Pages

Thursday, 28 September 2006

Pergi dan kembali

Masanya dah tiba untuk mengucapkan selamat pergi kepada Bulan Berbahasa. Sekarang saya benar-benar faham kenapa masa SPM dulu saya tak dapat A untuk BM. Tapi tak mengapa, yang penting saya dah belajar banyak perkara dalam masa lebih kurang sebulan ni. Sebenarnya, saya ingat saya tak akan mampu melakukannnya, ditambah pula dengan kerja sekolah yang bertimbum-timbum. Idea pun kering, tak tau apa nak tulis. Alhamdullillah, segalanya tak seteruk yang saya duga. Terima kasih kepada semua yang menyokong serta memberi pandangan.

Adakah saya akan menulis dalam BM pada masa akan datang? Entahlah. Saya akui saya kurang membaca dalam BM. Rasa nak beli atau pinjam buku baru, tapi buku -buku yang dah saya pinjam dan beli masih banyak yang belum dibaca. Saya juga rasa kurang senang selagi saya tak habiskan buku-buku tadi. Dah habis kebanyakannnya, barulah boleh fikir pasal buku lain.


Alhamdullillah, bulan termulia di sisi Allah SWT, sudah pun tiba. Saya ingin mengajak diri saya serta semua di sini untuk sama-sama menambahkan amalan kita demi keampunan serta keredha dariNya. Kita sebenarnya sangat bertuah kerana dapat berada di kalangan umat Nabi Muhammad SAW, yang mendapat keistimewaan mengecapi nikmat malam seribu bulan, Laitul Qadr. Sangat-sangat beruntung kita jika terpilih untuk menjadi kalangan mereka yang menghidupkan malam mulia ini.

Namun, kita kena ingat, taufik serta hidayah untuk berbuat baik datang dari Allah SWT. Sebab itulah kita kena berdoa dengan penuh hati agar diberikan kedua-dua perkara ini serta kekuatan dan keikhlasan untuk memenuhi setiap saat dalam Ramadhan dalam ketaatan terhadapNya.

Untuk mendapatkan perkara-perkara baik, kita kena usaha. Kita masih di awal Ramadhan, ada banyak lagi peluang untuk kita baiki amalan kita di mana yang kurang. Semoga kita semua mendapat keberkatan daripada Ramadhan ini, amin.

Tolonglah ingat saya dalam doa-doa kalian, sekiranya tak keberatan. Ramadhan Karim, semua.

3 comments:

ieka said...

uhuhuh kenapakah aku rasa cam ada unsur kelakar sket bila baca posting BM kali ni..
ehhe aku tak underestimate ko tua.. :D
selamat berbuka..:P

Anonymous said...

ieka, dah dapat buku tu ke belum?

Selamat berbuka dan berpuasa.

ieka said...

buku yg tebal tu dah dapat..baru sempat belek2 sket.. insha-Allah rancang cuti nanti nak baca.. buku bird by bird belum lagi..Cik Ti tak tau bile nak abis.

selamat berbuka dan berpuasa juga..:)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 introspector. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan