Inovasi secara asasnya adalah mengenai bagaimana kita menggunakan daya kreativiti, daya persepsi serta sifat ingin tahu untuk mereka serta membawakan sesuatu yang baru atau unik dan tidak pernah dilihat, difikir atau dilakukan sebelum ini. Inovasi juga menuntut beberapa kualiti penting dalam diri inovator itu sendiri seperti berani mencuba, mempunyai keyakinan terhadap apa yang diusahakan, mampu mencorakkan wawasan, serta bersifat sabar, tawakal dan cekal.
Mitos inovasi
Dalam artikel The Myths of Innovation, penulisnya telah menggariskan beberapa mitos mengenai inovasi. Mitos-mitos, yang menurut beliau, merupakan punca mengapa ramai pihak berasa bahawa inovasi itu tidak penting.- Inovasi adalah untuk "industri-industri lain" ("bukan kita")
- Inovasi adalah penciptaan produk-produk baru
- Inovasi adalah RnD
- Inovasi adalah untuk syarikat-syarikat besar (gergasi-gergasi)
- Inovasi adalah satu pilihan
Dilema golongan inovator
Jika inovasi dianggap sesuatu yang baik dan sangat bermanfaat, dan telah ramai yang telah menempa kejayaan melaluinya, mengapa pembangunan inovasi masih berada pada kadar yang mengecewakan?Di sini satu pandangan kedua telah diajukan, tentang kenapa inovasi sering kali gagal. Menurut apa yang dialami oleh penulis kedua, melalui pengalaman beliau sebagai seorang perunding, inovasi selalunya menemui kegagalan kerana:
- Kebanyakan usahawan tidak bersikap inovatif
- Kebanyakan pelanggan tidak mahukan inovasi
- Mereka yang memerlukan inovasi selalunya tidak mampu memilikinya
Misalnya, inovasi sering dilihat sebagai sesuatu yang kritikal dan salah satu sumber daya saing bagi sesebuah syarikat. Namun hakikatnya, inovasi membabitkan sumber serta masa yang agak banyak untuk mengkaji pelbagai faktor dan kemungkinan. Tak ramai pengurus dan usahawan yang mahu membuat semua ini, kerana ianya rumit. Mereka juga enggan melibatkan diri dalam penyelidikan kerana banyak sebab yang lain termasuk, tiada jaminan ianya akan berjaya atau menghasilkan sesuatu yang menguntungkan secara ekonomi. Lebih senang untuk mereka untuk menumpukan perhatian terhadap apa yang sudah ada atau terbukti keberkesanannya.
[ Atul Mathur: The Myths About Innovation ]
[ Dave Pollard: The Real Innovator's Dilemma ]
[ Petikan dari buku The Innovator's Dilemma, oleh Clayton M. Christensen ]
0 comments:
Post a Comment