Pages

Friday, 2 March 2007

Kesabaran tunjang kekuatan dan kebahagiaan

(Terima kasih, Hash, atas emel ini. Buat ingatan untuk semua di sini, dan khasnya buat saya yang sering dipesan oleh orang sekeliling supaya, "cuba la bawak-bawak bersabar.")

"ABU Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: Ada seseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah duduk di sebelahnya. Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar.

Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata: "Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi."

Rasulullah lantas menjawab: "Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan."

Rasulullah kemudian bersabda lagi: "Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredaan Allah."

Abu Said al-Khurdi pula berkata: Rasulullah ada bersabda: "Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam.

"Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring."

Abu Hurairah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda: "Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredaan pada hari kiamat."

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

4 comments:

Anonymous said...

peringatan yang baik sekali. terutama untuk yang pemarah. seperti aku.

r.o.l. said...

Saya pun tak kurang pun, angin taufan barat daya jugak kadang-kadang.

IeNa said...

eh mudin..dah ke sini dah rupanya dia hehe.

rol, mudin is my junior in MMU dulu :)

syukran for the tazkeerah. Anyway buku Bird by Bird ada lagi kat saya..janji nak pass kat Ika, several times jumpa mesti lupa nk bawa kat dia. Dia kata on 19 ni maybe dia ada kat KL, insya Allah pass kat dia, if not, i'll return back the book to you and ask Ika to borrow it to you again hehe.

How's life? :)

Anonymous said...

iena,

If you like, you can get a personal copy of your own at Kinokuniya. I'm surprised how highly recommended the book is in the US. Please pass it to ieka if possible. Thanks. Life's OK, alhmadulillah. So far I'm doing not too bad.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 introspector. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan