Pages

Wednesday 16 August 2006

Bulan Berbahasa

Sempena Hari Merdeka yang dah dekat ni, saya ingin membuat satu pengumuman. Untuk 1 bulan (lebih kurang), semua pos-pos di blog ini akan ditulis dalam Bahasa Melayu! Bulan Berbahasa kini bermula! Para pembaca sekelian, silalah turut serta dengan menghantar komen-komen dalam Bahasa Melayu. Bersama kita jayakan!


(Inilah saja gambar yang sempat diambil semasa majlis pelancaran Bulan Berbahasa yang telah diadakan semalam.)

8 comments:

Najmuddin Yusoff said...

Tak takut kelihatan bodoh?

Anonymous said...

ei rul, gue enggak tahu yang kamu ini patriotik. Kok bisa jadi faci untuk BTN dong.

:P aku melawak je.

Anonymous said...

najmuddin,
Orang bodoh tak boleh malu, kalau tak sampai bila pun tak akan belajar apa-apa. Kalau ada salah mana-mana, salah guna perkataan, tatabahasa, apapun, silalah berkongsi pendapat. BM saya memang teruk, saya mengaku, dah dekat 10 tahun belajar dalam BI dan hampir lansung tak menulis dalam BM (kecuali kelas BM masa tahun pertama ijazah).

dzul,
Kau cakap macam tu teringat aku cerita Bawang Putih Bawang Merah yang Tok aku dok tengok petang-petang kat TV3.

Anonymous said...

kenapa gambar itu semacam tiada kaitan dengan Bulan Berbahasa ya?
ya, marilah sama-sama kita jayakan!

Anonymous said...

Tentang hal bercakap dalam Bahasa Melayu, saya cukup suka kalau tengok orang macam A. Samad Said bercakap. Tak pernah saya tengok dia cakap bahasa rojak (campur BI) malah dia gunakan Bahasa Melayu baku. Kita langsung tak nampak dia macam orang bodoh atau orang kampung sebaliknya nampak macam orang pandai adalah. Heh, sebenarnya dulu saya pun teringin nak jadi macam dia bila bertutur dalam Bahasa Melayu. :P

Anonymous said...

moon,
Sebenarnya saya jemput ramai orang untuk datang ke majlis pelancaran Bulan Bahasa: VIP, VVIP, VVVIP; tapi orang yang dalam gambar tu saja yang sudi hadir. Terharu saya sebenarnya. Dia kata dia ajak anak-anak dia datang sama tapi kedua-duanya tak mahu ikut.

dzul,
Memang inilah antara tujuan aku. Aku memang tak sehebat SN A Samad Said, dan aku pun nak belajar guna bahasa dengan betul. Di sini aku boleh dapat maklum balas. Moga-moga kita semua sama-sama dapat manfaat.

Anonymous said...

Apa-apapun, Najmuddin, dzul dan moon,
Terima kasih atas sokongan anda semua :D

dhuat79 said...

Tahniah!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 introspector. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan