Rakyat Malaysia mempunyai satu sebab besar untuk bersyukur kepada Ilahi iaitu nikmat hidup di sebuah negara yang merdeka dan aman. Seperti nikmat-nikmat lain, nikmat kemerdekaan akan hanya benar-benar dihargai apabila ianya diambil semula oleh Empunya segala nikmat. Sebelum masa itu tiba, bersama-samalah kita mensyukuri pemberian ini dengan memanfaatkannya untuk lebih lagi mentaati segala perintahNya serta menjauhi laranganNya.
Semoga nikmat ini juga dapat dinikmati oleh peduduk negara-negara lain yang sedang atau yang kini berada di simpang pergolakan. Mereka juga ingin melalui hari-hari mereka dengan aman, tanpa digemparkan dengan bunyi bedilan mortar serta ratapan insan yang kehilangan orang yang mereka kasihi.
Negara secara zahirnya sudah merdeka. Tetapi adakah kita rakyatnya sudah benar-benar merdeka?
Monolog...
12 years ago