Pages

Friday, 29 February 2008

Jangan malukan roh dengan amalan buruk kita

Allah maha melihat semua amalan kita, tapi ada juga lain yang turut menjadi pemerhati.
Berkata Abu Darda' RA bahawa segala amalan orang yang masih hidup, telah didedahkan kepada roh-roh yang telah mati. Oleh yang demikian, apabila para roh orang mukmin yang melihat amalan hasanah (baik) anak-anak mereka dan kaum keluarga mereka, maka merasa tenang sekelian roh itu. Sebaliknya jika amalan buruk kaum keluarga yang masih hidup diperlihatkan kepadanya, maka merasa dukacitalah sekalian roh itu.

Apabila Abu Darda' diberitahu oleh Rasulullah SAW bahawa amalan orang yang hidup didedahkan kepada roh ibubapa dan keluarga yang telah mati, maka Abu Darda' RA berdoa kepada Allah SWT, yang bermaksud:

"Ya Tuhanku, aku bermohon kepadaMu, supaya Engkau beri kepadaku pimpinanMu, semoga tidaklah amalanku akan memalukan ibubapaku dan juga kaum keluargaku yang telah berada di alam barzakh."
Petikan dari Insan, Ingatlah!, oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

3 comments:

ieka said...

uhuks...
insap dan sedih sat...
uhuks.. mesti byk dah roh2 tgk kelakuan buruk aku..

r.o.l. said...

Takut, kan? Apalah arwah-arwah tu semua fikir bila tengok aku. Tapi alhamdulillah, sekurang-kurangnya kita jadi lebih berhati-hati dalam beramal. Satu hari nanti kita pulak yang menengok anak cucu kita.

Anonymous said...

terima kasih atas info :)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 introspector. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan