung tiada suasana hiruk-pikuk.

p/s: Semoga Allah makbulkan cita-cita afida, amin

nahmy said...

kampung ttp di hati..klu kita tanya mak bapak kita dulu pun diorng adalah org kampung. KL yg gah ni pun suatu masa dulu adalah kampung skrg pun 'masih' kampung...cuma kampung moden le. apakah yg kita nampak beza bandar dgn kampung? bandar byk 'ilusi' kena lebih hati2...tp kampung adalah 'realiti'.....

r.o.l. said...

Benar juga kata nahmy. Di kota banyak 'ilusi.' Namun sebagai anak kota yang pernah hidup merantau saya cenderung kepada pendapat yang 'ilusi' ada di mana-mana. Hanya selepas kita mengenali sesuatu tempat barulah kita tahu yang mana 'realiti' yang mana 'ilusi.'

ieka said...

saya pun nak menyelit juga.. saya org bandar yg selalu juga balik kampung.. pernah tinggal sekejap di kampung bila ayah sakit waktu kecil2 dulu.. pernah masuk sawah, korek tanah cari cacing dan pasang sendiri pancing ikan (pheww..sekarang geli la cacing tu..keke).. panjat pokok, masuk hutan pun penah :)

tapi apa2 pun setuju pendapat rol tu.. ilusi ada kat mana2..depends la sebenarnya.. dua2 ada pros and cons.. saya rasa saya dua alam, dua2 saya suka..tapi dua2 pun saya tak boleh tinggal lama2 hahahah

r.o.l. said...

re: saya rasa saya dua alam, dua2 saya suka..tapi dua2 pun saya tak boleh tinggal lama2 hahahah

ieka, ada alam ke-3 ke? :-D

exxecutor000 said...

Aku dibesarkan di bandar. Aku suka bandar sebab segalanya lengkap dan meriah (malam time lapar kalu, mamak or mcd ada hehe). Tapi skarang aku lebih suka suasana 'kekampungan' since aku duk kat tempat skarang. Walaupun bandar, tapi bersuasana kampung. Dari rumah aku mmg bleh nampak padang rumput which anak aku kata "Look ayah/mama, cow!". Memang tenang. Traffic pun rilek, tak hectic - kalau nak kuar simpang, most of the time org akan bagi kita lalu/jalan. Orang2 sini pun ada sopan santunnya. Kalau malam memang sunyi (kedai generally tutup by 6pm). Mula2 rasa janggal, tapi skarang lebih menghargai - aku suka suasana mcm ni :). Risau gak balik Malaysia nanti camne nak cope dgn kehidupan bandar.

r.o.l. said...

Rasanya lama-lama akan biasa semula. Kawasan rumah aku sekarang pun sudah kerap berlaku kes ragut dan pecah rumah. Di kampung mak mertua pun ada kes curi. Curi getah. Kesian orang yang penat-penat menoreh.

Anonymous said...

U both compliment each other ..embrace it and learn fr one another.

r.o.l. said...

anonymous, I believe in that too. :-)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 introspector. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan